Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang

Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, Pulau Pinang (15 September, 2012)


English

Jalan Masjid Kapitan Keling adalah satu daripada empat jalan raya utama dalam penempatan asal George Town yang dibentangkan oleh Kapten Francis Light apabila dia mengasas penempatan itu.

Jalan Masjid Kapitan Keling pada asalnya bernama Pitt Street. Ia diberi nama sempena Perdana Menteri Great Britain pada ketika penempatan George Town diasaskan. Setelah Kapten Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island sempena Raja George IV yang bakal menaiki takhta, George Town sempena Raja George III yang menduduki takhta, dan Lebuh Light untuk dirinya sendiri, dia sedar bahawa dia belum menamakan apa-apa sempena Perdana Menteri, iaitu William Pitt the Younger. Untuk mengelakkan dari menyinggung perasaan Perdana Menteri, beliau pun menamakan jalan ini Pitt Street.

Selepas kemerdekaan, Pitt Street ditulis sebagai Lebuh Pitt sebelum diubah nama kepada Jalan Masjid Kapitan Keling, pada awal 1990-an, sempena masjid di situ.

Peta Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang

Tempat penginapan di Jalan Masjid Kapitan Keling

  1. Broadway Budget Hotel (GPS: 5.41789, 100.33867)

  2. Red Inn Court (GPS: 5.41797, 100.33877)

  3. Silver Shine Homestay Guesthouse (GPS: 5.41874, 100.33921)

  4. The Boutique Residence Hotel (GPS: 5.41575, 100.33729)

Seni Jalanan di Jalan Masjid Kapitan Keling

  1. Arca "Roda Kereta Lembu" (GPS: 5.41831, 100.33889)

  2. Arca "Tok Tok Mee" Sculpture (GPS: 5.41831, 100.33889)

Tempat-tempat sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling

  1. 104 & 106 Jalan Masjid Kapitan Keling (GPS: 5.41622, 100.33724)

  2. Bank Negara Malaysia Building (GPS: 5.42046, 100.34026)

  3. Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (GPS: 5.41887, 100.33885)

  4. Gereja Anglican St George (GPS: 5.41971, 100.3391)

  5. Kuil Mahamariamman (GPS: 5.41728, 100.3382)

  6. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang (GPS: 5.42066, 100.33983)

  7. Masjid Kapitan Keling (GPS: 5.41666, 100.33758)

  8. The Star Jalan Masjid Kapitan Keling (GPS: 5.41873, 100.33931)

  9. Tokong Kuan Yin Teng (GPS: 5.41849, 100.33871)

Tempat Makan di sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling

Bisnes di sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling


Simpang Jalan Masjid Kapitan Keling dengan Lebuh Light (21 Ogos, 2011)

Berkenaan Jalan Masjid Kapitan Keling

Pitt Street telah wujud di Peta Popham dari tahun 1798, yang merupakan peta paling tua untuk George Town yang masih ada. Pada zaman Light, Pitt Street merupakan sempadan penempatan yang juga disempadani Lebuh Light, Lebuh Pantai dan kemudiannya Lebuh Chulia. Pada hari ini, Pitt Street yang kini digelar Jalan Masjid Kapitan Keling, merupakan antara jalanraya dalam zon teras Tapak Warisan Dunia George Town.

Jalan Masjid Kapitan Keling memberi pandangan mendekat betapa kosmopolitan wajah George Town. Jalan ini ibarat kuih lapis, dengan setiap lapis mewakili masyarakat berlainan yang menetap di George Town. Di bahagian paling luar, Jalan Masjid Kapitan Keling memakai wajah Eropah, dengan terdirinya bangunan-bangunan pentadbiran British bersama rumah ibadat mereka, yakni Gereja Anglican St George.

Simpang Jalan Masjid Kapitan Keling dengan Lebuh Chulia. (22 July, 2012)


Semenjak pertengah kurun ke-18, Orang Kulit Putih mulai berpindah dari kawasan pusat bandar ke kawasan pinggir bandar, dari Pantai Utara sehingga ke Jalan Utama. Dengan pemergian mereka, hartanah di pusat bandar dibeli oleh saudagar Cina yang kaya, antaranya Koh Seang Tat, Foo Tye Sin dan Goh Ban Bee.

