Timothy Tye's Travel Encyclopedia
Petua Melawat George Town

Cari Bilik Hotel di Pulau Pinang


George Town, Pulau PinangGeorge Town, Pulau Pinang (6 February, 2013)





English

Bandaraya George Town (GPS: 5.41921, 100.34404), (Nama Tidak Rasmi: Tanjung, Tanjung Penaga; Tulisan Cina Tradisional: 喬治市; Tulisan Cina Ringkas: 乔治市; Pinyin: Qiáozhì Shì; Bahasa Hokkien Pulau Pinang: Pho3tay4; Bahasa Tamil: ஜார்ஜ் டவுன்) ialah ibu negeri Pulau Pinang. George Town diberi taraf bandaraya oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1957. Ia merupakan bandaraya yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu, dan yang kedua di Semenanjung Tanah Melayu selepas Singapura, yang diberi taraf bandaraya pada 22hb September, 1951, menerusi piagam diraja yang dianugerah oleh Raja George ke-6. Bahagian dalaman bandaraya George Town menjadi Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7hb Julai, 2008.

Mengikut had sempadannya sekarang, George Town mempunyai saiz 305.8 kilomter persegi. Menurut banci 2010, penduduknya berjumlah 529,400. Bahagian Tapak Warisan Dunia George Town meliputi 259.42 hektar. Ia dikelilingi zon penampan. Kawasan Tapak Warisan Dunia kaya dengan bangunan bersejarah dan berunsur kebudayaan, termasuk bangunan dari era kolonial dengan pelbagai gaya seni bina, dan juga masjid, tokong and kuil.

Pentadbiran George Town adalah melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang mentadbir seluruh Pulau Pinang. Presiden Majlis Bandaraya Pulau Pinang bertugas sebagai Datuk Bandar de facto untuk bandaraya George Town.

Hotel di George Town

Klik pautan untuk hotel di George Town. Rujuk juga kepada artikel saya dengan petua memilih hotel di Pulau Pinang dan petua untuk milih hotel untuk pelawat bisnes.

Peta jalan di George Town

George Town di Google Maps Street View



View of George Town from Komtar (7 May 2010)

Berkenaan George Town

George Town diasaskan oleh Kapten Francis Light pada 11hb Ogos, 1786, dan diberi nama sempena raja Great Britain, iaitu Raja George ke-3. Pada masa diasaskan, George Town hanya merangkumi kawasan sampai ke Jalan Masjid Kapitan Keling di sebelah barat dan Lebuh Pasar di sebelah selatan. Dalam dekad-dekad berikutnya, George Town telah berkembang sampai ke Lebuh Chulia dengan rangkaian pembangunan menuju ke kawasan pendalaman. Perkuburan Protestan, iaitu tanah perkuburan untuk penjajah Inggeris yang awal, pada mula-mulanya berada di luar linkungan George Town. (Ia diletakkan di sana untuk menjauhkannya daripada kawasan penempatkan pegawai kolonial masa itu.)

Malah pada dekad pertama George Town diasas, kawasan di luar bandar itu sudahpun diduduki, dengan penempatan diasaskan di beberapa tempat di sebelah persisiran utara, seperti di Kelawei dan Pulau Tikus. Pada masa itu, perkampungan ini tidak dianggap sebagai sebahagian daripada George Town. Di sebelah selatan pula, perkampungan sudah wujud di sepanjang Sungai Pinang dan Batu Uban, yang sebenarnya lebih tua daripada George Town.

George TownPemandangan George Town dilihat dari Tido Hostel Penang. (19 June, 2017)


Orang Malaysia sering terlupa betapa tuanya George Town. Bandaraya ini lebih tua daripada kebanyakan bandar di Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh dan Taiping. Ia juga lebih tua daripada Singapura. Jika anda menjejak kaki di bahagian George Town yang lama, anda berdiri di kawasan yang telah dibangunkan sejak 200 yang lampau. Setiap kawasan di George Town telah berubah mengikut morfologi bandar, dari kawasan paya bakau kepada kawasan tanah ladang, kawasan luar bandar, daerah bengkel, gudang, pejabat, perumahan and butik, terpulang kepada kedudukannya dalam kronologi sejarah. Dengan memahami perubahan guna tanah di George Town, barulah kita dapat fahami sejarah bandaraya ini yang masih berubah mengikut kehendak zaman. Lebuh Pantai, umpamanya, adalah antara lebuh komersil yang tertua di Malaysia, hanya Jalan Hang Jebat di Melaka yang lebih tua. Sebagai lebuh yang dibangunkan untuk sebab urusniaga, Lebuh Pantai di George Town lebih tua daripada kebanyakan bandar di Malaysia malahan di Singapura juga.

