ESCAPE Adventureplay Theme Park (15 November, 2012)


English

ESCAPE Adventureplay ialah sebuah taman tema di Teluk Bahang, Pulau Pinang. , for there's a new playground in town! Ia meliputi kawasan tujuh ekar berdekatan Empangan Teluk Bahang.

Pembangunan ESCAPE

Peta di bawah menunjukkan lokasi Taman Tema ESCAPE. Daripadanya, kawasan yang berwarna hijau tua ialah ESCAPE Adventureplay yang dibuka sejak 2012. Ia berada di sebelah utara taman Entopia, di kaki Empangan Teluk Bahang.

Berita Terkini

3 December 2012 The ESCAPE Adventureplay Theme Park telah dibuka secara rasmi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng pada hari Sabtu, 8hb Disember, 2012.



Cara pergi ke ESCAPE Adventureplay

Datang dengan kereta dari George Town
Pandu sepanjang jalan pinggir pantai (Federal Route 6) dari George Town melalui Tanjong Tokong, Tanjung Bungah and Batu Ferringhi to Teluk Bahang. Di Bulatan Teluk Bahang, belok ke selatan. Jarak ESCAPE dari bulatan ialan lebih kurang 900 meter.

Datang dengan bas dari George Town
Naik bas Rapid Penang 101 ke Hentian Teluk Bahang. Tukar ke bas 501 yang menghala ke Balik Pulau. Suruh dreber berhenti di ESCAPE.

Belon mengalukan kedatangan pelawat ke ESCAPE (15 November, 2012)

ESCAPE Adventureplay pada Google Street View

Maklumat Pelawat

Mulai 1hb Januari, 2017, ESCAPE Adventureplay dibuka setiap hari dari 10:00am pagi hingga 6:00pm petang setiap hari Selasa hingga hari Ahad. Taman tema ini ditutup setiap hari Isnin. Pelawat terakhir diterima pada 5:15pm.

Bayaran masuk ke ESCAPE Adventureplay adalah seperti berikut:

Orang Dewasa (berusia 13-60): RM83*
Kanak-Kanak (berusia 4-12): RM55*

Kanak-kanak di bawah usia 4 tahun dan Warga Emas (61-100+) masuk percuma selagi diiringi Orang Dewasa yang berbayar.

Kembali ke atas

Membeli Tiket ke ESCAPE Adventureplay secara online

Anda boleh membeli tiket masuk ESCAPE Adventureplay dari lamannya www.escape.my dan klik "Buy Tickets".

Come as a group to ESCAPE! (15 November, 2012)

Tempahan berkumpulan

Bermain sambil belajar. ESCAPE menyediakan Greenie Program untuk kumpulan pelajar sekolah rendah yang berusia 4-12 diiringi guru/pembantu. Bayaran Greenie Program adalah RM38 setiap seorang pelajar dan guru/pembantu.

ESCAPE Logo

Pada mula-mulanya saya tidak berfikir panjang berkenaan logo ESCAPE. Pada mulanya saya hanya nampak pokok. Tetapi, lambat laun saya juga nampak orang yang membuat putaran roda. Secara pelahan-lahan saya menggemari logo itu dan berpendapat ia amat comel.

Tagline ESCAPE

Tagline ESCAPE ialah "time to play" (masa untuk bermain).

Informasi Alamat

ESCAPE
Jalan Teluk Bahang
11050 Penang
Phone: +60 4 881 1106
Web: www.escape.my
Facebook: escape.my

Maklumat Pelawat

1: Tempat Letak Kereta

Terdapat dua tempat untuk meletak kereta anda. Yang utama berada di depan pintu masuk. Kalau yang ini sudah penuh, terdapat tempat letak kereta tambahan di seberang Jalan Teluk Bahang. Terdapat juga tempat letak bas, motosikal dan basikal.

Papan tanda tempat letak kereta tambahan di ESCAPE (15 November, 2012)


Tempat letak kereta tambahan di seberang Jalan Teluk Bahang (15 November, 2012)


Kembali ke atas

Apa yang perlu dibawa dan apa yang tidak perlu dibawa

Ini tempat berseronok, oleh itu, bawalah semangat ingin berseronok! Pada masa yang sama, ubat penghalau serangga juga berguna, kerana anda berada di kawasan hutan. Pakai pakaian yang selesa bersesuaian dengan aktiviti sukan dan pakai kasut sukan. Sunblock dan topi juga boleh dipakai.

