The Top at Komtar, PenangThe Top di Komtar, Penang (2 Ogos, 2016)


English

The TOP ialah presint makanan dan hiburan di Komtar yang telah dibaikpulih. Ia kombinasi beberapa tarikan pelancongan termasuk Tech Dome Penang, Rainbow Skywalk, Observatory Deck Dalam, Observatory Deck Luar, the 7D Discovery Motion Theater, the Pusat Penyelidikan Jurassik, Danceoki, Ocean Explorer, Galeri Negeri Pulau Pinang dan banyak lagi.

Juga berada di The TOP ialah Restoran 59 Sixty, restoran yang paling tinggi di Malaysia. Pada tingkat 6 pula ialah cawangan Restoran Grand Imperial yang pertama di Pulau Pinang. Antara kedai lain di The TOP termasuk Only Mee, Chocolate Passion, Richdad dan Penang Street Food. Pada tingkat 4 pula terdapat paparan siling LCD berukuran 63 meter yang merupakan paparan LCD terpanjang di Pulau Pinang.

Bergabung dengan The TOP tetapi dengan pengurusan yang terasing ialah Tech Dome Penang. Selain itu, di The TOP ialah dewan makan berukuran 14,400 kaki persegi yang dapat memuat 1,000 tetamu. Sebagai usaha membaikpulih Komtar, ketinggian Menara Komtar juga dinaikkan dari 65 tingkat kepada 68 tingkat.

Usaha membaikpulih Komtar dijalankan oleh Only World Group Holdings Sdn Bhd (OWG), syarikat yang berpengalaman mengoperasi beberapa taman tema di dunia.

The Top at Komtar, PenangBersama saya ialah Dato' Sri Richard Koh, CEO untuk One World Group yang mengurus. (2 Ogos, 2016)

Senarai tarikan The TOP

Berikut beberapa tarikan The TOP yang sudah dibuka kepada orang awam. Saya akan mengemaskini senarai ini apabila tarikan baru ditambah kepadanya.

Tarikan Avenue of Adventures

7D Discovery Motion Theater


Maklumat Penuh

Pusat Penyelidikan Jurassik


Maklumat Penuh

Tarikan Window of The TOP

Coco Cabana Bar & Bistro


Maklumat Penuh

Observatory Deck Dalam


Maklumat Penuh

Observatory Deck Luar


Maklumat Penuh

Rainbow Skywalk


Maklumat Penuh

Tarikan Rakan Kongsi The TOP

Tech Dome Penang


Maklumat Penuh

Restoran di The TOP

Restoran Grand Imperial


Maklumat Penuh

Seni Mural di The TOP

Komtar SkyArt


Maklumat Penuh

Membeli tiket

Tiket The TOP boleh dibeli secara online:
https://thetop.com.my/buy-tickets/

Harga Tiket The TOP

Pakej A: THE TOP All Park (Pas Sehari)
Pakej A menawarkan tarikan-tarikan termasuk DanceOki, Magic Mirror Maze, 7D Discovery Motion Theater, Tongkat Ali King, Jurassic Research Centre, Musical Carousel, Ocean Explorer dan Dragon Regatta (kanak-kanak sahaja). Waktu operasi ialah 10:00am hingga 10:00pm. Harga tiket termasuk 6% GST.
RM150 Dewasa dan RM100 Kanak-Kanak
Dewasa dengan MyKad: Sembilan-puluh-lapan ringgit
Kanak-kanak dengan MyKid: Lima puluh ringgit.

Pakej B: Observatory Deck & Window of The TOP (Pas Sehari)
Pakej B menawarkan tarikan-tarikan termasuk Rainbow Skywalk dan Observatory Deck (luar dan dalam). Bertempat di tingkat 65 dan 68 Menara Komtar, ia juga merangkumi Bar & Bistro Coco Cabana, Pot of Gold, Lucky Horseshoe Chair dan Upside Down Hanging Musical Orchestra. Tiket sah untuk setahun dari tarikh pembelian, untuk sekali masuk tanpa mengira masa, sepanjang waktu operasi 10:00am hingga 10:00pm. Harga tiket termasuk 6% GST.
RM118 Dewasa (melebihi 130cm) dan RM88 Kanak-Kanak (90-130cm)
Dewasa dengan MyKad (melebihi 130sm): Lapan-puluh-lapan ringgit
Kanak-kanak dengan MyKid (90-130sm): Lima-puluh-lapan ringgit.

Hadiah THE TOP buat Orang PenangHadiah THE TOP buat Orang Penang (11 February, 2017)


Khas untuk Rakyat Pulau Pinang dari 15 Februari hingga 15 Mac dan dari 1 April hingga 30 April, 2017

The TOP dengan bangganya mengumumkan harga tiket khas untuk rakyat Pulau Pinang, agar orang Penang berpeluang menikmati tarikan The TOP sekurang-kurangnya sekali. Dari 15 Februari hingga 15 Mac, rakyat Pulau Pinang menikmati kadar istimewa RM48 (dewasa) dan RM28 (kanak-kanak) untuk pas melawat Avenue of Adventures yang termasuk Pusat Penyelidikan Jurassik, dan dari 1 hingga 30 April, kadar istimewa RM38 (dewasa) dan RM28 (kanak-kanak) untuk pas melawat Window of THE TOP, yang termasuk Rainbow Skywalk.

The Top at Komtar, PenangPaparan LCD 63-meter, yang terbesar di Malaysia (2 Ogos, 2016)


Chocolate Passion, The TOPChocolate Passion, The TOP (2 Ogos, 2016)


Grand Imperial Restaurant at The TOPRestoran Grand Imperial di The TOP (2 Ogos, 2016)

Dewan Bankuet The TOP

Dewan Bankuet The TOP ialah dewan jamuan makan yang baru di Komtar. It mempunyai keluasan 14,400 kaki persegi dan boleh memuat 1,000 orang.

Dewan Bankuet The TOPDewan Bankuet The TOP
© The Top

Dewan Bankuet The TOP di KomtarSaya dan isteri di Dewan Bankuet The TOP (11 Februari, 2017)


Dewan Bankuet The TOPMeja VIP di Dewan Bankuet The TOP (11 Februari, 2017)


Dewan Bankuet The TOPDato Sri Richard Koh, CEO bagi One World Group (pemilik The TOP), dengan isterinya, menghadiahkan oren kepada penari singa di Dewan Bankuet The TOP (11 Februari, 2017)


Dewan Bankuet The TOPSeekor "singa" yang manja "menyerang" saya. (11 Februari, 2017)


Dewan Bankuet The TOPYee Sang, dalam bentuk ayam jantan untuk dilambung oleh VIP. (11 Februari, 2017)


Dewan Bankuet The TOPVIP memasuki Dewan Bankuet The TOP (11 Februari, 2017)


Dewan Bankuet The TOPVIPs melambung Yee Sang di Dewan Bankuet The TOP (11 Februari, 2017)


Dewan Bankuet The TOPKetua Menteri Pulau Pinang menyampaikan ucapan di Dewan Bankuet The TOP. (11 Februari, 2017)


Dewan Bankuet The TOPPersembahan gendang yang rancak di Dewan Bankuet The TOP (11 Februari, 2017)


Dewan Bankuet The TOPKetua Menteri menganugerahkan cek RM32,000 dari pengurusan The TOP kepada beberapa badan amal di Pulau Pinang. (11 Februari, 2017)


Kembali ke laman utama Komtar


Maklumat Penuh

Senarai Tarikan Pelancong di Pulau Pinang

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.