Selepas simpang Lebuh Farquhar, Jalan Masjid Kapitan Keling melalui presint yang diduduki masyarakat Cina. Di sini terdirinya tokong mereka yang paling tua di George Town, yakni Tokong Kuan Yin Teng. Tokong ini pada asalnya menikmati pemandangan laut, tetapi kini disekat oleh bangunan tinggi-tinggi.

Anda akan dapati bahawa kawasan selepas Tokong Kuan Yin Teng adalah lebih luas daripada kawasan sebelumnya, sehingga cukup untuk dibina gerai bunga dan jalan servis. Ini adalah kerana dahulunya terdapat sebuah balai polis di tengah jalan. Atas sebab itu, kawasan ini digelar Tua33 Ba3lai4 dalam Bahasa Hokkien Pulau Pinang, dengan membawa maksud "balai polis besar".

Bahagian Jalan Masjid Kapitan Keling dekat Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang. (21 April, 2012)


Selanjutnya, tiba pula pintu belakang Kuil Sri Mariamman, bererti bahawa bahagian ini berwajahkan India dalam penempatan Light. Simpang yang seterusnya ialah dengan Lebuh Chulia, sebatang jalan yang mendapat namanya dari masyarakat India yang dahulunya menetap di sana. Simpang ini dipanggil Simpang Lelong dalam Bahasa Melayu, dan Elam Muchanti ஏலம் முச்சந்த்தி dalam Bahasa Tamil, yang juga bermaksud "simpang lelong". Sebabnya, pada masa dahulu, terdapat aktiviti lelong dijalankan di bawah Pokok Mambu di situ. Pada hari ini, masih ada Pokok Mambu di sini.

Selepas menyeberangi Lebuh Chulia, wajah Jalan Masjid Kapitan Keling berubah lagi. Bahagian ini mempunyai bangunan yang dimiliki masyarakat India Muslim. Antara hartanah India Muslim di sini ialah Madrasah Hamid Arabi, dan paling penting sekali, Masjid Kapitan Keling.

Sebuah koolam yang besar pada Jalan Masjid Kapitan Keling, di hadapan Kuil Arumigu Maha Mariamman. (21 April, 2012)


Pada sebelah kanan Jalan Masjid Kapitan Keling ialah simpang Lebuh Buckingham dan Jalan Kampung Kolam, yang juga dikenali dalam Bahasa Hokkien Pulau Pinang sebagai Tua33 Chooi1 Ti2 大水池 , bermaksud "tangki air besar". Nama ini merujuk kepada tangki air yang dahulunya ada di sini, untuk kegunaan umat Islam untuk berwuduk.

Bahagian Jalan Masjid Kapitan Keling antara Jalan Kampung Kolam dan Lebuh Armenian digelar dalam Bahasa Hokkien Pulau Pinang sebagai Ya3 Kha1 攑跤 , bermaksud "di bawah pokok kelapa". Tak perlu saya terangkan mengapa pula diberi nama begitu.

Kapitan Keling MosqueKapitan Keling Mosque, the grandest landmark along Jalan Masjid Kapitan Keling (30 Jun, 2014)


Jalan Masjid Kapitan Keling berakhir di simpang Lebuh Armenian. Di sini bermula pula Lebuh Cannon, yang diberi nama untuk memperingati Rusuhan Pulau Pinang tahun 1867 apabila meriam ditembak ke jalan ini.

Hari ini Lebuh Armenian hanya tinggal nama, sebab Orang Armenian tidak lagi tinggal di sana. Dah lama mereka berpindah ke rantau yang lain. Sememangnya pada suatu ketika dahulu terdapat Orang Armenian di George Town. Hari ini Lebuh Armenian berwajah Cina, walaupun pada asalnya terdapat perkampungan Orang Melayu khususnya Orang Sumatera yang menetap di sana. Perkampungan ini sudah lama luput, meninggalkan segelintir rumah kampung sekeliling Masjid Melayu Lebuh Acheh.