Jangan bawa barang kemas yang berharga, termasuk rantai leher dan yang mudah menjerut. At the same time, insect repellent is also useful, as you're going to be in proximity of the rainforest. Wear comfortable clothes suitable for sports and wear sports shoes. Sunblock and hat are optional, but useful if you burn under the sun easily.

Put away any jewellery, neck chains and other stuff that dangles and entangles. No food, drinks or pets should be brought in. If you get hungry or thirsty, the food court is within walking distance anywhere in the park.

Makanan, minuman dan haiwan peliharaan tidak dibenarkan masuk. Jika anda berasa lapar atau dahaga, medan selera berdekatan sahaja.

Kebun Sayur di Tempat Letak Kereta

Tempat letak kereta di ESCAPE Adventureplay lain daripada yang lain. Ia seperti kebun sayur. Terdapat pergola di mana pelbagai jenis labu dan sayur-sayuran yang lain ditanam.

Tempat letak kereta di ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)


Pokok kacang botol memberi teduh kepada kereta di ESCAPE (15 November, 2012)


Buah peria tergantung dari pergola di ESCAPE (15 November, 2012)


Pokok timun juga ditanam di tempat letak kereta ESCAPE (15 November, 2012)


Kacang botol tumbuh subur di pergola tempat letak kereta ESCAPE (15 November, 2012)

2: Pondok Tiket

Sebelum masuk, anda beli tiket di Pondok Tiket, kalau anda belum menempah tiket anda secara online. Kad ini membenarkan anda bermain tanpa had pada hampir kesemua aktiviti. Yang perlu bayar tambahan termasuk Atan's Leap. Anda boleh menggunakan tiket anda untuk membayar penggunaan Locker dan juga untuk makanan di Medan Selera ESCAPE. Jika tiket anda kehabisan duit, anda boleh tambah duit di Kaunter Tambah Duit di dalam taman tema ini.

Sekarang ini, kebanyakan pelawat membeli tiket mereka secara online di www.escape.my. Kalau anda berbuat demikian, anda dapat terus masuk.

Pondok Tiket ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)


Kaunter tiket ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)


Pondok tiket ESCAPE, dari pandangan dalam. (15 November, 2012)


Kembali ke atas

3: Pintu Masuk

Dengan tiket di tangan, anda masuk ke ESCAPE ikut turnstile.

Pindu masuk ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)


Kembali ke atas

Mainan di ESCAPE Adventureplay

Terdapat kira-kira dua dozen mainan yang berlainan di ESCAPE. Selaras dengan inisiatif hijau, kesemua mainan adalah mekanikal dan tidak memerlukan elektrik untuk berfungsi. Oleh itu, mereka masih beroperasi walaupun kalau berlaku gangguan elektrik.

Memperkenalkan Atan

Sepanjang masa anda di ESCAPE Adventureplay, anda akan bertemu dengan nama Atan berulang kali. Taman tema ini adalah kampung rakan anda yang bernama Atan. Di sinilah Atan bermain, dan anda dijemput bermain di kampung Atan. Inilah tempat anda biarkan iPhone/Pod/Pad anda ke tepi, dan berseronok memanjat, melompat, dan apa-apa jua lagi. Kanak-kanak bandar yang biasa dengan kehidupan di bandar diperkenalkan kepada suasana kampung manakala orang dewasa pula dapat kembali ke suasana semasa kecil.

4: Monkey Business (Kerja Kera)

Ini satu-satunya mainan terhangat di ESCAPE Adventureplay. Ia terdiri daripada menara kera (monkey tower) dan tiang kera (monkey poles) yang disambung dengan tali tiga tingkat. Gunakannya untuk pergi dari satu menara ke satu lagi. Semakin tinggi anda pergi, semakin susah dan mencabarkan.

Pindu masuk ke Monkey Business (15 November, 2012)


Monkey Business, ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)


Menara Monkey Business (15 November, 2012)


Memanjat dari satu menara ke satu lagi (15 November, 2012)


Kembali ke atas

Kanak-kanak pun boleh bermain Monkey Business (15 November, 2012)

5: Zoom Bug (Kumbang Putus Tali)

Ini adalah permainan untuk kanak-kanak yang diibaratkan seperti kumbang putus tali. Nama mainan ini Zoom Bug diambil perihal cara kumbang yang putus tali itu terbang.

