Petua Melawat MelakaPetua Melawat Melaka (9 Julai, 2005)


English

Petua Melawat Melaka ditulis untuk membekalkan anda dengan maklumat berguna untuk merancang lawatan ke Melaka. Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah (Jawi: ﻣﻼﻙ بندراي برسجاره) adalah sebuah negeri yang berada di bahagian selatan daripada Kuala Lumpur. Ia dianggap tempat asas untuk tamaddun Melayu, apabila kesultanan Melayu yang paling gemilang muncul di sini pada abad ke-15. Bandar Melaka hari ini dianggap bandaraya bersejarah, dan diiktiraf oleh UNESCO pada 7hb Julai, 2008, sebagai Tapak Warisan Dunia, atas tema "Bandaraya Bersejarah Selat Melaka", bersama-sama dengan bandaraya George Town.

Lokasi tempat di Melaka dalam peta

Tempat Menarik di Melaka

  1. 8 Heeren Street (GPS: 2.19478, 102.24759)

  2. Air Pancut Ratu Victoria (GPS: 2.19435, 102.24906)

  3. Bastion House (GPS: 2.19163, 102.24985)

  4. Bukit St Paul (GPS: 2.19252, 102.24932)

  5. Chee Mansion (GPS: 2.19631, 102.24511)

  6. Dutch Square (GPS: 2.19452, 102.24918)

  7. Eng Choon Association (GPS: 2.19652, 102.24507)

  8. Fortaleza de Malaca / Porta de Santiago (GPS: 2.19188, 102.25033)

  9. Istana Kesultanan Melaka (GPS: 2.19279, 102.25042)

  10. Jambatan Tan Kim Seng (GPS: 2.19458, 102.24852)

  11. Jonker Walk Night Market (GPS: 2.19533, 102.24797)

  12. Kampung Chitty (GPS: 2.2013, 102.24035)

  13. Kubu St John (GPS: 2.18932, 102.26446)

  14. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan (GPS: 2.19189, 102.25089)

  15. Memorial Perang Orang Cina (GPS: 2.1956, 102.2554)

  16. Melaka Alive (GPS: 2.19142, 102.25058)

  17. Menara Jam Tan Beng Swee (GPS: 2.19439, 102.24907)

  18. Penetapan Portugis (GPS: 2.18339, 102.26703)

  19. Perigi Rajah (GPS: 2.19583, 102.25542)

  20. Persatuan Hainan Melaka (GPS: 2.19754, 102.2455)

  21. Persatuan Hokkien Melaka (GPS: 2.19581, 102.24732)

  22. Tasik Durian Tunggal (GPS: 2.33553, 102.30687)

  23. Rumah Api Tanjung Tuan (GPS: 2.40747, 101.85233)

  24. Rumah Tun Tan Cheng Lock (GPS: 2.1961, 102.24537)

  25. Stadthuys (GPS: 2.194, 102.2491)

  26. Taman Mini Malaysia (GPS: 2.28245, 102.30383)

  27. Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka (GPS: 2.26293, 102.30095)

  28. Villa Sentosa (GPS: 2.20251, 102.25144)

  29. Zoo Melaka (GPS: 2.27653, 102.2989)


Kategori Tempat di Malacca


Penganut Dato Chachar di jalanraya MelakaPenganut memikul susu di sepanjang jalanraya Melaka semasa Pesa Dato Chachar. (3 Mei, 2009)


Bahagian dalam Baba HouseBahagian dalam Baba House. (10 Julai, 2005)

Melaka pada Google Maps Street View



Jalan Laksamana, Melaka, pada waktu pagiJalan Laksamana, Melaka, pada waktu pagi (3 Mei, 2009)

Mengenai Melaka

Beberapa petikan untuk memberi anda lebih maklumat terperinci mengenai Melaka.


Bandaraya Melaka adalah ibu negeri Melaka. Negei Melaka mempunyai keluasan 1,652km persegi. Ia antara negeri yang lebih kecil di Malaysia. Jumlah penduduknya 600,000.

Melaka merupakan suatu tempat yang penuh bersejarah. Sambil meneroka negeri ini, anda akan menemui masjid, tokong, kuil dan kubu yang tertua di Malaysia. Banyak daripada tempat bersejarah Melaka telah dibaikpulih walaupun ada kalanya proses pemuliharaan menjadi keterlaluan.

Tarian budaya di Taman Mini MalaysiaTarian budaya di Taman Mini Malaysia (15 November, 2009)

Pergi ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Pelawat ke Melaka boleh memandu ke sana. Pusat bandar adalah lebih kurang 1½ hingga 2 jam dari Kuala Lumpur bergantung kepada keadaan trafik. Walaupun Melaka mempunyai lapangan terbang, ia tidak digunakan untuk sebarang penerbangan tetap. Dari Lebuhraya Utara Selatan (E2), susur keluar pada Persimpangan Ayer Keroh (Exit 231). Dari sana, teruskan ikut Lebuhraya Ayer Keroh Highway (nama lebuhraya tidak ditunjukkan pada papan tanda), pandu ikut papan tanda Bandaraya Melaka.

Jarak Melaka dan kadar tol (April 2009) adalah 80 km dari Seremban (tol RM9.30), 146 km dari Kuala Lumpur (RM20.60, dari Damansara), 349 km dari Ipoh (RM46.10 dari Ipoh Selatan), 513 km dari Pulau Pinang (RM62.90, dari Juru), 606 km dari Alor Setar (RM74.30 dari Alor Setar Selatan) dan 651 km dari Kangar (RM77.50 dari Jitra). Dari arah selatan, Malacca adalah 224 km dari Johor Bahru (RM27.70 dari Tambak Johor dan RM39.90 dari Tanjung Kupang). Masa memandu adalah lebih kurang 2 jam dari Kuala Lumpur, dan 2½ jam dari Johor Bahru.

Jalanraya di MelakaJalanraya di Melaka (9 Julai, 2005)

Meneroka Bandaraya Bersejarah Melaka

Bahagian Tapak Warisan Dunia Melaka cukup kecil untuk diterokai dengan berjalan kaki. Anda boleh mengambil beca Melaka untuk makan angin. Pastikan tambang dipersetujui sebelum naiki beca.

Pameran alat-alat sembayang di Muzium ChittyPameran alat-alat sembayang di Muzium Chitty (10 Julai, 2005)

Senarai Negeri di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.