Bukit BenderaBukit Bendera (4 Februari, 2017)


English

Bukit Bendera ialah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia. Ia terdiri daripada gugusan batu granit yang berada di bahagian tengah Pulau Pinang dan mencapai ketinggian 833 meter (2723 kaki) di Western Hill. Selain Western Hill, kemuncak-kemuncak lain yang merupakan sebahagian daripada Bukit Bendera termasuk Bukit Laksamana, Tiger Hill, Bukit Bendera and Bukit Kerajaan. Nama Bukit Bendera sebenarnya merujuk kepada lokasi stesen keretapi bukit pada ketinggian 735 m (2450 kaki) atas aras laut. Tempat ini digelar Flagstaff Hill oleh orang British, sebab disinilah bendera British dikibarkan sebagai tanda isyarat tibanya penghantaran mel.

Lokasi tempat-tempat di Bukit Bendera

Tempat-tempat di Bukit Bendera

Berikut beberapa tempat yang dapat anda terokai di Bukit Bendera.

  1. Bellevue Penang Hill Hotel (GPS: 5.42583, 100.26911)

  2. Cliff Cafe (Astaka Bukit Bendera) (GPS: 5.42428, 100.2687)

  3. Crag Hotel (GPS: 5.43064, 100.27167)

  4. Monkey Cup Garden (GPS: 5.41651, 100.26131)

  5. Penang Hill Bungalows: Get to know the various colonial-era bungalows on Penang Hill.

  6. Penang Hill Canopy Walk: The now abandoned walkway suspended among the trees.

  7. Penang Hill Funicular Train: The funicular that takes visitors up Penang Hill.

  8. Penang Hill Hindu Temple (GPS: 5.4253, 100.26831) Temple to Lord Murugan, officially known as the Sri Aruloli Thirumurugan Temple.

  9. Penang Hill Lower Station (GPS: 5.40829, 100.27727)

  10. Penang Hill Mosque (GPS: 5.42469, 100.26824)

  11. Penang Hill Railway Hill train taking visitors up the hill.

  12. Strawberry Hill / David Brown's Cottage (GPS: 5.42418, 100.26955)

  13. The Habitat Penang Hill (GPS: 5.42555, 100.26803)

  14. The Owl Museum (GPS: 5.42447, 100.26891)

Kemudahan di Bukit Bendera

Menaiki Bukit Bendera

Kebanyakan orang menaiki keretapi bukit untuk sampai ke kemuncak Bukit Bendera. Segelintir pula menaiki jip ataupun mendaki.

Keretapi Bukit BenderaKeretapi Bukit Bendera (26 Januari, 2012)


Bukit BenderaBukit Bendera (26 Januari, 2012)

Berita Terkini Bukit Bendera

8 Januari, 2020
Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk memulakan projek Kereta Kabel Bukit Bendera pada hujung tahun ini. Sistem kereta kabel ini akan menghubungkan Bukit Bendera kepada Kebun Bunga Pulau Pinang.

11 Oktober, 2020
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa pada Bajet 2020, RM100 juta telah diperuntukkan untuk project Kereta Kabel Bukit Bendera.

Melawat Bukit Bendera

Untuk melawat Bukit Bendera dengan menaiki keretapi bukit, pergi ke Stesen Bawah Keretapi Bukit Bendera yang berada di kemuncak Jalan Stesen Bukit Bendera di Air Itam. Anda boleh sampai ke stesen dengan menaiki bas Rapid Penang nombor 204. Bas Penang Hop-On Hop-Off Tourist Bus juga berhenti di stesen.

Kalau anda pergi dengan kereta, tempat meletak kereta yang utama ialan Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera. Bayaran meletak kereta di sini agak tinggi. Sejak Februari 2017, harganya RM2 untuk jam pertama dan RM1 untuk jam seterusnya, dari hari Isnin hingga Jumaat, dan RM3 untuk jam pertama dan RM1 untuk jam seterusnya, untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti am.

Apabila saya melawat Bukit Bendera pada Februari 2017, terdapat kadar rendah untuk pemegang MyKad, jika anda tiba sebelum 9:00am pagi. Ini laku untuk setiap kategori pelawat tempatan, tetapi tidak sah semasa cuti sekolah.

Kadar MyKad untuk Bukit BenderaKadar MyKad untuk pelawat awal ke Bukit Bendera (4 February, 2017)


Bayaran Meletak Kereta di Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera
Bayaran Meletak Kereta di Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera (4 Februari, 2017)

Bukit Bendera pada Google Maps Street View



Bukit BenderaBukit Bendera (1 November, 2014)

Berita Terkini untuk Bukit Bendera

1 November, 2014
Saya telah melawat Bukit Bendera untuk menyemak pembangunan terbaru di situ. Baca berkenaan lawatan saya ke Bukit Bendera di tahun 2014.

28 November, 2012
Sebuah bumbung kanopi dibina antara Stesen Bawah dan laluan untuk melindungi pelawat dari keadaan cuaca. Oleh sebab itu, kawasan laluan di Stesen Bawah ditutup.

12 November, 2012
Oleh sebab kerja pembinaan di Stesen Bawah Bukit Bendera, kawasan laluan akan ditutup dari November 2012 hingga Jun 2013. Untuk keterangan lanjut, orang awam boleh menghubungi 04-828 8880, 04-828 8839 dan 04-828 8861.

26 Januari, 2012
Sebuah medan selera yang baru, yang bernama Astaka Bukit Bendera, telah dibuka. Ia juga dipanggil Cliff Cafe dalam Bahasa Inggeris.

