Teroka bersama Timothy Tye
Menaiki Teksi di Pulau Pinang




Penang taxis parked at the Bayview Georgetown Hotel Taxi Stand (16 May, 2008)


English

Di Pulau Pinang, teksi tidak begitu banyak kalau dibandingkan dengan bandaraya lain seperti Kuala Lumpur dan Singapura. Kebanyakan teksi menunggu pelanggan di depan kompleks membeli-belah dan di hentian bas. Selain tempat-tempat ini, mungkin sukar sedikit untuk nampak teksi kecuali kalau menelefon untuk memanggilnya.

Demi meningkatkan profesionalisma teksi Pulau Pinang, pihak berkuasa telah mengarahkan kesemua teksi di Pulau Pinang agar menggunakan meter. Teksi-teksi juga diseru melekatkan sticker yang menyatakan bahawa teksi tersebut menggunakan meter dan tawar-menawar tidak dibenarkan. Sebenarnya itu semua sejauh khidmat bibir. Apabila disiasat (pada penghujung 2013), didapati kebanyakan teksi masih enggan menggunakan meter.

Sticker on taxi that only uses meterSticker on taxi that only uses meter (5 June, 2010)


Kebanyakan hentian bas yang utama mempunyai sebuah hentian teksi. Namun mungkin lebih mudah memanggil teksi daripada menunggu sehingga ia muncul.

Nombor telefon teksi di Pulau Pinang

  1. Aswan Taxi: 04 210 8211
  2. BJ Radio Taxi: 04 643 0161 & 012 572 6487
  3. CT Radio Taxi: 04 229 9467
  4. Georgetown Taxi: 04 229 9467, 04 261 7098
  5. Jade Auto Company: 04 226 3015
  6. JRI Taxi: 04 229 0501
  7. Lee Taxi Services: 016 493 3827 (Desmond)
  8. MCI Taxi: 04 264 5534
  9. Penang Taxi Drivers Association: 04 262 5721
  10. Sri Radio Taxi: 012 469 9723, 017 527 0448
  11. Sunshine Radio Taxi: 04 642 5961
  12. Super Radio Taxi Service Center: 04 281 8766, 04 282 8753
  13. Taxi Drivers Association: 04 262 5721
  14. Teksi Seberang Perai Selatan: 04 593 1151


Beberapa hotel utama di George Town juga mempunyai hentian teksi sendiri, antaranya Bayview Georgetown Hotel, Cititel, Sunway Hotel, Georgetown City Hotel dan G Hotel (di hadapan Plaza Gurney). Terdapat hentian teksi di Hentian Bas Pengkalan Weld dan Hentian Bas Komtar selain hentian bas di Queensbay Mall, Kompleks Bukit Jambul dan Sunshine Square.

Hentian Teksi Pengkalan Weld (22 October 2006)


Jenis teksi di Pulau Pinang

Terdapat dua jenis teksi di Pulau Pinang. Teksi Biasa berwarna merah manakala teksi premium (juga digelar Teksi Eksekutif) berwarna biru tua. Adalah lebih berkemungkinan teksi biru yang menggunakan meter daripada yang merah. Caj bermula pada RM6 dan bertambah sebanyak RM2 untuk setiap kilometer. Teksi ini boleh membawa anda sejauh sempadan Thailand dan Singapura - selagi anda bersedia membayar tambangnya. Untuk memanggil teksi premium, telefon nombor teksi yang terpapar dalam petikan ini.

Teksi BiasaTeksi Biasa (11 Februari, 2013)


Teksi Eksekutif (15 Disember, 2012)


Teksi Biasa yang berwarna merah adalah teksi yang anda sering nampak menunggu pelanggan di hadapan kompleks beli-belah. Sebaik boleh, pilih teksi yang bersedia menggunakan meter. Selalu ingat agar pemandu teksi memasang meter sebelum perjalanan bermula.

