Teluk Bahang, Pulau Pinang (19 Mei, 2012)
English
Teluk Bahang (GPS: 5.45785, 100.21473), (Bahasa Cina: 直落巴巷; Rumi Pinyin: Zhíluò Baxiàng) adalah sebuah kampung nelayan di sebelah timur laut
Pulau Pinang. Ia berkemungkinan mendapat namanya dari bahang yang dirasai daripada bayu laut pada waktu tengahari. Kampung nelayan ini terkenal sebagai tempat masuk ke Taman Negara Pulau Pinang. Ia mempunyai sebuah restoran makanan laut bernama End of the World Restaurant. Restoran itu musnah apabila tsunami melanda pada 26hb Disember, tetapi sekarang telah berpindah ke lokasi baru. Mereka yang dahulunya pernah masuk pasukan pengakap akan ingat akan Teluk Bahang sebagai tapak Kem Jamboree Pengakap.
Teluk Bahang ialah lokasi untuk
Entopia dan
Rimba Rekreasi Teluk Bahang. Terdapat beberapa kilang batik di sini yang mengisi keperluan pasaran pelancong. Di sebelah bukit pula ialah
Ladang Buah-buahan Tropika.
Empangan Teluk Bahang yang siap dibina pada tahun 1999 adalah lokasi baik untuk menikmati pemandangan dari darat ke laut. Dengan kapasiti 19.24 billion liter, ia adalah empangan yang paling besar di sebelah pulau Negeri Pulau Pinang dan sering digunakan sebagai lokasi sukan air. Ia juga satu-satunya empangan yang dibina dekat dengan laut.
Bahagian bukit Teluk Bahang adalah sebahagian daripada Taman Negara Pulau Pinang yang meliputi seluruh tanjung di bahagian timur laut Pulau Pinang. Di Taman Negara Pulau Pinang terdapat laluan hutan ke tempat-tempat seperti
Muka Head dengan cabang ke
Pantai Kerachut. Laut di Teluk Bahang tidak berapa sesuai untuk berenang kerana terdapat obor-obor dalam air. Ini disebabkan kumbahan yang dilepaskan ke dalam laut.
Lokasi tempat di Teluk Bahang dalam peta
Lokasi di Teluk Bahang
- ESCAPE Adventureplay Theme Park (GPS: 5.44942, 100.21538)

- Hock Lok Siew Durian Estate (GPS: 5.42783, 100.2205)

- Jubilee Camp Beach (GPS: 5.46172, 100.2177)

- Masjid Jamek Teluk Bahang (GPS: 5.45637, 100.21442)

- Pulau Pinang Butterfly Farm (GPS: 5.44745, 100.21563)

- Pulau Pinang National Park (GPS: 5.4598, 100.20268)

- Taman Rimba Teluk Bahang (GPS: 5.4467, 100.21677)

- Teluk Awak (GPS: 5.45965, 100.21079)

- Teluk Bahang Community Hall (GPS: 5.4572, 100.21415)

- Teluk Bahang Dam (GPS: 5.43951, 100.21337)

- Teluk Bahang Jetty (GPS: 5.46035, 100.20701)

- Teluk Bahang Roundabout (GPS: 5.45784, 100.21472)

- Teluk Bahang Tua Pek Kong Temple (GPS: 5.45819, 100.20674)

- Tropical Fruit Farm (GPS: 5.41479, 100.21694)

Warung dan tempat makan di Teluk Bahang
Kemudahan awam di Teluk Bahang
Pangsapuri di Teluk Bahang
Pergi ke Teluk Bahang
Naik bas
Rapid Penang bernombor
101 atau
102 untuk sampai ke Teluk Bahang.
The now closed Mutiara Beach Resort (19 Mei, 2012)
Hindu temple on the beach of Teluk Bahang (19 Mei, 2012)
Selepas Tsunami
Teluk Bahang adalah antara tempat yang dilanda tsunami pada 26hb Disember 2004. Ombak tiba pada 12:50pm tengahari menyebabkan kerosakan besar dan meragut beberapa nyawa, walaupun tidak seteruk negara-negara lain di Lautan Hindi. Apabila kawasan itu ditinjau pada 15hb Januari 2005, kami dapati yang kampung ini dalam proses bangkit semula.
Teluk Bahang, tiga minggu selepas tsunami 26hb Disember (15 Januari, 2005)

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan
Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan
Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.