21 Februari, 2010
Keretapi Bukit Bendera yang lama berjalan buat kali terakhir.

The History of Bukit Bendera

Adalah dipercayai bahawa Kapten Francis Light merupakan orang pertama membuka laluan kuda ke atas Bukit Bendera, pada tahun 1788. Laluan ini bermula dekat Air Terjun Kebun Bunga. Bukit Bendera telah mula-mula dibangunkan oleh Orang British untuk mengelakkan suhu tinggi di tanah rendah. Oleh sebab tanah rendah kerap berlaku malaria, Bukit Bendera menjadi pilihan sebagai tempat pemulihan. Sebuah pusat pemulihan telah dibina di Mount Hygeia untuk pegawai dari Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kawasan itu mempunyai udara yang nyaman, kurang lembap, dan paling mustahak, tiada malaria.

Lambat laun, beberapa jabatan kerajaan juga membina banglo untuk pegawai atasan mereka. Bahagian utara Bukit Bendera tidak berapa dibangunkan. Tempat-tempat seperti Bukit Kerajaan dan Bukit Timah dikhaskan sebagai kawasan tadahan air, dan oleh itu, tiada pembangunan dibenarkan di sana.

Entrance of Bel Retiro, retreat for the king and prime minister of MalaysiaGerbang ke Bel Retiro, rumah peranginan untuk Yang diPertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia. (5 Mac, 2005)


Semasa zaman penjajahan, terdapat satu bentuk pengasingan kaum di Bukit Bendera. Harta yang paling berprestij masa itu ialah Bel Retiro yang dibina pada tahun 1800 sebagai tempat peranginan pegawai tinggi kerajaan dan orang kenamaan. Ia merupakan tempat percutian kegemaran Yang di-Pertuan Agong yang pertama apabila baginda melawat Pulau Pinang. Berlandaskan prinsip berdekatan bermakna bersebelahan dengan kebesaran, maka pegawai-pegawai kanan turut membina banglo mereka seberapa hampir dengan Bel Retiro. Pada zaman penjajahan, tidak sesiapa yang bukan berkulit putih yang dibenarkan membina kediaman lebih atas dari Stesen Viaduct. Dua orang tempatan yang berkemampuan membina rumah mereka terdeka dengan harta orang Eropah adalah Khoo Sian Ewe dan Chee War Lock, kedua-duanya Pesuruhjaya Perbandaran.

Seperti gaya hari ini untuk memiliki kondominium mewah, pada awal abad ke-20, menjadi gaya masa untuk memiliki banglo di Bukit Bendera. Banyak daripada bangunan milik hartawan Cina dibegi nama yang berunsur Barat, contohnya Mon Sejour, Dolce Domum, Fairmont dan Grace Dieu.

Bellevue Hotel, Bukit BenderaBellevue Hotel, Bukit Bendera (3 Mei, 2005)


Mendaki merupakan aktiviti yang popular di Bukit Bendera. Terdapat sejumlah 5 kilometer jalan berturap di Bukit Bendera. Jalan ini dipanggil "trek jip" dan dikhaskan untuk kegunaan penduduk bukit sahaja. Bagi mereka yang mendaki, hentian yang paling popular ialah hentian bernombor 52 dan 84. Di tempat-tempat ini, para pendaki dapat menjamu kehausan dengan minuman yang telah disediakan oleh sukarelawan.

Terdapat beberapa laluan untuk mendaki Bukit Bendera. Antaranya termasuk laluan dari Moongate, satu lagi dari bahagian dalam Kebuh Bunga, satu lagi dari Empangan Air Itam ke Tiger Hill, satu dari Hye Keat Estate dan satu lagi dari Taman Belia.

A monkey cup at Monkey Cup Garden, Bukit BenderaPeriuk kera di Taman Periuk Kera Bukit Bendera (26 Januari, 2012)

Banglo di Bukit Bendera

  1. Bel Retiro: Harta yang paling berprestij di Bukit Bendera

  2. Convalescent Bungalow: Satu daripada rumah rehat yang paling tua di Bukit Bendera.

  3. Moy Craig: Satu daripada banglo yang indah di Bukit Bendera.

  4. Richmond: Rumah rehat kepunyaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

  5. The Great Wall: Tempat peranginan yang dibina oleh Khoo Sian Ewe di Bukit Bendera.


Misty Bukit BenderaBukit Bendera yang berkabus (2 Ogos, 2003)


Keretapi Bukit Bendera yang lama yang berwarna merahKeretapi Bukit Bendera yang lama yang berwarna merah. (26 Januari, 2012)


Banglo Convalescent di Bukit BenderaBanglo Convalescent di Bukit Bendera (3 Mei, 2005)


Moy Craig, Bukit BenderaBangunan Moy Craig, yang juga dipanggil Raj Bhavan Bungalow (3 Mei, 2005)


Masjid Bukit BenderaMasjid Bukit Bendera (3 Mei, 2005)


Kuil Hindu Bukit BenderaKuil Hindu Bukit Bendera (3 Mei, 2005)


Kopah Villa, Bukit BenderaPenunjuk arah angin pada banglo yang pada asalnya dipanggil Through, kemudiannya diberi nama Kopah Villa, dan sekarang ini Bukit Pinang (3 Mei, 2005)


[an error occurred while processing this directive]

10 Tarikan Pelancongan Utama Pulau Pinang


Maklumat

Senarai Bukit Peranginan di Malaysia; Bukit di Pulau Pinang dan Bukit di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.