Zoom Bug, ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)


Zoom bugging at ESCAPE! (15 November, 2012)

6: Bilik Mesyuarat

Terdapat bilik-bilik yang boleh disewa untuk bermesyuarat, sesuai untuk kegunaan korperat bagi mengadakan seminar dan team buildings.

Party Room, ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)

7: Kiosk Gambar

Tempat untuk anda dapatkan gambar foto anda dalam bentuk salinan kertas. Tempat ini juga menjual makanan ringan seperti aiskrim dan popcorn.

Kiosk Gambar, ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)


Kembali ke atas

8: Tattoo/Lukisan muka

The tattoo sementara dan lukisan muka juga didapati di sini.

Tattoo & Face-Painting Kiosk, ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)

9: Coco Climb (Coco Memanjat)

Aktiviti memanjat pokok kelapa.

Coco Climb di depan, dengan tiang Monkey Business di belakang. (15 November, 2012)

10: Gecko Tower (Menara Cicak)

Bayangkan cicak ingkar graviti. Cuba menirunya. Dengan Gecko Tower, anda dapat ukur masa diambil anda untuk menaiki menara. Anda boleh melakukannya dengan seorang rakan ataupun sendiri. Terdapat empat muka kepada menara, setiap satu dengan tahap kesukarannya sendiri. Selepas panjat ke atas, anda abseil kembali ke bawah.

Gecko Tower, ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)


Kembali ke atas

11: Atan's Leap

The most heart-stopping attraction involves leaping from Atan's tower. You have a choice of doing it from a height of 13 meters or 20 meters. Unlike a bungy jump, your descent is decelerated by the safety line that lets you land gently.

Atan's Tower (15 November, 2012)


A leap of faith (7 Januari, 2017)


Atan's Leap, ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)

12: Tot's Trail

Ini versi kanak-kanak untuk Monkey Business. Mainan ini untuk kanak-kanak panjat melalui beberapa halangan. Ini tempatnya untuk orang dewasa berehat sambil memerhati kanak-kanak mereka.

Tot's Trail: tempat kanak-kanak-bermain sementara yang dewasa berehat (15 November, 2012)


Halangan pada Tot's Trail di ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)

13: Foxy Burrow

Ini mainan kanak-kanak yang memperkenalkan aktiviti meneroka gua atau spelunking. Terdapat dua pondok yang penuh lorong kecil seperti terowong musang yang hanya kanak-kanak muat. Semasa kanak-kanak bermain di dalam, ibubapa dapat melihat mereka dari CCTV.

Foxy Burrow, ESCAPE Adventureplay (15 Januari, 2005)


Kembali ke atas

14: Learning House

Kenali kembali mainan kampung dari masa lampau. Di sini kanak-kanak anda diperkenalkan semula kepada mainan kampung yang tidak melibatkan penggunaan komputer.

Learning House, ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)

15: Tempat Berkelah

Terdapat suatu tempat untuk orang berkelah di tepi sungai.

Tempat berkelah, ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)

16: CubsPlay

Mainan kanak-kanak berbentuk halangan yang terdiri daripada papan bengkang-bengkok yang perlu dilalui.

CubsPlay ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)

17: Go Ape (Ikut Kera)

Kalau kera nampak kera tiru, manusia pun boleh meniru kera. Mainan ini menguji kebolehan anda memanjat pokok. Cabaran ini boleh dibuat sendiri atau sebagai saingan dengan rakan. Sistem tali pinggang memastikan pemanjat tidak terjatuh.

Instructor giving briefing before climb, ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)


Tangga untuk memudahkan panjat, ESCAPE Adventureplay (15 Januari, 2005)


Budak perempuan pun boleh mencuba (15 November, 2012)


Kembali ke atas

18: Treetop Cabanas

Ini merupakan pondok pokok yang boleh disewa secara harian. Pondok-pondok ini dibina pada cerun dan dikelilingi dengan pokok hutan. Ia sesuai sebagai tempat beristirehat selepas bermain. Terdapat pondok satu hingga tiga tingkat.

