Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Parkir di Pulau Pinang menggunakan Penang Smart Parking

English Version

Penang Smart Parking adalah sistem parkir berdasarkan aplikasi telefon pintar yang diperkenalkan di Pulau Pinang pada 19 Ogos 2019. Ia menggantikan penggunakan kupon parkir yang akan tamat hayat selepas 31 Disember 2020. Kemudahan parkir ini merangkumi 36 petak letak kereta yang dipunyai Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Kadar Parkir

Dari 1hb Januari, 2020, kadar parkir di Pulau Pinang ialah 40 sen untuk setiap setengah jam, dari 8:00am hingga ke 6:00pm, dari Hari Isnin ke Hari Sabtu. Parkir percuma pada hari Ahad dan hari cuti am.

Di merata-rata tempat di Pulau Pinang, khususnya George Town, anda akan dapati papan tanda seperti yang ditunjukkan di bawah yang menyatakan kadar parkir.

Penang Smart ParkingPapan tanda Penang Smart Parking (3 Januari, 2020)

Bagaimana menggunakan aplikasi Penang Smart Parking

1. Muat turun aplikasi dari Google Play atau AppStore, atau dapatkan eKupon daripada ejen berdekatan. Anda juga boleh mendapatkannya dengan mengimbas kod QR yang berikut:

Penang Smart Parking

2. Buat kali pertama melancarkan aplikasi ini, anda dikehendaki mendaftar masuk dengan memberikan nombor telefon dan kata laluan 8-digit.

3. Beginilah rupanya laman utama aplikasi ini. 
Penang Smart Parking

4. Click butang fungsi sebelah atas kiri untuk membuka menu seperti ini. 
Penang Smart Parking
Daftar kereta anda supaya bayaran kadar ditujukan kepada kenderaan yang betul.

5. Sebelum menggunakan aplikasi ini buat kali pertama, anda perlu mempunyai nilai yang mencukupi untuk meletak kereta. Ini perlu dibuat secara prabayar dengan memuat naik wang ke dalam akaun anda. Klik butang Tambah Nilai pada sebelah bawah kanan halaman utama. Ia membawa anda ke laman seterusnya. 
Penang Smart Parking

Ini membawa anda ke Pilihan
Penang Smart Parking


Klik Pilihan, dan anda diberi beberapa amaun pilihan, dengan amaun minima RM10. 
Penang Smart Parking


Seterusnya pilih saluran (channel), iaitu, sama ada menbayar dengan kad kredit, pindahan dari bank atau cara-cara lain.

6. Untuk membayar parkir, klik butang Parkir & Bayar
Penang Smart Parking

7. Pilih jangkamasa, sama ada seluruh hari, atau jangka 30 minit atau 1 jam. 
Penang Smart Parking

Terdapat loceng amaran untuk mengingatkan anda apabila tempoh kehabisan, dan perlu bayaran tambahan. Caj parkir bermula sebaik anda tekan bukang okay.

Untuk Mereka Tanpa Telefon Pintar

Untuk kemudahan pelawat dan mereka yang tidak mempunyai telefon pintar, mereka boleh menghubungi ejen yang menjual eKupon untuk membayar parkir. Senarai ejen eKupon ditunjukkan di bawah.

Penang Smart Parking

Penang Smart Parking

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.