Bas Rapid PenangBas Rapid Penang (3 August, 2013)


English Version

Bas Rapid Penang ialah pengangkutan awam di Negeri Pulau Pinang. Menaiki bas Rapid Penang adalah cara yang mudah dan murah untuk meneroka Pulau Pinang. Rapid Penang mempunyai rangkaian bas merangkumi Pulau Pinang dan Seberang Perai. Hentian Pengkalan Weld di George Town merupakan hentian utama untuk laluan bas sebelah pulau manakala Hentian Penang Sentral di Butterworth merupakan hentian utama untuk Seberang Perai. Selain dua hentian utama, terdapat hentian kecil atau "hub" pada tempat-tempat tertentu termasuk Balik Pulau, Teluk Bahang, Bukit Jambul dan Relau. Ibu pejabat Rapid Penang berada di Lorong Kulit.

Pelawat ke Pulau Pinang boleh membeli "Paspot Rapid Penang", yakni smartkad untuk menaiki bas tanpa had untuk tempoh satu minggu. Paspot ini dijual dengan harga RM30.

Rangkaian Laluan CAT Pulau Pinang

  1. CAT George Town Lingkaran 1 (CT1) adalah bas percuma yang membuat suatu lingkaran di bahagian dalam bandaraya George Town.

  2. CAT Air Itam (CT 1A & 1B) adalah bas percuma di Paya Terubong dan Air Itam. Ia membuat suatu lingkaran, dengan CAT Air Itam A ikut arah jam dan CAT Air Itam B lawan arah jam.

  3. CAT Bukit Mertajam (CT2) adalah bas percuma yang membuat lingkaran bermula dan berakhir di Terminal Bas Bukit Mertajam.

  4. CAT Balik Pulau (CT3) adalah bas percuma yang membuat lingkaran bermula dan berakhir di Terminal Bas Balik Pulau.

  5. CAT Nibong Tebal (CT4) adalah bas percuma yang membuat lingkaran bermula dan berakhir di Hab Bas Nibong Tebal.

  6. CAT Tanjung Tokong (CT5) adalah bas percuma yang melalui jalanan antara Pulau Tikus dengan Tanjung Tokong.

  7. CAT Batu Kawan (CT6) adalah bas percuma adalah bas yang melalui jalanan antara Has Bas Design Village dengan Stesen Tren Simpang Ampang.

  8. CAT George Town Loop 2 (CT7) adalah bas percuma yang membuat lingkaran di bahagian dalaman bandaraya George Town.

  9. CAT Bertam (CT8) adalah bas percuma yang membuat lingkaran di Kepala Batas.

  10. CAT Bayan Baru (CT9) adalah bas percuma yang membuat lingkaran di Bayan Baru township.

  11. CAT Alma (CT10) adalah bas percuma di Alma, Bukit Mertajam.

  12. CAT Sungai Dua-USM (CT11) adalah bas percuma di Sungai Dua.

  13. CAT Seberang Jaya (CT12) adalah bas percuma di Seberang Jaya.

Laluan Bas Rapid Penang

Berikut setiap laluan bas Rapid Penang.

  1. CAT: Bas Percuma Central Area Transit
    Ini merupakan perkhidmatan bas percuma yang membuat laluan lingkaran pusat bandaraya George Town. Bas ini sesuai dinaiki untuk meneroka tapak-tapak warisan George Town dengan bajet yang terhad. Setiap hentian bas ini diberi nombor giliran.

  2. PTL: Bas Percuma Lingkaran Pulau Tikus
    Ini merupakan perkhidmatan bas percuma yang melingkari kawasan Pulau Tikus.

  3. BEST: Bas Ekspres Jambatan
    Perkhidmatan komuter antara Seberang Perai dengan Bayan Lepas. Sejak 20 July, 2015, pengguna perkhidmatan ini dikenakan bayaran RM50 sebulan.