Cabana satu tingkat di ESCAPE Adventureplay (15 Januari, 2005)


Rumah hutan dua tingkat di ESCAPE Adventureplay (15 Januari, 2005)


Bilik dengan pemandangan di ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)

19: Tubby Racer

Bermain tiub di darat. Duduk dalam tiub dan lumba turun cerun.

Tubby Racer, ESCAPE Adventureplay (15 Januari, 2005)


Kembali ke atas

21: Discovery Dig

Alami hidup seorang pencarigali emas. Terdapat benih emas tiruan yang tertanam di dalam pasir menantikan anda menggalikannya keluar. Ketulan yang anda jumpa jadi milik anda.

Discovery Dig, ESCAPE Adventureplay (15 Januari, 2005)


Nuggets of fool's gold, Discovery Dig (15 November, 2012)

20: Tarzan's Rope

Ini satu dari mainan baru di ESCAPE Adventureplay. Tali digantung untuk pemain hayun dari pokok ke pokok. Tali ini boleh menyokong berat maksima 40kg. Alami keseronokan berhayun dari pokok ke pokok.

21: Kite Flyer

Ini satu lagi mainan baru yang ditambah ke taman tema ini selepas lawatan saya yang pertama. Ia memerlukan kerjasama sekurang-kurangnya dua pemain. Dua orang duduk di layang-layang sementara dua orang lagi mengayuh sejenis basikal. Apabila basikal dikayuh, ia menaikkan layang-layang ke udara dan mengheretnya ke belakang. Apabila layang-layang sampai ke ketinggian yang dikehendaki, pemain pada layang-layang melepaskannya dan terus menghayun di udara.

Kite Flyer, ESCAPE AdventureplayKite Flyer, ESCAPE Adventureplay (7 Januari, 2017)


Kite Flyer, ESCAPE AdventureplayKite Flyer, ESCAPE Adventureplay (7 Januari, 2017)


Kite Flyer, ESCAPE AdventureplayKite Flyer, ESCAPE Adventureplay (7 Januari, 2017)


Kite Flyer, ESCAPE AdventureplayKite Flyer, ESCAPE Adventureplay (7 Januari, 2017)

ESCAPE Base Camp

Kembali ke alam semulajadi bersama ESCAPE Adventureplay. Bagi mereka yang gemar berkhemah, terdapat tempat untuk berkhemah di sini. Khemah di sini dibekalkan dengan bekalan asas seperti tempat memanggang, tempat mandi dan tandas. Juga dibekalkan termasuk tilam, kayu api dan tempat untuk mengecas telefon bimbit.

BASE CAMP di ESCAPE AdventureplayBASE CAMP di ESCAPE Adventureplay (7 Januari, 2017)


BASE CAMP di ESCAPE AdventureplayBASE CAMP di ESCAPE Adventureplay (7 Januari, 2017)


BASE CAMP di ESCAPE AdventureplayBASE CAMP di ESCAPE Adventureplay (7 Januari, 2017)


BASE CAMP di ESCAPE AdventureplayBASE CAMP di ESCAPE Adventureplay (7 Januari, 2017)


BASE CAMP di ESCAPE AdventureplayBASE CAMP di ESCAPE Adventureplay (7 Januari, 2017)

Medan Selera

Kalau sudah main sampai lapar, beredar ke Medan Selera ESCAPE. Terdapat perlbagai jenis makanan untuk menghilangkan kelaparan.

Medan Selera ESCAPE (15 November, 2012)


The industrial-themed cast-iron taps of ESCAPE (15 November, 2012)


Kembali ke atas

Kaunter Tambah Nilai

Kalau kad anda sudah kekurangan nilai, anda boleh menambah nilai di kaunter terletak di sisi medan selera.

Kaunter Tambah Nilai, ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)

Lokers

Tinggalkan barang-barang anda di loker berkunci. Loker ini disewa pada sewa tetap untuk seluruh hari.

Lockers at ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)

Bilik Pertolongan Cemas

Kalau anda tidak berasa sihat, tuju ke Bilik Pertolongan Cemas yang terletak antara pejabat taman dan Kedai Cenderamata.

Bilik Pertolongan Cemas, ESCAPE Adventureplay (15 November, 2012)


Kedai Cenderamata

Ini tempat terakhir yang dilawati sebelum seseorang keluar dari ESCAPE Adventureplay. Di sini anda berpeluang membeli pelbagai barang cenderamata sebagai kenangan lawatan anda.

