Tech Dome PenangDiscovering fun in science, at Tech Dome Penang
© Tech Dome Penang

English

Tech Dome Penang adalah sebuah pusat sains di Pulau Pinang. Ia dibina dengan kos RM28 juga, dan menduduki Dom Geodesik di Komtar. Tech Dome adalah suatu inisiatif antara badan awam dan swasta yang melibatkan Kerajaan Pulau Pinang. Dengan slogan "Merangsang Masa Depan" (Inspiring the Future), ia diasas dengan hasrat mencetuskan minat kepada bidang sains di kalangan kanak-kanak dan para belia. Dengan tertubuhnya Tech Dome Penang, adalah diharapkan yang lebih ramai pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang sains dan teknologi, dan memperkukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab rantau ini untuk bidang sains dan teknologi.

Saya telah melawat Tech Dome buat kali pertama pada 2hb Ogos, 2016, dan sejak itu, telah melawatnya kembali beberapa kali untuk mengemaskini maklumat berkenaannya. Pada lawatan saya, saya biasanya disambut oleh Dr Khong Yoon Loong, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Tech Centre yang mengurus Tech Dome Penang. Dengan diiring Dr Khong, saya mendapat fahaman lebih mendalam berkenaan setiap pameran di sana, dan juga saya fahami cabaran yang dihadapi dalam menubuhkan Tech Dome. Di sini terdapat lebih daripada 120 pameran berasaskan sains dan teknologi.

Menerusi pamerannya yang interaktif, Tech Dome berhasrat mendedahkan pelawat muda kepada kemajuan yang telah dicapai menerusi sains, teknologi dan inovasi. Para pelawat berpeluang bermain dengan laser atau berputar dalam Human Gyro, ataupun melihat ke dalam tubuh badan manusia.

Tech Dome PenangDr Khong Yoon Loong, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Tech Centre, mendemostrasikan globe yang berputar sambil terapung. (7 August, 2016)


Tech Dome PenangAkuarium robotik: Dr Khong menunjukkan kepada saya ikan-ikan mekanikal yang berenang kalam tangki air Tech Dome. (8 February, 2017)


Tech Dome PenangPandangan keseluruhan Tech Dome Penang (2 August, 2016)


Tech Dome PenangJom berputar kat Tech Dome Penang! (7 August, 2016)


Tech Dome PenangKanak-kanak berinteraksi dengan bahan pameran di Tech Dome Penang.
© Tech Dome Penang

Tech Dome PenangKan sains menyeronok?
© Tech Dome Penang

Tech Dome PenangSaya berlawan pedang cahaya dekat Tech Dome Penang (2 August, 2016)


Tech Dome PenangMari berputar di Tech Dome Penang (2 August, 2016)


Tech Dome PenangDr Khong mendemonstrasikan satu daripada pameran di Tech Dome Penang (2 August, 2016)


Tech Dome PenangBermain bola terapung di Tech Dome Penang (7 August, 2016)

Alamat

Pintu masuk utama ke Tech Dome adalah pada tingkat empat podium kombar, berhampiran pejabat PBA Pulau Pinang. Terdapat pintu masuk yang satu lagi dari atrium The TOP.

Tech Dome Penang
10450 George Town,
Penang.
Phone: +60 4 262 6663

Tech Dome Penang dibuka setiap hari kecuali hari Tuesdays. Waktu buka adalah dari 10:00 am hingga 6:00 pm. Bayaran masuk ditunjukkan di sini.

Pusat Astronomi PIXO

Pusat astronomi ini sering digunakan oleh ahli Persatuan Astronomi Pulau Pinang untuk mengkaji bintang.

Maklumat

Tech Dome PenangSaya di pintu masuk utama ke Tech Dome Penang. (7 Ogos, 2016)


Tech Dome PenangPintu masuk ke Tech Dome Penang dari THE TOP (11 Februari, 2017)

Maklumat terkini mengenai Tech Dome Penang

18 Disember, 2016
Balai Cerap PIXO, dengan teleskop paling canggih di Pulau Pinang, telah dirasmikan oleh Dr Ahmad Zahidi Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Balai cerap ini biasanya digunakan oleh Persatuan Astronomi Pulau Pinang untuk ilmu bintang, pemerhatian astronomi dan aktiviti berkaitan. Bengkel astronomi dan pameran juga dalam diadakan di sana.

PIXO Observatory
PIXO Observatory
© Tech Dome Penang

10-12hb Sept dan 16-18hb Sept, 2016
Minggu Teknologi Jepun telah diadakan di Tech Dome Penang. Sempena itu, suatu pesta budaya Jepun juga diadakan dengan pameran berasaskan kebudayaan Jepun, dengan makanan dan permainan orang Jepun, termasuk Origami Geometri, Pachinko tradisional, Superball, kedai roti Japanese, pakaian Yukata, makanan dan mainan Nagashi-Somen dan aiskrim Matcha. Minggu Teknologi Jepun telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng pada 10:00 am 10hb September, 2016.

Kembali ke laman Dom Geodesik (Dewan Tunku)


Maklumat

Kembali ke laman utama The TOP


Maklumat

Senarai Tempat Pelancongan di Pulau Pinang

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.