  4. Bas No. 10: Jeti ke Kebun Bunga
    Bus No. 10 mengharungi bandaraya George Town dari Jeti ke Kebun Bunga, dan membuat satu lencongan ke Bulatan Gurney.

  5. Bas No. 11: Jeti ke Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim
    Bus No. 11 merupakan laluan bandaraya yang digunakan kebanyakannya oleh penduduk tempatan berulang-alik dari tempat kerja. Ia menghubungkan Jeti dengan kawasan pinggir bandar yang padat dengan penduduk, termasuk Datuk Keramat, Jelutong dan Jalan Masjid Negeri.

  6. Bas No. 12: Jeti ke Bandar Sri Pinang
    Bas No. 12 merupakan laluan bandaraya yang menghubungkan George Town dengan kawasan pinggiran seperti Gat Lebuh Macallum dan Bandar Sri Pinang.

  7. Bas No. 13: Tesco Penang ke Paya Terubong
    Bas No. 13 adalah laluan antara George Town dengan kawasan berpenduduk padat di sekitarnya.

  8. Bas No. 101: Jeti ke Teluk Bahang
    Bas No. 101 meliputi kawasan pantai utara Pulau Pinang.

  9. Bas No. 102: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Teluk Bahang
    Bas No. 102 berulang-alik antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan Teluk Bahang. Dalam perjalanannya, ia berhenti di Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong. Laluan ini sesuai untuk pelancong yang menginap di hotel pinggiran pantai.

  10. Bas No. 103: Komtar ke Bagan Jermal
    Bas No. 103 adalah laluan bandaraya yang meliputan kawasan pinggiran utara George Town. Ia berulang-alik antara Komtar dengan Bagan Jermal, dan melalui Pulau Tikus.

  11. Bas No. 104: Tanjung Bungah ke Komtar via Jalan Sultan Ahmad Shah
    Bas No. 104 menghubungkan pusat bandaraya dengan Tanjung Bungah. Sebahagian laluan ini bertindih dengan laluan Bas No. 101. Yang bezanya, laluan Bas 104 tamat di Tanjung Bungah manakala laluan Bas 101 berterusan sehingga Teluk Bahang.

  12. Bas No. 201: Jeti ke Paya Terubong via Air Itam
    Bas No. 201 ialah satu laluan komuter untuk Air Itam dan Paya Terubong, di tengah-tengah Pulau Pinang. Bas ini berulang-alik antara Jeti dan Paya Terubong, dan melalui pekan Air Itam.

  13. Bas No. 202: Jeti ke Paya Terubong via Farlim
    Bas No. 202 ialah satu laluan komuter yang digunakan oleh penduduk tempatan. Bas ini berulang-alik antara Jeti dan Paya Terubong. Ia agak serupa dengan laluan Bas 201, kecuali laluan 202 adalah Bandar Baru Air Itam, yang juga dikenali sebagai Farlim, dan bukan pekan Air Itam.

  14. Bas No. 203: Jeti ke Air Itam via Farlim
    Bas No. 203 ialah satu laluan komuter yang digunakan oldh penduduk tempatan. Ia berulang-alik antara Jeti dan pekan Air Itam, dan melalui Bandar Baru Air Itam, yang juga dikenali sebagai Farlim..

  15. Bas No. 204: Jeti ke Stesen Bawah Bukit Bendera
    Bas No. 204 ialah laluan bas dari Jeti ke Stesen Bawah Bukit Bendera. Naiki bas ini untuk meneruskan perjalanan anda dengan menaiki keretapi bukit ke Bukit Bendera.

  16. Bas No. 206: Tesco Penang ke Jeti
    Bas No. 206 ialah laluan yang mengharungi kawasan tengah and selatan bandaraya George Town. Laluan ini melalui kawasan yang padat berpenduduk seperti Jelutong, Jalan Masjid Negeri dan Gelugor, dan berulang alik antara Jeti dengan Tesco Penang di Gelugor.

  17. Bas No. 301: Jeti ke Relau via Sungai Dua
    Bas No. 301 ialah laluan untuk kawasan sebelah tengah-selatan Pulau Pinang. Ia berulang-alik antara Jeti dan Relau, dan melalui Jalan Sungai Dua.

