Teroka Bersama Timothy Tye

Menaiki Feri ke Pulau Pinang

Menaiki Feri ke Pulau PinangMenaiki Feri ke Pulau Pinang (1 May, 2015)


English

Perkhidmatan feri antara Pulau Pinang dan Seberang Perai merupakan bukan sahaja sistem perhubungan tetapi juga daya tarikan pelancong ke Negeri Pulau Pinang. Feri berulangalik antara Pengkalan Sultan Abdul Halim (juga digelar Pengkalan Feri Butterworth) di Butterworth dan Pengkalan Raja Tun Uda (juga digelar Jeti) di George Town.

Pengkalan Sultan Abdul Halim berdekatan Stesen Keretapi Butterworth dan juga Terminal Pengangkutan Penang Sentral. Buat sementara waktu (February 2017), Terminal Penang Sentral masih belum siap dibina. Oleh sebab itu, langkah sementara diambil untuk menghubungkan tapak sementara Penang Sentral dengan Pengkalan Feri Butterworth dan Stesen Keretapi Butterworth.

Jadual Perkhidmatan Feri

Dari Pengkalan Raja Tun Uda (George Town) (GPS: )
Feri pertama bertolak 5:40am
Feri terakhir bertolak 12:40am

Dari Pengkalan Sultan Abdul Halim (Butterworth) (GPS: 5.39465, 100.36435)
Feri pertama bertolak 5:20am
Feri terakhir bertolak 12:10am

Tambang Feri

Khidmat feri dapat membawa penumpang berjalan kaki dan juga kenderaan. Tambang hanya dikenakan di Pengkalan Sultan Abdul Halim (tambang tidak dikutip untuk perjalanan dari Pengkalan Raja Tun Uda).

Tambang kenderaan adalah seperti berikut:

Kereta beroda empat, termasuk motorsikal berkereta tepi beroda tiga: RM7.70
Beca: RM3.30
Motosikal beroda dua: RM2.00
Basikal: RM1.40
Lori beroda empat: RM13.20
Lori beroda enam: RM27.50

Tambang penumpang berjalan kaki adalah seperti berikut:

Orang Dewasa: RM1.20
Kanak-kanak: RM0.60

Terdapat juga tiket bulanan untuk penumpang berjalan kaki, seperti berikut:

Orang Dewasa: RM30.00
Pelajar (di bawah umur 21 tahun): RM6.00

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.