Kalau anda tidak dapat mencari teksi yang ingin menggunakan meter, terpaksalah anda rundingi tambang sebelum memasuki teksi. Kebanyakan teksi mempunyai tambang rata untuk perjalanan di sekitar George Town. Mereka yang sudah biasa menaiki teksi akan tahu apakah tambang yang berpatutan. Walaupun anda bertanya beberapa teksi, kemungkinan anda akan mendapat jawapan yang sama. Sungguhpun ada kalanya terdengar berita yang pemandu teksi telah menipu pelancong asing, biasanya pemandu teksi jujur.

Teksi 1 MalaysiaTeksi 1 Malaysia (3 August, 2014)

Menggunakan app MyTeksi

Sekiranya anda menggunakan telefon pintar di Pulau Pinang, anda boleh muat turun app untuk memanggil teksi. Dengan cara ini, anda tidak mungkin terkena tipu. Kelebihan menggunakan MyTeksi ialah, anda tahu apakah nama pemandu, nombor teksi dan nombor telefon pemandu. Butir-butir ini anda boleh kirimkan kepada sesiapa demi keselamatan sendiri. Untuk maklumat lanjut mengenai MyTeksi, pergi ke https://grabtaxi.com/myteksi/

Teksi Rakyat 1 Malaysia

Teksi Rakyat 1 Malaysia adalah satu lagi produk 1 Malaysia yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak.

Penang TaxiTeksi di Hentian Bas Ekspres Sungai Nibong. (30 April, 2008)


Apakah tambang yang berpatutan? Hanya mereka yang biasa menaiki teksi akan tahu. Tidak dapat dinafikan yang menaiki teksi jauh lebih mahal berbanding menaiki bas, tetapi kelebihannya ialah anda beroleh lebih ruang untuk bagasi. Lagipun, teksi membawa anda sampai ke destinasi anda.

Berikut adalah anggaran tambang disumbangkan oleh maklum balas daripada ahli-ahli yang menulis kepada saya:

  1. George Town to Batu Ferringhi: RM30.00
  2. George Town to Bayan Lepas: RM20.00
  3. George Town to Airport: RM30
  4. George Town to Gurney Plaza: RM12.00
  5. Gurney Plaza to Macalister Road: RM12.00
  6. Air Itam to Komtar / Weld Quay Ferry & Bus Terminal: RM12.00-RM15.00
  7. Air Itam to Gurney Plaza: RM15.00
  8. Air Itam to Airport: RM28.00-RM30.00
  9. Air Itam to Batu Ferringhi: RM28.00-RM30.00
  10. Altera to Green Lane: RM25.00
  11. Bayan Baru to Airport: RM15.00
  12. BJ Court to Altera: RM15.00
  13. Queensbay Mall to Island Park: RM20.00
  14. Penang Plaza to Island Park: RM17.00
  15. Island Park to Airport: RM23.00
  16. Gurney Hotel to Upper Pulau Pinang Road: RM10.00-RM15.00
  17. Pulau Tikus to Gurney Hotel: RM10.00
  18. Mainland to Airport: RM45.00
  19. Batu Ferringhi to Airport: RM60.00
  20. Batu Ferringhi to Komtar: RM35.00
  21. Batu Ferringhi to Island Plaza: RM20.00
  22. Batu Ferringhi to One-Stop Midlands: RM25.00-RM30.00
  23. Tour by Taxi: RM25.00-RM30.00 per hour

Hentian Teksi Komtar (16 May, 2008)

Menaiki Airport Limousine

Perkhidmatan airport limousine (yang sebenarnya hanya teksi lapangan terbang dengan nama yang lebih mewah) ialah teksi yang membawa penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Untuk menaiki teksi ini, beli kupon di Balai Ketibaan, keluar dan terus ke teksi yang sedang berbaris. Berikan kupon kepada pemandu dan beritahunya destinasi anda.

