Kamus Bahasa Hokkien Pulau Pinang


×
Untuk mencari perkataan dalam Bahasa Hokkien Pulau Pinang, taip perkataan yang dicari pada ruang "Carian". Pilih bahasa yang anda gunakan. Sebagai contoh, sekiranya anda taip "house", pilih "English". Sekiranya anda taip "rumah", pilih Bahasa Melayu. Tekan butang "kanta pembesar" untuk mendapat hasil carian.

 

 

Kamus Bahasa Hokkien Pulau Pinang


Kamus Hokkien Pulau Pinang ialah sebuah kamus atas talian yang menyenaraikan perkataan Bahasa Hokkien Pulau Pinang dengan definisi dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Hokkien dalam Tulisan Cina, Loghat Hokkien Amoy merujuk kepada Kamus MacGowan edisi 1883, dan Loghat Hokkien Taiwan merujuk kepada Kamus Minnan Kementerian Pelajaran Republik China edisi 2011, dan sejak 2020, Wiktionary untuk Pinyin, Zhuyin 注音, Wade-Giles, Kantonis (Jyutping and Yale), Hakka (Pha̍k-fa-sṳ; and Guangdong Romanisation), Min Dong/Hock Chew (Bàng-uâ-cê / 平話字/平话字), Teochew (Peng'im 拼音), Middle Chinese and Old Chinese (Baxter-Sagart and Zhengzhang). Perkataan Bahasa Hokkien Taiwan ditinjau oleh pengguna tempatan bahasa ini sebelum dimasukkan ke dalam kamus. Kebenaran diberi untuk mencetak hasil cariaan (search result) yang dibuat dengan kamus ini untuk tujuan penggunaan sendiri dan bukan komersil.

Kamus ini menggunakan Sistem Rumi Taiji. Untuk keterangan lanjut sistem ini, baca Bahasa Hokkien Pulau Pinang dipermudahkan.

Ciri Ramah Telefon Pintar

Kamus Bahasa Hokkien Pulau Pinang adalah responsif kepada telefon mudah alih dan akan memuat mengikut alat yang digunakan. Anda mudah memindahkan kamus ini dari komputer ke telefon pintar dengan menggunakan kod QR berikut. Jika anda tidak pernah mengimbas kod QR, muat turun QR Code Reader dari Google Play atau Apple App Store terlebih dahulu.



Singkatan

Singkatan berikut digunakan dalam kamus ini:

(?): definisi kemungkinan
ABB: singkatan
AD: Loghat Amoy (ikut Rumi Mubaligh)
ALF: Bentuk Alternatif
ANT: Perkataan Berlawan
BM: Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia
CAF: Bentuk Rasmi
CCS: Mengikut Encik Cheah Cheng Seang, pengarang Penang Hokkien (Minnan Dialect)
CDD: Kamus Carstairs Douglas: Bahasa Harian atau Lisan Loghat Amoy (1899)
CF: Rujukan Silang
CN: Bahasa Hokkien menggunakan Tulisan Cina
CNH: Tulisan Cina, khusus kepada Bahasa Hokkien
CT: Bahasa Kantonis
CTJ: Bahasa Kantonis menggunakan Rumi Jyutping
CTL: Kata Pinjam Bahasa Kantonis
EE: Terjemahan ayat contoh ke Bahasa Inggeris
EH: Ayat contoh dalam Bahasa Hokkien Pulau Pinang
EML: Kata Pinjam Bahasa Inggeris menerusi Bahasa Melayu
EN: Bahasa Inggeris
ENL: Kata Pinjam Bahasa Inggeris
ETM: Etymologi, Asal Usul Perkataan
FB: Input dari Kumpulan Facebook
FIG: Maksud Kiasan
HKK: Bahasa Hakka
HMP: Homofon (perkataan yang serupa sebutan)
INL: Kata Pinjam Bahasa India
KHK: Loghat Hokkien Klang
LDG: Kamus Bahasa Hokkien Pulau Pinang Luc de Gijzel, Edisi Kedua (2013)
LIT: Maksud Literal
MAN: Bahasa Mandarin, jika menggunakan tulisan yang berlainan daripada Bahasa Hokkien
MCG: Kamus Loghat Hokkien J. MacGowan (1883)
MED: Kamus Loghat Hokkien Walter H. Medhurst (1832)
MDH: Loghat Hokkien Medan
MDL: Kata Pinjam Bahasa Mandarin
MIN: Kamus Minnan Kementerian Pelajaran Taiwan (2011)
https://twblg.dict.edu.tw/holodict_new/default.jsp
MOE: Kementerian Pelajaran Taiwan
MYL: Kata Pinjam Bahasa Melayu
NB: Perhatian
PHF: Loghat Fookien Filipina
PHK: Loghat Hokkien Filipina
POJ: Rumi Mubaligh (Pe̍h-ōe-jī)
PTL: Buku Tatabahasa Bahasa Taiwan, Rujukan Ringkas, Philip T. Lin
PY: Tulisan Rumi Pinyin
REF: Merujuk Kepada
TH: Bahasa Thai
THL: Kata Pinjam Bahasa Thai
TC: Tulisan Cina Tradisional
TW: Tulisan Rumi Taiwan
SC: Tulisan Cina Dipermudahkan
SHK: Loghat Hokkien Singapura
SYN: Synonym; perkataan seerti
TWN: Tulisan Cina unik kepada Bahasa Hokkien Taiwan
US: Bahasa Inggeris Amerika
WIK: Rujukan Wikipedia
WIKT: Rujukan Wiktionary
XDC: https://fangyan.hanwenxue.com/minnanhua/
REF 1: China Heritage Quarterly
https://www.chinaheritagequarterly.org/tien-hsia.php?searchterm=026_hokkien.inc&issue=026
REF 2: Kamus Singlish
https://www.singlishdictionary.com/singlish_W.htm#wa_lau
REF 3: Ah Kew: https://ahkew.blogkaki.net/viewblog-52527/
REF 4: FB (https://www.facebook.com/groups/learnpenanghokkien/permalink/414628328688855/)
REF 5: FB (https://www.facebook.com/groups/learnpenanghokkien/permalink/415590058592682/)