Terusan Prangin Canal adalah tempat di mana bangunan lama bertemu yang baru. (19 March 2010)


Kawasan dalaman bandaraya George TownKawasan dalaman bandaraya George Town (6 February, 2013)


Menjelang 1870-an, George Town telah sampai ke Terusan Prangin, yang hari ini berada di sisi Jalan Dr Lim Chwee Leong. Pada masa tiu, Terusan Prangin berada di kawasan luar bandar. Dari sini, hasil ladang dan ternakan dibawa menyeberang terusan untuk pasaran di bandar. Pada masa itu pun perkembangan George Town tidak terhenti, bergantung kepada situasi ekonomi bandar. Pada dekad-dekad kegemilangan, George Town akan berkembang dengan pesat, pada dekat ekonomi merosot, perkembangan itu tergendala, tetapi sebentar sahaja sehingga tibanya ekonomi pulih semula.

George Town terus berkembang dan berubah wajah, seringnya sekali-sekala, bergantung kepada kekuatan ekonomi. Menjelang abad ke-20, kebanyakan rumah yang pada asalnya diperbuat daripada kayu dan berbumbung atap sudah dibina semula dengan batu bata. Undang-undang tempatan dikeluarkan yang mengwajibkan pembinaan dengan bata, sebagai langkah mengelak kemusnahan yang berlaku dari kebakaran yang sering melanda struktur kayu. Had bandar sudah sampai ke Jalan Perak.

Terpancar keluar dari George Town, seperti jari-jari dalam tangan terhulur, adalah lima jalan utama bandar itu.. Dari utara ke selatan, jalan-jalan utama ini ialah Jalan Kelawei, Jalan Burmah, Jalan Macalister, Jalan Dato Keramat dan Jalan Jelutong. Lima jalan raya ini menyambungkan George Town dengan kawasan pendalamannya, dari mana bandar itu menerima kebanyakan bekalan makanan.

Kondominium baru di George Town (23 Januari, 2012)


Pada permulaan abad ke-20, kawasan luar bandar untuk George Town bermula di simpang Jalan Masjid Negeri dengan Jalan Air Itam. Sehingga ke pertengahan abad ke-20, simpang Jalan Masjid Negeri (yang pada masa itu digelar Green Lane) berada di mana letaknya Jalan Han Chiang hari ini. Persimpangan itu diubah kedudukannya supada bertemu dengan persimpangan Jalan Scotland dalam tahun 1960-an. Ini kemudiannya diubah menjadi bulatan, dan dalam tahun 1980-an pula, sebuah jejambat dibina untuk menyambungkan Jalan Masjid Negeri dengan Jalan Scotland.

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan, sempadan George Town telah sampat ke had hari ini, dengan disempadankan oleh Jalan Masjid Negeri, Jalan Scotland, Jalan Utama, Jalan Gottlieb dan Jalan Bagan Jermal. Mengikut definisi itu, George Town meliputi kawasan 58 batu persegi or 150 kilometer persegi.

Tokong Maharaja Jed, satu-satunya tarikan pelawat ke George Town. Kedudukannya di Air Itam boleh dikatakan di luar sempadan George Town. (26 Januari, 2012)


George Town dianugerah status bandaraya - setanding dengan Bandaraya London (tetapi bukan sama dengan perbandaran London) dan Bandaraya Westminster, berkuatkuasa 1hb Januari, 1957, menerusi piagam diraja oleh Ratu Elizabeth II. Datuk Bandarnya yang pertama ialah D.S. Ramanathan dari Parti Buruh Malaya sementara yang terakhir ialah C.Y. Choy dari Barisan Socialis. Choy selaku datuk bandar hingga 1966, apabila Kerajaan Persekutuan memberhentikan pilihan raya tempatan untuk Bandaraya George Town, atas sebab Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Akan tetapi, walaupun selepas konfrontasi telah selesai, pilihan raya tempatan untuk Bandaraya George Town tidak dipulangkan.

Sebahagian bandaraya George Town telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 7hb Julai 2008. Zon teras meliputi kawasan 109.38 hektar, dan dikelilingi zon penampan 150.04 hektar. Perwartakan George Town telah meningkatkan harga hartanah, bukan sahaja di kawasan Tapak Warisan Dunia, tetapi di juga di seluruh George Town. Hari ini, harga banglo siap bina di pinggir bandaraya George Town mencapai beberapa juta ringgit, di luar kemampuan kebanyakan penduduk yang makan gaji.

Multi-million ringgit homes emerging on newly reclaimed land in Tanjong Tokong, George Town (30 November, 2012)


Kawasan bandar terus berkembang melebihi had sempadan George Town. Seawal tahun 1970-an, kawasan-kawasan sebelah selatan Gelugor masih dianggap luar bandar. Hari ini, had metropolitan George Town merangkumi seluruh Negeri Pulau Pinang, sampai ke bahagian selatan Negeri Kedah dan bahagian utara Negeri Perak. Kawasan metropolitan ini mempunyai penduduk seramai 2.5 juta orang. Di Pulau Pinang, tanah yang dahulunya sawah padi berubah menjadi tanah bandar. Tempat-tempat bersawah padi seperti Sungai Nibong Kecil telah dibangunkan, dan bandar-bandar baru telah diasaskan, seperti Bayan Baru dan Farlim yang sekarang menjadi lebih besar daripada pekan-pekan lama sebelumnya. Walaupun bandar-bandar ini bukannya sebahagian daripada George Town, mereka ditadbiri Majlis Bandaraya Pulau Pinang, yang diwujudkan daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang, yang pula diwujudkan atas gabungan Bandaraya George Town dengan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang.