  18. Bas No. 302: Jeti ke Batu Maung via Bukit Gambir
    Bas No. 302 ialah laluan yang mengharungi kawasan pinggir timur Pulau Pinang. Laluan yang agak panjang ini melalui kawasan-kawasan yang padat berpenduduk seperti Relau, Sungai Ara dan bayan Lepas. Ia lalu berdekatan lapangan terbang tetapi tidak berhenti di sana.

  19. Bas No. 303: Jeti ke Bukit Gedung
    Bas No. 303 ialah laluan antara Jeti dengan Bukit Gedung, termasuk kawasan-kawasan yang padat berpenduduk seperti Bayan Baru.

  20. Bas No. 304: Bukit Gedung ke Persiaran Gurney
    Bas No. 304 ialah laluan antara Bukit Gedung dengan Persiaran Gurney. Ia menghubungkan kawasan yang padat berpenduduk di sebelah selatan Pulau Pinang dengan pusat beli-belah dan pemasakan di Persiaran Gurney.

  21. Bas No. 305: Sungai Nibong ke Teluk Tempoyak via Batu Maung
    Bas No. 305 ialah laluan untuk kawasan sebelah selatan Pulau Pinang. Ia menghubungkan kawasan perkampungan yang kini mengalami pembangunan yang pesat, antara Sungai Nibung dengan Teluk Tempoyak, dan melalui pekan Batu Maung.


  22. Bas No. 306: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Hospital Pulau Pinang
    Bas No. 306 menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan Hospital Pulau Pinang. Sebagai satu-satunya destinasi pelancongan kesihatan, Pulau Pinang menerima banyak pelawat dari rantau ini yang datang bukan semata-mata untuk makan angin, tetapi juga untuk mendapat rawatan. Oleh itu, laluan ini paling sesuai.

  23. Bas No. 307: Jeti ke Batu Maung via Bayan Baru

  24. Bas No. 308: Sungai Nibong ke Gertak Sanggul

  25. Bas No. 309: Bukit Gedung ke Queensbay Mall: Presently non operational route.

  26. Bas No. 401: Jeti ke Balik Pulau via Bayan Baru

  27. Bas No. 401E: Jeti ke Balik Pulau via Tun Dr Lim Chong Eu Expressway

  28. Bas No. 403: Balik Pulau loop

  29. Bas No. 404: Balik Pulau ke Pantai Aceh

  30. Bas No. 501: Balik Pulau ke Teluk Bahang

  31. Bas No. 502: Pekan Genting ke Jeti

  32. Bas No. 601: Butterworth ke Kepala Batas

  33. Bas No. 602: Butterworth ke Tasek Gelugor

  34. Bas No. 603: Butterworth ke Kuala Muda

  35. Bas No. 604: Butterworth ke Taman Desa Murni

  36. Bas No. 604A: Sungai Dua (Mainland) ke Kepala Batas

  37. Bas No. 605: Butterworth ke Permatang Tok Gelam

  38. Bas No. 606: Penaga ke Bukit Mertajam

  39. Bas No. 608: Butterworth ke Penaga

  40. Bas No. 610: Kepala Batas ke Tasek Gelugor

  41. Bas No. 701: Butterworth ke Bukit Mertajam via Jalan Baru

  42. Bas No. 702: Butterworth ke Bukit Mertajam via Permatang Pauh

  43. Bas No. 703: Butterworth ke Seberang Jaya

  44. Bas No. 707: Taman Pelangi ke Bukit Mertajam

  45. Bas No. 708: Bukit Mertajam ke Junjong, Kedah

  46. Bas No. 709: Butterworth ke Machang Bubuk

  47. Bas No. 801: Butterworth ke Nibong Tebal

  48. Bas No. 802: Bukit Mertajam ke Nibong Tebal

  49. Bas No. 803: Nibong Tebal loop


 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.