Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Menaiki Kapal ke Pulau Pinang

Menaiki Kapal ke Pulau PinangMenaiki Kapal ke Pulau Pinang (4 April, 2010)


English

Sebagai satu-satunya pelabuhan utama di Malaysia, Pelabuhan Pulau Pinang menerima kapal dari seluruh dunia. Kapal muatan berlabuh di North Butterworth Container Terminal manakala kapal penumpang berlabuh di Terminal Persiaran Swettenham (Swettenham Pier Cruise Terminal) di George Town.

Terminal Persiaran Swettenham dibuka pada tahun 2010 dan merupakan terminal penumpang yang paling baru di Pelabuhan Pulau Pinang. Ia mempunyai dermaga sepanjang 400 meter dan sedalam 12 meter, membolehkannya menerima kapal persiaran yang paling besar. Selain dermaga utama, terdapat juga dua dermaga dalaman untuk kegunaan kapal yang lebih kecil.

Passenger Terminal, Swettenham PierTerminal Persiaran Swettenham (31 Ogos, 2011)


Cruise ship at Swettenham PierKapal persiaran di dermaga Terminal Swettenham. (1 Mei, 2015)


Sekiranya kapal penumpang yang anda naiki singgah di Pelabuhan Pulau Pinang, anda perlu melalui Imigresen sekiranya kapal tersebut datangnya dari negara asing. Walaupun kebanyakan aktiviti Terminal Persiaran Swettenham merupakan penumpang dari kapal makan angin "Cruise to Nowhere", terminal ini juga digunakan untuk perkhidmatan feri antara Pulau Pinang dengan Acheh di Indonesia, dan juga dengan Pulau Langkawi dan Pulau Payar.

Terminal Persiaran Swettenham berada di sisi jalan yang bernama Pesara King Edward. Mereka yang singgah seketika di George Town dapat mengambil kesempatan meneroka kawasan-kawasan Tapak Warisan Dunia George Town yang berdekatan. Kebanyakan tempat ini dapat dilawat dengan berjalan kaki. Mereka yang memerlukan khidmat pemandu pelancong boleh menghubungi Penang Tour Guides yang menawarkan khidmat memandu pelancong berjalan kaki meneroka dan menikmati tempat tarikan pelancong di George Town.

Hubungi Penang Tour Guides

Peta Terminal Persiaran Swettenham

Peta menunjukkan Terminal Persiaran Swettenham dan tempat-tempat menarik yang berdekatan.

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.