Petua Melawat MalaysiaPetua Melawat Malaysia (9 Julai 2016)


English

Malaysia adalah sebuah negara di Asia Tenggara. Ia mempunyai jumlah keluasan 330,803 km persegi (127,724 batu persegi). Negara ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Laut China Selatan. Bahagian-bahagian ini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia (130,598 km persegi/50,424 batu persegi) dan Malaysia Timur (200,565 sq km)1, yang mengandungi 61% dari jumlah keluasan tetapi jumlah penduduknya hanya 20% daripada jumlah penduduk Malaysia.

Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur manakala pusat pentadbiran negara terletak di Putrajaya. Pulau Labuan juga sebahagian daripada Wilayah Persekutuan Malaysia.

Peta Negeri dan Wilayah Persekutuan Malaysia

Meneroka Wilayah Persekutuan Malaysia

Petua Melawat Kuala Lumpur

Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bandaraya terbesar di Malaysia. Di sini terdapat banyak tempat yang menarik.

Maklumat

Petua Melawat Labuan

Labuan adalah pusat kewangan luar pantai. Bilangan tempat menarik di sini agak terhad.

Maklumat

Petua Melawat Putrajaya

Sebagai bandar yang dirancang sebagai pusat pentadbiran negara, Putrajaya mempunyai banyak taman. Selain itu, kebanyakan bangunan di sini adalah bangunan kerajaan.

Maklumat

Meneroka Negeri-Negeri di Malaysia

Petua Melawat Johor Darul Ta'zim

Johor Darul Ta'zim adalah negeri paling selatan pada Semenanjung Malaysia. Ia pesat membangun atas sebab kedudukannya berdekatan Singapura.

Maklumat

Petua Melawat Kedah Darul Aman

Kedah Darul Aman adalah satu-satunya negeri penanaman padi yang utama di Malaysia. Di Kedah terdapat destinasi pulau, bukit dan sejarah.

Maklumat

Petua Melawat Kelantan Darul Naim

Kelantan Darul Naim adalah sebuah negeri pertanian pada pantai timur Semenanjung Malaysia. Di sini terdapat banyak kuil Buddha Thai disebabkan kedudukannya berdekatan Thailand.

Maklumat

Petua Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah

Melaka adalah sebuah bandarayan bersejarah dengan banyak tempat bersejarah.

Maklumat

Petua Melawat Negeri Sembilan

Negeri Sembilan diasaskan oleh kaum Minangkabau dari Sumatra. Adat dan budaya di sini mencerminkan unsur Minangkabau.

Maklumat

Petua Melawat Pahang

Pahang adalah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Terdapat tempat-tempat peranginan bukit yang menarik di sini.

Maklumat

Petua Melawat Pulau Pinang

Pulau Pinang adalah antara destinasi pelancongan yang paling terkemuka di Malaysia. Kebanyakan tempat menarik terdapat di bahagian pulau negeri ini.

Maklumat

Petua Melawat Perak

Perak mempunyai beberapa destinasi persisiran pantai. Bandar-bandarnya juga mempunyai tempat bersejarah.

Maklumat

Petua Melawat Perlis

Perlis adalah negeri yang paling kecil di Malaysia. Bilangan tempat menarik di sini agak terhad.

Maklumat

Petua Melawat Sabah

Sabah adalah negeri yang kedua besar di Malaysia. Ia mempunyai kemuncak tertinggi di Asia Tenggara dan destinasi scuba yang masyhur.

Maklumat

Petua Melawat Sarawak

Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia. Ia mempunyai pelbagai kaum, dan setiap bandar utama di sini mempunyai cirinya yang tersendiri.

Maklumat

Petua Melawat Selangor

Selangor adalah negeri yang paling membangun di Malaysia. Ia mempunyai tempat menarik berunsur sejarah dan juga persisiran pantai.

Maklumat

Petua Melawat Terengganu

Terengganu adalah sebuah negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di sini terdapat destinasi kepulanan yang popular.

