Pengkalan Weld, George Town, Pulau Pinang (14 November, 2012)


English

Pengkalan Weld (Bahasa Inggeris: Weld Quay; Bahasa Hokkien Pulau Pinang: Sin3 Hai1kni3 Kay1 新海墘街 , maksud: "Lebuh Persisiran Baru"/Cun3thau2 船頭 , maksud: "Pelabuhan"; Bahasa Tamil: Kitange Tehru கிடங்கு தெரு , maksud: "Lebuh Gudang") ialah jalan persisiran pantai di bandaraya George Town. Ia dibina pada permulaan abad ke-20, setelah kerja penambakan tanah yang dilaksanakan antara 1883 dan 1889 selesai membentuk kawasan baru untuk pelabuhan yang lebih dalam. Kerja penambakan menelan belanja $526,107 dan merupakan satu-satunya projek besar pada masa itu.

Lokasi tempat-tempat di sepanjang Pengkalan Weld dalam peta

Hotel-hotel sepanjang Pengkalan Weld

  1. My Chew Jetty Vacation Home (GPS: 5.41239, 100.33976)

  2. The Royale Bintang Pulau Pinang (GPS: 5.41686, 100.34391)

Tempat menarik sepanjang Pengkalan Weld

  1. Made In Penang Interactive Museum (Behn Meyer Building, a historical building) (GPS: 5.41664, 100.3439)

  2. Penang Amazing World Studios (Schiffmann Herr Building) (GPS: 5.41682, 100.34399)

Bangunan Bersejarah sepanjang Pengkalan Weld

  1. Bangunan Behr (historical building) (GPS: 5.4162, 100.34369)

  2. Bangunan Boustead (historical building, now The Royale Bintang Hotel) (GPS: 5.41699, 100.34405)

  3. Bangunan Paterson Simons (GPS: 5.41545, 100.343)

  4. Bangunan Schmidt Küstermann (historical building) (GPS: 5.41644, 100.34381)

  5. Bangunan Tuanku Syed Putra (historical building) (GPS: 5.41746, 100.34413)

  6. Jeti-Jeti Sukukaum (GPS: 5.41239, 100.33976)

  7. Pengkalan Lebuh Gereja (GPS: 5.41545, 100.34386)

  8. Wisma Kastam/Bangunan Keretapi Tanah Melayu (GPS: 5.41565, 100.34245)

  9. Wisma Yeap Chor Ee (historical building) (GPS: 5.41513, 100.3424)

Tokong sepanjang Pengkalan Weld

  1. Tokong Hean Boo Thean (GPS: 5.40957, 100.33844)

Hentian Pengangkutan sepanjang Pengkalan Weld

  1. Hentian Bas Pengkalan Weld (GPS: 5.41418, 100.34193)

  2. Pengkalan Raja Tun Uda (GPS: 5.41326, 100.3428)

  3. Pengkalan Swettenham (GPS: 5.41904, 100.34546)

Tempat makan sepanjang Pengkalan Weld

  1. CF Hawker Centre (GPS: 5.41303, 100.33928)

Stesen minyak sepanjang Pengkalan Weld

  1. Shell Pengkalan Weld (GPS: 5.41318, 100.34036)

Bangunan komersil sepanjang Pengkalan Weld

  1. Bangunan Saw Khaw Lean (Heah) Malaysia (GPS: 5.412, 100.33743)

  2. Wisma Oh Kongsi (GPS: 5.41216, 100.33773)

Bisnes sepanjang Pengkalan Weld

Bangunan dalam pembinaan sepanjang Pengkalan Weld

  1. The Rice Miller (GPS: 5.41541, 100.34287)

Berkenaan Pengkalan Weld

Pengkalan Weld diberi nama sempena Sir Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat antara 1880 hingga 1887 yang bertanggungjawab menambak tanah dan memperbesar pelabuhan George Town.

Pengkalan Weld dibentuk setelah selesai penambakan tanah yang mengwujudkan kawasan tambahan kepada bandar George Town untuk mengisi kehendak pada masa itu untuk membentuk kawasan niaga untuk komuniti Cina, dan kawasan untuk pemborong dan gudang komuniti Cina. Kawasan baru yang diwujudkan bukan sahaja membolehkan lebih ramai orang datang untuk tinggal di George Town, ia juga membekalkan punca mata pencarian yang baru kepada para buruh dan pekerja pelabuhan yang mengwujudkanJeti Sukukaum.

Bangunan-bangunan sepanjang Pengkalan Weld (14 November, 2012)


Kalau anda berjalan sepangjang Pengkalan Weld dari Swettenham Pier, anda akan lalu sebaris bangunan yang dibina pada suatu ketika dalam sejarah George Town apabila bandaraya tersebut pesat membangun. Terletak di antara Lebuh Downing dengan Gat Lebuh China ialah bangunan-bangunan perdagangan yang pada asalnya milik Orang Eropah. Kebanyakan daripada bangunan ini masih lagi ada.

Selepas Gat Lebuh Cina, wajah Pengkalan Weld berubah kepada yang mencerminkan ciri-ciri komuniti Cina dari kelas bawahan. Beberapa plot di sini telah dibangunkan semula dan sekarang terdiri daripada bangunan pelbagai tingkat yang dibina sebelum George Town diberi gelaran Tapak Warisan Dunia yang telah menghadkan ketinggian bangunan dalam pusat lama bandaraya.

Terletak di sana-sini, antara bangunan yang baru, ialah gudang yang dibina sejurus selepas penambakan selesai. Pada zaman dahulu, kargo yang tiba di George Town akan disimpan dalam gudang tersebut. Dari perkataan gudang terhasil perkataan Bahasa Inggeris "godown" untuk gudang-gudang ini.

Jalan-jalan kecil yang bercabang dari Pengkalan Weld menampung pelbagai jenis urusniaga seperti pembaiki injin bot, pembuat sauh, dan sebagainya. Terdapat juga agak banyak bengkel kereta di sini. Bahagian Pengkalan Weld antara Pengkalan Raja Tun Uda dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu agak sempit kerana sebahagiannya penuh dengan gerai penjaja.

The southern end of Pengkalan Weld, and the start of the Tun Dr Lim Chong Eu Expressway (29 November, 2012)

Nombor alamat sepanjang Pengkalan Weld

Bangunan-bangunan sepanjang Pengkalan Weld pada asalnya diberi nombor dari utara ke selatan. Pada asalnya, banya bahagian barat jalan itu mempunyai bangunan, memandangkan bahagian timur ialah laut, di mana terletaknya pengkalan dan pelabuhan. Oleh itu, bangunan-bangunan dinomborkan mengikut giliran. Lambat laun, apabila bahagian timur Pengkalan Weld juga didirikan bangunan, bangunan ini diberi huruf A yang sepadan dengan alamat bangunan di seberang jalan.

Bagaimana pergi ke Pengkalan Weld

Anda boleh menaiki Bas Percuma CAT ke Pengkalan Weld and turn di Stesen Bas No. 1. Hentian Bas Pengkalan Weld juga merupakan terminal bas yang utama di Pulau Pinang. Hampir kesemua laluan bas Pulau Pinang akan berhenti di sana.

Aerial view of Pengkalan Weld (6 February, 2013)

Rujukan

  1. Khoo Salma Nasution, The Chulia in Pulau Pinang (Areca Books, 2014, p.14)

List of Streets in Pulau Pinang and Streets in Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.