Petua Melawat Negeri Pulau Pinang ڤولاو ڤينڠ





          
Petua Melawat Pulau PinangPetua Melawat Pulau Pinang (20 January, 2017)






English Edition

Negeri Pulau Pinang adalah sebuah negeri di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang Pulau Mutiara (Jawi: ڤولاو ڤينڠ ڤولاو متيارا) terdiri daripada Pulau Pinang dan Seberang Perai, yang merupakan sebahagian daripada tanah besar Asia. Nama "Pulau Pinang" seringnya digunakan buat pulau mahupun negeri tersebut.

Negeri Pulau Pinang berkeluasan 1,046.3 km persegi. Daripada itu, Pulau Pinang berkeluasan 295 km persegi manakala sebakinya Seberang Perai. Kedua-dua belah negeri ini dihubungi oleh dua jambatan dan satu perkhidmatan feri. Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang menghubungi Batu Maung di Pulau Pinang dengan Batu Kawan di Seberang Perai merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia.

Bilangan penduduk Pulau Pinang, mengikut banci 2015 adalah 1,663,000 orang1. Bandaraya George Town merupakan ibu negeri Pulau Pinang. Ia terletak di sebelah timur laut Pulau Pinang. Sejak 1 Januari, 2015, seluruh Pulau Pinang diberi taraf bandaraya, dan berkuatkuasa 10 Mac, 2015, ditadbir oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Terdapat banyak tempat menarik di Pulau Pinang. Kebanyakannya berada di sekitar George Town. Namun demikian, saya berhasrat memperkenalkan seberapa banyak yang boleh, agar anda lebih mengenali setiap satu, dan dapat menikmati suatu lawatan yang diidamkan. Selain itu, saya akan berikan beberapa petua untuk melawat dan meneroka Pulau Pinang.

Maklumat Pengangkutan di Pulau Pinang

  1. Menaiki bas ke Pulau Pinang
  2. Menaiki keretapi ke Pulau Pinang
  3. Menaiki kapal terbang ke Pulau Pinang
  4. Menaiki kapal ke Pulau Pinang
  5. Menaiki feri ke Pulau Pinang

Pengangkutan Awam di Pulau Pinang

  1. Bas Rapid Penang
  2. Menaiki Teksi di Pulau Pinang

Meneroka Pulau Pinang

  1. Meneroka Pulau Pinang dengan bas Rapid Penang

Tempat-tempak Menarik di Pulau Pinang

  1. Akuarium Tunku Abdul Rahman
  2. Bukit Bendera
  3. ESCAPE Adventureplay
  4. Muzium Terbalik
  5. Observatory Deck dalaman, di The TOP, Komtar
  6. Observatory Deck luar, di The TOP, Komtar
  7. Pusat Penyelidikan Jurassik, di The TOP, Komtar
  8. Rainbow Skywalk
  9. The Habitat Penang Hill
  10. The TOP @ Komtar

Bandar-bandar di Pulau Pinang

  1. George Town (ibu negeri)
  2. Batu Ferringhi
  3. Teluk Bahang

Hotel-hotel di Pulau Pinang

  1. New Hope Inn, Tanjung Bungah

Bangunan-bangunan di Pulau Pinang

  1. Komtar

Tempat Letak Kereta di Pulau Pinang

  1. Tempat Letak Kereta Bukit Bendera

Pangsapuri di Pulau Pinang

  1. Hotel & Pangsapuri Leisure Cove, Tanjung Bungah
  2. Pangsapuri Masjid Terapung, Tanjung Bungah

Masjid di Pulau Pinang

  1. Masjid Kapitan Keling
  2. Masjid Terapung Tanjung Bungah

Tokong Cina di Pulau Pinang

  1. Tokong Da Shan Gong, Tanjung Bungah

Kuil Hindu di Pulau Pinang

  1. Kuil Dewi Sri Karumariaman, Tanjung Bungah

Jambatan di Pulau Pinang

  1. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Jalanraya di Pulau Pinang

  1. Jalan Burma, George Town
  2. Jalan Chan Siew Teong, Tanjung Bungah
  3. Jalan Chee Seng 1, Tanjung Bungah
  4. Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town
  5. Jalan Masjid Negeri
  6. Jalan Sultan Ahmad Shah
  7. Jalan Wee Hein Tze, Tanjung Bungah
  8. Lebuh Light, George Town
  9. Lebuh Pantai, George Town
  10. Lorong Abu Siti, George Town
  11. Pengkalan Weld, George Town
  12. Persiaran Gurney, George Town

Bangunan Bersejarah di Pulau Pinang

  1. Rumah Asdang

Orang Yang Terkenal di Pulau Pinang

  1. Ernest Zacharevic, Pelukis Mural

Rujukan

1. Unjuran Populasi Penduduk
(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/info-terkini/19463-unjuran-populasi-penduduk-2015.html)

 Halaman Terkini | Latest Updates











Meneroka tempat-tempat di Pulau Pinang

Sampai ke sekarang, saya telah menerangkan 3430 tempat di Pulau Pinang (dalam Bahasa Inggeris) yang anda boleh baca di sini!

Tempat-tempat di Pulau Pinang


Maklumat

Meneroka Seluruh Malaysia

Penang Travel Tips memberi anda bukan sahaja petua melawat Pulau Pinang, tetapi seluruh Malaysia! Dapatkan maklumat seluruh Malaysia dari sini.

Petua Melawat Malaysia


Maklumat

Terokai Dunia!

Dari laman Penang Travel Tips, anda boleh meneroka seluruh dunia. Ya, saya telah menerangkan hampir kesemua negara di dunia, dan anda dapat menjelajah seluruh dunia bersama saya di sini.

Teroka Seluruh Dunia


Details

Terima kasih atas lawatan anda ke laman saya, Penang Travel Tips. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia karya saya sendiri. Nama saya , juga digelar Tim. Saya penulis laman web sepenuh masa. Saya menulis laman untuk mengumpul segala maklumat yang saya kenali. Untuk mengenali saya dengan lebih dekat, layari ke laman peribadi saya, www.timothytye.com

Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang berhubung. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya dekat Facebook!


© 2003-2017 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.