Penampalan permukaan Jalan Masjid Kapitan Keling

Beberapa tahun yang lalu, pihak berkuasa tempatan telah menampal permukaan Jalan Masjid Kapitan Keling dengan jubin granit dalam usaha mencantikkan jalan itu. Akan tekapi, hasil penampalan permukaan menyebabkan kenderaan tidak dapat berjalan licin. Jubin granit menyebabkan permukaan jalan menjadi tidak rata dan juga licin, dan membahayakan para pengguna. Apabila kajian dibuat, didapati kebanyakan orang menyokong agar Jalan Masjid Kapitan Keling ditar semula.

Jalan Masjid Kapitan Keling setelah jubin yang tidak popular itu dikeluarkan. (21 April, 2012)

Penomboran Hartanah

Hartanah sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling dinomborkan bermula dari Lebuh Light menuju ke Lebuh Cannon. Hartanah sebelah kiri diberi nombor ganjil manakala yang di sebelah kanan nombor genap.

Papan tanda Jalan Masjid Kapitan Keling (12 November 2008)


Old Papan tanda Pitt Street yang lama (9 February, 2009)

Hartanah sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling

Berikut beberapa hartanah sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling.

Rumah kedai di Jalan Masjid Kapitan KelingRumah kedai di Jalan Masjid Kapitan Keling Shophouses: dari kanan ke kiri, bernombor 156, 156A, 160 dan 162 (30 Jun, 2014)


156, 156A, 160 dan 162 adalah sederat rumah kedai. Tak pasti di namakah rumah bernombor 158, kerana sebagai ganti, terdapat pula 156A. Kesemua dibina pada permulaan abad ke-20.2

Jalan Masjid Kapitan Keling ShophousesJalan Masjid Kapitan Keling Shophouses: from right to left, their numbers are 156, 156A, 160 and 162 (30 Jun, 2014)


Deretan rumah kedai bernombor, dari kanan ke kiri, 150, 152 and 154. Mereka terdiri daripada Kedai Kopi Wah Bin, Kafe Chin Chai Chiak dan Galeri Shop Howard.

104 & 106 Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang104 & 106 Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang (30 Jun, 2014)


104 & 106 Jalan Masjid Kapitan Keling ialah bangunan pada selekoh Jalan Masjid Kapitan Keling hingga ke Lebuh Buckingham.

Bagaimana ke Jalan Masjid Kapitan Keling

Naik bas Rapid Pulau Pinang bernombor 10, 103, 301 ataupun 401.

Seni Jalanan di Jalan Masjid Kapitan Keling

Terdapat dua arca besi di Jalan Masjid Kapitan Keling. Arca "Bullock Cart Wheel" berada di dinding dekat simpang Lebuh Bishop manakala arca "Tok Tok Mee" berada di simpang Lebuh China.

Papan sejarah Jalan Masjid Kapitan Keling
Papan sejarah Jalan Masjid Kapitan Keling (12 November 2008)

Maklumat terkini berkenaan Jalan Masjid Kapitan Keling

30 April, 2014: The Star melaporkan bahawa Arts-Ed dan ThinkCity sedang menjalankan projek bertajuk Journey of Harmony - Understanding Communities and Its Values untuk meningkatkan kesedaran berkenaan budaya dan elemen agama di Jalan Masjid Kapitan Keling. Penghuni, penganut dan pelancong ditinjau untuk mendapat pendapat mereka, dan hasil tinjauan akan dimaklumkan kepada orang awam.

[an error occurred while processing this directive]

10 Tarikan Pelancongan Utama Pulau Pinang


Maklumat

Rujukan

1. Khoo Salma Nasution, The Chulia in Pulau Pinang (Areca Books, 2014, p.14)
2. Heritage Buildings of Pulau Pinang Island (MPPP, 1994, p.240)

Penghargaan

1. Penang Travel Tips mengucapkan terima kasih kepada Encik Nelamegam Malairaja kerana berkongsi maklumat mengenai Simpang Lelong.

Senarai Jalan di Pulau Pinang dan Jalan di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.