Tambang airport limousine (sejak Disember 2012), adalah dikira untuk waktu siang (7:00 am to 23:59 pm) dan waktu malam (12:00 midnight to 6:59 am):

Tambang Teksi Lapangan Terbang (27 October, 2012)

Add your shop/business to this website

The Penang Travel Tips website is a huge website that documents everything in Penang. On top of the hundreds of streets and tourist attractions, I also add in hundreds of shops and businesses.

If you operate a shop business in Penang, or anywhere in Malaysia or Singapore, contact me to add your business/shop into my website. It only a one-time fee, and your shop/business will be listed by location and category, helping your would-be customers find you. To find out more, CONTACT ME

Nak melawat ke Pulau Pinang?

Bandingkan harga bilik hotel dari beberapa laman hotel untuk mendapat harga terendah!

Travelling somewhere?

If you're travelling somewhere, use our online engine to find the online booking site that offers you the best room rates.

Book your hotel room here

If you're coming to Penang, book your hotel room online with Agoda. Agoda offers the best prices on 2,000,000+ properties worldwide. Start here.

Local Guided Tours of Penang

If you are coming to Penang and need someone to show you around, I can arrange for you a licensed tour guide to take you around. Guides charge a fixed fee of RM360 for taking a small group of up to 10 people on 4-hour walking tours. Walking tours exceeding 4 hours is charged an additional RM90 per hour. Tours are tailored to guest requirement. For more details, contact tour coordinator. Other types of tours also available. For details, click here.

Looking for a book? Get it from Book Depository with free delivery worldwide!

I have just discovered Book Depository, a subsidiary of Amazon.com, and I love it. This is where you can buy books and have them sent to you. But unlike Amazon, when you purchase using Book Depository, you enjoy free delivery worldwide. Give it a try today!

 Halaman Terkini



My YouTube Videos

Timothy Tye YouTube Channel

Check out my YouTube Channel and don't forget to subscribe!

 Pautan terpenting laman ini

  1. Hubungi Saya: Sekiranya anda perlu menghubungi saya, gunakan pautan ini.
  2. Senaraikan Bisnes Anda: Masukkan bisnes anda ke laman ini.

 What's Up @ Penang Hotels

Looking for a promotion at a hotel in Penang. Get an overview of current promotions here!
View all the Current Promotions of various hotels in Penang

Take the CAT Free Feeder Bus

What's the best way to see Penang on a budget? Take the bus! In Penang, there are at least 12 absolutely FREE bus routes which cover almost every major neighbourhood on Penang Island and Penang Mainland. All you need to do is hop aboard!

Details

 The Durian Tourist's Guide to Penang

Buku ini ditulis khusus untuk pengemar durian. Sekiranya anda berkunjung ke Pulau Pinang dengan hasrat menikmati durian, dapatkan buku ini. Ia membekalkan segala maklumat mengenai jenis durian yang terdapat di sini, dan kebun durian di seluruh Pulau Pinang. Tinjau Buku Ini

The Durian Tourist's Guide to Penang

 Vital Links

Book Your Express Bus Ticket | Hire a car | Our Recipes | Facebook Posts | Just Curious | Not In The Dictionary | Our Flowering Garden

 Senarai 797 Jalanraya di Pulau Pinang

 Senarai 3613 Tempat di Pulau Pinang



 Meneroka Dunia




Mengenai Saya

Terima kasih kerana melawat laman web saya. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia hasil tulisan saya sendiri. Nama saya . Sejak 1 November, 2007, saya menulis laman web ini sepenuh masa. Saya menulis laman saya untuk memuaskan perasaan ingin tahu, tetapi saya bangga sekiranya maklumat yang saya kumpul berguna kepada anda.

Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang ini. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya di Facebook!

 Indeks 716 Tumbuhan di laman The Flowering Garden

Saya dan isteri saya pengemar pokok. Kami telah mengasas sebuah laman web mengenai pokok dan pelbagai tumbuh-tumbuhan. Berikut disenaraikan tumbuhan yang telah kami karangi.

[an error occurred while processing this directive] [an error occurred while processing this directive] [an error occurred while processing this directive]
© 2003-2019 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.