Discover with Timothy
21st Anniversary as Content CreatorKelantan Darul Naim کلنتن دار النعيم

Petua Melawat KelantanPetua Melawat Kelantan (11 Februari, 2006)


English

Petua Melawat Kelantan Darul Naim membekalkan maklumat berguna untuk anda merancang lawatan anda ke Kelantan. Kelantan Darul Naim (Jawi: کلنتن دار النعيم) adalah sebuah negeri di sebelah timur laut Semenanjung Malaysia. Kelantan disempadani Terengganu dan Pahang di sebelah selatan, Perak di sebelah barat dan Wilayah Narathiwat di Thailand di sebelah utara. Bahagian timur negeri Kelantan disisiri Laut China Selatan. Negeri ini mempunyai keluasan 14,922 km persegi dan berpenduduk melebihi dua juta orang. Ibu negerinya ialah Kota Bharu, sebuah bandar di pinggir Sungai Kelantan.

Petua ini ditulis untuk kegunaan mereka yang ingin meneroka Kelantan dengan sendiri. Sebaik mungkin, saya tambah koordinat GPS untuk bandar dan juga tempat menarik di Kelantan, untuk memudahkan anda bernavigasi ke setiap tempat yang diterangkan.

Bandar-bandar besar di Kelantan

Untuk senarai yang lebih lengkap, tinjau senarai Bandar-Bandar di Kelantan.
  1. Kota Bharu - ibu negeri (GPS: 6.13127, 102.23666)

  2. Bachok (GPS: 6.06109, 102.40126)

  3. Gua Musang (GPS: 4.88126, 101.96426)

  4. Jeli (GPS: 5.70141, 101.84376)

  5. Pengkalan Kubor (GPS: 6.23319, 102.09161)

  6. Tumpat (GPS: 6.19852, 102.16942)


Kategori tempat di Kelantan

Tarikan Pelancong di Kelantan

Jajahan Kelantan

Kelantan terdiri daripada sebelah daerah yang digelar jajahan.


Wat Puchumthat Chanaram, Jong Bakar, TumpatWat Puchumthat Chanaram, Jong Bakar, Tumpat (12 Februari, 2006)


Terdapat beberapa teori tengang asal usual nama Kelantan. Ada yang mengatakan yang ia berasal dari perkataan "kilatan". Ada pula yang menyatakan yang ia pencemaran kepada perkataan gelam hutam, iaitu nama pokok Melaleuca leucadendra. Kelantan merupakan sebuah negeri pertanian, dengan kampung-kampung nelayan dan pantai berpasir. Penemuan arkeologi dari zaman purba menunjukkan bahawa Kelantan telah berpenghuni sejak zaman pra-sejarah.

Ekonomi Kelantan berasaskan penanaman padi, getah dan tembakau. Menangkap ikan di sepanjang pantainya yang berjumlah 97 kilometer juga merupakan satu kegiatan ekonomi yang mustahak. Kegiatan tradisional seperti pengeluaran batik, ukiran kayu dan menenun songket masih lagi diamalkan, walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Aktiviki pembalakan masih dijalanan di bahagian hutan belantara negeri ini. Di kawasan bandar, beberapa hotel terkemuka telah didirikan dan pusat membeli-belah yang moden juga telah dibuka untuk menampung kehendak penduduk bandar.

Wat Uttamaram, Tumpat, KelantanWat Uttamaram, Tumpat, Kelantan (13 Februari 2006)


Kota Bharu ialah ibu negeri Kelantan. Ia adalah pusat perbandaran yang utama di negeri ini. Pasar di pusat bandar merupakan satu-satunya tarikan pelancong di Kota Bharu. Bandar ini diisytiharkan sebagai "bandaraya Islam" pada hari Sabtu, 1hb Oktober, 2005. Walau bagaimanapun, pengisytiharan ini tidak bererti Kota Bharu mendapat status bandaraya, tetapi hanya semata-mata berciri Islam. Terdapat usaha untuk membangunkan bahagian selatan negeri Kelantan.

Kelantan mempunyai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) RM10000, iaitu hanya satu pertiga kekayaan negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang. Banyak orang Kelantan yang melibatkan diri dalam perniagaan kecil dan sederhana dan menikmati pendapatan yang tidak dilaporkan dan tidak mencerminkan KDNK yang sebenar.

Istana Jahar in Kota Bharu, sekarang dijadikan Muzium Diraja Negeri KelantanIstana Jahar in Kota Bharu, sekarang dijadikan Muzium Diraja Negeri Kelantan (12 Februari 2006)

Kelantan Hari Ini

Ada yang ragu melawat Kelantan, terutamanya Kota Bharu, oleh sebab reputasinya sebagai sebuah negeri Islam yang konservatif. Akan tetapi, mereka yang meneroka Kelantan akan mendapati yang ia sebuah negeri di mana masyarakat dari pelbagai bangsa hidup bersama. Di Tumpat contohnya, anda akan dapati banyak kuil Buddha, lebih daripada apa-apa tempat lain di negara ini.

Pasar Siti Khadijah di Kota BharuPasar Siti Khadijah di Kota Bharu (12 Februari 2006)

Senarai Negeri di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.