Panduan Pengguna Kamus Hokkien Pulau Pinang

Kamus Bahasa Hokkien Pulau Pinang menggunakan Sistem Rumi Taiji yang dibentuk khusus untuk menulis Bahasa Hokkien Pulau Pinang. Sistem ini membahagikan setiap sukukata kepada lima jenis sukukata dan diberi nombor 1, 2, 3, 33 dan 4. Nada 3 dan 33 adalah serupa tetapi mempunyai sifat yang berlainan. Nada 1, 2, 3 dan 4 berlainan nada tetapi mempunyai sifat yang sama. Empat nada dalam sistem ini adalah mengikut empat nada yang terdapat dalam Bahasa Mandarin. Pemetaan ini dibuat untuk memudahkan pengguna mempelajari sistem ini tanpa memerlukan pengajaran rasmi. Morfem untuk kata majmuk ditulis mengikut nada penyebutan. Sistem Rumi Taiji tidak menggunakan tanda diakritik atau kharakter unik agar ia mudah ditulis menggunakan sebarang komputer, tablet atau telefon pintar tanpa memerlukan muat-turun sebarang App atau Plug-In tambahan.

Untuk keterangan lanjut menulis Bahasa Hokkien Pulau Pinang menggunakan Rumi Taiji, sila baca Belajar Bahasa Hokkien Pulau Pinang. Tontoni video Intonasi dan Pengubahan Nada agar lebih memahami sistem ini.

Belajar Bahasa Hokkien Pulau Pinang dari YouTube

Penghargaan

Kamus ini dimungkinkan atas kerjasama penguna Bahasa Hokkien Pulau Pinang yang telah banyak meluangkan masa, samaada online atau offline, untuk menyemak tulisan dan penyebutan, dan juga memberi input dan cadangan. Ribuan terimakasih diucapkan kepada ahli-ahli Kumpulan Facebook Learn Penang Hokkien atas bantuan mereka dalam menghasilkan kamus ini.

Saya juga ingin melafaskan rasa terimakasih kepada Encik Tee Joo Tatt atas bantuannya membentuk program Carian yang amat berguna kepada pengguna kamus ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengarang buku Bahasa Hokkien Pulau Pinang yang telah banyak menyokong saya dalam projek kamus ini, terutamanya Encik Tan Choon Hoe, Encik Raymond Kwok dan Encik Jonny Chee. Terimakasih juga diucapkan kepada Cik Miss Joanna Phang dari Kolej Sentral yang telah memberi platform bagi saya mendedahkan Bahasa Hokkien Pulau Pinang.

Saya memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan juga kalau terlepas menyebut sesiapa yang telah banyak menyumbang dalam pembentukan kam us ini. Harapan saya yang usaha mengeluarkan Kamus Bahasa Hokkien Pulau Pinang akan memanfaatkan setiap generasi pengguna bahasa ini dan juga sesiapa yang berminat mempelajarinya.

Learn Penang Hokkien with Memrise

Now you can use the most user-friendly tool on the web to learn Penang Hokkien. It helps you to listen, understand and memorise. Go to Memrise, and learn Penang Hokkien at your own pace.

[an error occurred while processing this directive]

Latest from Discover with Timothy: Gurney Bay - what to see and do there

About this website



Hello and thanks for reading this page. My name is Timothy and my hobby is in describing places so that I can share the information with the general public. My website has become the go to site for a lot of people including students, teachers, journalists, etc. whenever they seek information on places, particularly those in Malaysia and Singapore. I have been doing this since 5 January 2003, for over twenty years already. You can read about me at Discover Timothy. By now I have compiled information on thousands of places, mostly in Peninsular Malaysia and Singapore, and I continue to add more almost every day. My goal is to describe every street in every town in Malaysia and Singapore.

Robbie's Roadmap

Copyright © 2003-2024 Timothy Tye. All Rights Reserved.