Maklumat

Pembahagian Pentadbiran Malaysia

Malaysia terdiri daripada tiga wilayah persekutuan dan tiga belas negeri. Di Semenanjung Malaysia terdapat wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan negeri-negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu. Setiap wilayah dan negeri dibahagikan kepada daerah, dan ditadbir oleh majlis daerah. Bandar-bandar besar dan kawasan sekelilingnya ditadbir oleh majlis perbandaran manakala bandar dengan status bandaraya ditadbir oleh majlis bandaraya, yang juga dikenali sebagai dewan bandaraya. Kawasan daerah dan perbandaran dibahagikan lagi kepada mukim.

Wilayah Persekutuan Putrajaya dibahagikan kepada presint manakala Wilayah Persekutuan Labuh dibahagikan kepada Bandar Labuan dan 27 kampung. Negeri Sabah dan Sarawak are dibahagikan kepada "bahagian" yang dibahagikan lagi kepada "daerah".

Geografi Malaysia

Malaysia meliputi 329,613 kilometer persegi (127,264 batu persegi). Ia terdiri daripada Semenanjung Malaysia (yang pada suatu ketika dahulu juga dipanggil Malaysia Barat) dan Malaysia Timur. Semenanjung Malaysia berkongsi sempadan dengan Thailand, manakala Malaysia Timur berkongsi sempadan dengan Indonesia dan Brunei. Semenanjung Malaysia juga dihubungkan kepada Singapura oleh Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Semenanjung Malaysia berukuran 740 km (460 batu) dari utara ke selatan, dan kira-kira 322 km (200 batu) pada bahagian paling lebar. Bahagian pinggir timur dan barat Semenanjung Malaysia diasingkan oleh Banjaran Titiwangsa, dengan kemuncak tertinggi merupakan Gunung Korbu (2,183 m / 7,162 kaki). Kemuncak tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah Gunung Tahan (2,187 m / 7,175 kaki) manakala sungai terpanjangnya ialah Sungai Pahang (459 km / 285 batu).

Ekonomi Malaysia

Pada tahun 2014, Malaysia mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$746.821 billion, yakni KDNK yang ketiga tinggi di ASEAN di belakang negara-negara yang lebih besar seperti Indonesia dan Thailand, dan yang ke-28 di dunia1. Menurut pakar ekonomi HSBC, Karen Ward2, ekonomi Malaysia dijangka berkembang ke US$1.2 trillion menjelang tahun 2050, menjadikannya ekonomi ke-21 besar di dunia.

Penduduk Malaysia

Negeri yang paling ramai penduduk di Malaysia ialah Negeri Selangor (as of 2000)3, dengan penduduk 4.2 juta orang, diikuti oleh Negeri Johor (2.7 juta) dan Sabah (2.6 juta). Selangor juga melaporkan peratusan kemasukan penduduk yang paling tinggi di Malaysia, yakni 28.2% pada 2003-2004 dan 16.4% pada 2006-2007, dengan kebanyakan penghijrahan berpunca dari Negeri Kedah (8,900), Perak (6,500), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5,300) dan Kelantan (4,400).

Negeri Pulau Pinang mempunyai peratusan pendatang yang paling tinggi, untuk jangka 2008 hingga 2009, dengan bilangan pendatang seramai (15,400), iaitu beza antara 20.7% penghijrah masuk dan 5.3% penghijrah keluar. Dalam kata lain, bagi setiap 100 orang yang sama ada berpindah masuk atau ke luar dari Negeri Pulau Pinang, negeri tersebut menerima tambahan 60 orang.

Rujukan

1. Report for Selected Countries and Subjects (Malaysia), by the International Monetary Fund (2014).
2. These Economies Will Dominate The World in 2050, by Business Insider (13 January, 2012).
3. List of Cities, Malaysia (2010), by the Department of Statistics, Malaysia.

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.