Kedai Cenderamata ESCAPE (15 November, 2012)


Pelbagai cenderamata di Kedai Cenderamata ESCAPE (15 November, 2012)


Kedai Cenderamata ESCAPE, dilihat dari luar taman tema (15 November, 2012)


Kembali ke atas

Rekabentuk ESCAPE Adventureplay diilham alam

Bangunan-bangunan di ESCAPE Adventureplay, termasuk kedai cenderamata, pejabat dan medan selera kesemuanya bangunan sedia ada sebelum ESCAPE dibangunkan. Pada asalnya, mereka merupakan bangunan untuk pekerja Empangan Teluk Bahang. Bangunan-bangunan ini diubah untuk kelihatan tua.

Dalam lawatan saya, saya telah diperkenalkan kepada contoh-contoh bagaimana taman ini menggunakan kaedah mesra alam dalam reka bentuknya. Sebagai contoh, bumbung bangunan ditanam dengan rumput. Bukan sahaja ini dapat menurunkan suhu, tetapi air yang mengalir dari bumbung boleh dikumpul dan dikitar semula.

Pekerja sedang mengerjakan rumput di bumbung bangunan ESCAPE Adventureplay. (15 November, 2012)


Longkang untuk mengalirkan air hujan untuk dikitar semula. (15 November, 2012)

Meet the boss, Sim Choo Kheng

ESCAPE Adventureplay ialah hasil ilham Encik Sim Choo Kheng, ketua pegawai eksekutifnya Sim Leisure yang menghabiskan zaman kanak-kanaknya di kawasan luar bandar the Penang-born chief executive officer of Sim Leisure. Sim mengasas ESCAPE Adventureplay untuk memenuhi hasrat mengembalikan pengalaman bermain di kampung dengan kanak-kanak masa kini.

ESCAPE Adventureplay membolehkan orang bandar peluang untuk menikmati hutan belantara dan mendapat suatu pertukaran suasana daripada suasana bandaraya. Bagi mereka yang membesar di kawasan luar bandar, Sim berharap taman tema ini akan mengembalikan kenangan masa kecil apabila hidup dikelilingi alam semulajadi. Untuk membangunkan taman tema ini, Encik Sim menggunakan pengalamannya membina taman tema di pelbagai tempat di dunia.

Saya amat gembira melihat pembukaan ESCAPE Adventureplay di Penang, dan mengucapkan tahniah kepada Sim dan pasukannya di ESCAPE!

Saya bersama Encik Yeoh Seng Hooi (Pengarah Kewangan, Sim Leisure) dan Encik Sim Choo Kheng (CEO, Sim Leisure) (15 November, 2012)

Kembali ke ESCAPE Adventureplay

Selepas dibuka lima tahun, saya kembali ke ESCAPE Adventureplay atas jemputan Sim. Lawatan ini membolehkan saya melihat apakah pembangunan yang dijalankan dalam tahun-tahun kebelakangan itu. Antara mainan yang baru termasuk Kite Flyer dan tapak perkhemahan.

ESCAPE AdventureplayHere I am with the owner of ESCAPE Adventureplay, Sim Choo Kheng (left) (7 Januari, 2017)


Pada lawatan saya yang kedua, saya berpeluang duduk bersama Sim Choo Kheng dan berbual dengannya. Pada kali pertama kami hanya bertemu untuk seketika. Kali ini, kami berpeluang bercakap panjang, dan dengan itu, dapat saling mengenali.

ESCAPE AdventureplaySaya dan isteri di ESCAPE Adventureplay (7 Januari, 2017)


ESCAPE AdventureplayESCAPE Adventureplay (7 Januari, 2017)

Akan Datang: ESCAPE Waterplay

Kalau anda gemari ESCAPE Adventureplay yang dibuka pada tahun 2012, tak lama lagi sama lagi taman, kali ini bertemakan mainan air, akan dibuka. Ia diberi nama ESCAPE Waterplay.

ESCAPE WaterplayPandangan awal tapak ESCAPE Waterplay (7 Januari, 2017)


ESCAPE WaterplayPandangan awal tapak ESCAPE Waterplay (7 Januari, 2017)
ESCAPE WaterplayPandangan awal tapak ESCAPE Waterplay (7 Januari, 2017)

Senarai Tarikan Pelancong di Pulau Pinang

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.