Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Ernest Zacharevic, Artis Mural Terkenal

Kenali Ernest ZacharevicSaya bersama mural Kanak-Kanak Atas Basikal, mural Ernest Zacharevic yang paling terkenal. (30 Jun, 2012)


English

Nama Ernest Zacharevic terukir dalam sejarah seni jalanan Pulau Pinang. Boleh dikatakan beliaulah yang meletakkan seni jalanan Pulau Pinang di peta seni jalanan dunia. Sebaliknya boleh juga dikatakan yang seni jalanan Pulau Pinanglah yang meletakkan Ernest Zacharevic di peta seni jalanan dunia, bukan sahaja atas daya usaha beliau sendiri, tetapi juga atas sumbangan bekas publisisnya Gabija Grusaite, penaung seni Tan Chor Whye, Pengarah George Town Festival Joe Sidek, dan malahan saya sendiri, setiap seorang membuka jalan dalam mendedahkan seni jalanannya ke seluruh dunia.

Petikan ini memberi anda pengenalan kepada pembikinan Ernest Zacharevic, berdasarkan input dari Encik Tan dan Encik Sidek.


Ernest Zacharevic adalah seorang artis yang telah mencapai pujian seluruh dunia apabila seni jalanannya digunakan untuk perayaan George Town Festival tahun 2012. Dilahirkan di Lithuania pada tahun 1986, Zacharevic telah tiba di George Town sebagai pengembara bajet sekitar tahun 2011. Pada masa itu, beliau menyara hidup sebagai pelukis. Satu daripada lukisannya telah dibeli oleh pemilik kedai basikal di Lebuh Armenian. Pada satu hari, lukisan itu mendapat perhatian pengemar seni Tan Chor Whye, yang terus membelinya dari kedai basikal itu.

Menyedari yang pelukis muda ini berbakat, Tan pun bertemu Zacharevic dan memberikan beliau tugas melukis mural pada sebuah dinding di Lebuh Armenian. Mural itu tiada lagi kerana pada masa itu, cat yang tidak bersesuaian alam digunakan, and oleh sebab itu, ia tidak tahan lama. Ketika Zacharevic tengah menyiapkan mural tersebut, beliau menarik perhatian pihak berkuasa yang ingin tahu apakah yang sedang beliau lakukan.

Seorang daripada mereka yang nampak seni Zacharevic ialah Joe Sidek, pengarah George Town Festival. Menurut Encik Sidek, beliau mempelawa Zacharevic agar mengemukakan cadangan konsep untuk dibawa binxcang dengan George Town World Heritage Incorporated yang pada masa itu di bawah pimpinan presiden Majlis Perbandaran Pulaun Pinang, Dato Patahiyah. Mereka suka akan idea yang dikemukakan, dan Zacharevic pun mendapat kebenaran untuk melukis muralnya bagi George Town Festival.

Ketika mural-muralnya dilukis, Zacharevic diwakili pengurus publisitinya Gabija Grusaite. Menurut Cik Grusaite, mural-mural ini dilukis tanpa diberi nama. Saya telah bertanya kepada Cik Grusaite, dan apabila didapati yang mural-mural ini tidak diberi nama, telah memberi nama kepada setiap satu. Daripada itu, mural-mural seperti Kanak-kanak di atas Basikal (Little Children on a Bicycle), Budak dengan Dinosaur Peliharaan (Boy with Pet Dinosaur), Orang Tua Ni (This Old Man), Mencapai ke Atas (Reaching Up), Gadis Berbaju Biru (Girl in Blue), Penarik Beca Menunggu (The Awaiting Trishaw Man) dan Budak Atas Motorsikal (Boy On A Bike) mendapat namanya.

Mural Zacharevic telah mendapat perhantian banyak orang termasuk saya sendiri, dan ia diberi pendedahan kuat pada Penang Travel Tips. Carian "Ernest Zacharevic Penang murals" pada Google akan menghasilkan laman Penang Travel Tips berkenaannya, lantas memberi pendedahan kepada saluran media yang lain.

Atas kejayaan yang dikecapi pada George Town Festival 2012, Zacharevic telah mengadakan pameran solonya yang pertama di Hin Bus Depot dari 19hb Januari hingga 14hb Februari, 2014. Penggunaan Hin Bus Depot sebagai pusat seni adalah hasil usaha Zacharevic, bersama pengurusnya Cik Grusaite, dan pengemar seni Encik Tan Chor Whye, yang telah pergi bersamanya untuk meninjau tapak Hin Bus Depot. Mereka rasa yang tempat itu sesuai untuk pameran Zacharevic, dan dengan itu Encik Tan mengesahkan dengan pemilik Hin Bus Depot, yakni Enick Tan Shih Thoe, untuk menggunakan tempat itu bagi mempamerkan hasil seni artis tempatan dan luar negeri.

Ernest Zacharevic dikatakan telah membuka jalan bagi artis yang lain untuk menceburi seni jalanan di Pulau Pinang. Antara mereka yang telah berjaya dalam bidang ini di Pulau Pinang termasuk pelukis dari Rusia, Julia Volchkova, artis Sepanyol Sabek, artis Argentinia Martin Ron, dan artis-artis dari Great Britain, Tom Powell dan Gabriel Pitcher. Artis-artis tempatan yang menerima pendedahan termasuk Louis Gan, Kenji Chai dan WK Setor.

Ernest Zacharevic masih aktif dalam dunia seni dengan projek di serata dunia, termasuk di New York City, Christmas Island, dan banyak tempat lagi. Muralnya juga dapat dilihat di bandar-bandar lain di Malaysia termasuk Kuala Lumpur dan Ipoh.

Tim with Ernest ZacharevicTim with Ernest Zacharevic (20 January, 2014)

Mural-mural Ernest Zacharevic

Mural Ernest Zacharevic

Senarai mural Ernest Zacharevic di Pulau Pinang dan bandar lain di Malaysia.

Maklumat

Laluan Mural Ernest Zacharevic


Maklumat

Art of OldTown

Murals by Ernest Zacharevic for OldTown White Coffee in Ipoh.

Maklumat

Kembali ke laman Orang Terkemuda Pulau Pinang

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.