Apabila tanah rata yang sesuai untuk pembangunan sudah habis diguna, George Town terus berkembang secara penambakan tanah ke laut. Penambakan tanah bukannya sesuatu yang baru bagi George Town. Aktiviti penambakan bermula sejak tahun 1870-an, apabila kawasan persisiran George Town ditambak untuk mewujudkan kawasan pembangunan yang baru, di sebelah timur Lebuh Pantai. Hasil penambakan ini terwujud Lebuh Victoria dan sebahagian Jalan C.Y. Choy. Menjelang abad ke-21, penambakan tanah terus dijalankan, terutamanya di kawasan pinggir timur Pulau Pinang, dan kawasan yang dahulunya laut sekarang sudah menjadi darat.

Hidangan penjaja George Town (20 October, 2012)


Mural Kanak-Kanak Atas BasikalAkhir-akhir ini, sudah menjadi kegemaran pelawat untuk menangkap gambar bersama mural Kanak-Kanak Atas Basikal, mural yang paling masyhur di George Town. (10 August, 2013)


Sepertimana dialami bandaraya yang lain, apabila George Town berkembang ke luar, bahagian terasnya menjadi kosong. Pada pertengahan tahun 1970-an, bahagian yang paling meriah ialah sepanjang Jalan Penang. Akan tetapi, apabila kebanyakan penduduk George Town berpindah ke kawasan baru di pinggir bandaraya, pusat bandaraya menjadi sepi, terutamanya pada waktu malam. Pihak berkuasa berusaha menghidupkan kembali kawasan pusat bandaraya dengan mengadakan pelbagai aktiviti di George Town. Perwartaan Tapak Warisan Dunia juga membantu menumpukan perhatian dunia kepada George Town, lantas mengembalikan aktiviti ekonomi ke pusat bandaraya. Akan tetapi, kenaikan harga rumah di George Town telah menimbulkan masalah baru kerana buat masa sekarang, hanya mereka yang kaya-raya mampu membeli hartanah di pusat bandaraya.

George Town masih lagi pusat saraf Pulau Pinang. Namanya hampir dianggap sinonim untuk Pulau Pinang. Apabila orang menyebut "Penang", maksud mereka sesuatu kawasan di George Town. Di George Townlah dapat anda jumpai segala-gala yang membuat Pulau Pinang terkemuka di seluruh dunia, sama ada hidangan penjaja, mural, muzium, pesta kebudayaan, kesemua yang buat Pulau Pinang unik di mata dunia hasilnya dari George Town.

Berita terkini George Town

28hb Disember, 2015: The Star melaporkan yang akhbar Los Angeles Times telah memilih bahagian dalaman George Town sebagai satu-satu destinasi "mesti lawat".

Pengangkutan Awam di George Town

Rapid Penang membekalkan bas awam untuk George Town. Hentian-hentiannya yang utama di Pulau Pinang ialah Hentian Pengkalan Weld dan Hentian Komtar.

Kemudahan di George Town


Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, walaupun di luar George Town, merupakan infrastructure penting untuk kemudahan bandaraya tersebut. (2 March, 2014)

Trafik

Terdapat banyak jalan sehala di George Town. Ini membantu pengaliran trafik bandaraya tersebut. Antara tempat yang sering berlaku kesesakan ialah Jalan Magazine disebabkan trafik yang tiba di pusat bandaraya dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, dan sepanjang Lebuh Farquhar disebabkan sekolah-sekolah menengah di situ.

Hartanah residensi George Town


Senarai Bandar di Pulau Pinang dan Bandar di Malaysia



 Melawat Pulau Pinang? Tempah bilik hotel anda di sini!

Anda boleh mencari dan menempah bilik hotel anda terus dari laman web ini. Klik sini ataupun guna search box di bawah. Anda dapat menapis senarai ini kepada hotel yang diingini, dari hotel 5 bintang kepada homestay dan lain-lain lagi.

 Cari penginapan khusus di Pulau Pinang

 Halaman Terkini | Latest Updates

 Senarai 728 Jalanraya di Pulau Pinang

 Senarai 3445 Tempat di Pulau Pinang





 Penang Video Showcase


 Coming soon: Penang's own water theme park - see video!

 Take a cruise on the SuperStar Libra from Penang's Swettenham Pier!- see video!


Terima kasih atas lawatan anda ke ensiklopedia kembara saya. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia karya saya sendiri. Nama saya , juga digelar Tim. Saya penulis laman web sepenuh masa. Saya menulis laman untuk mengumpul segala maklumat yang saya kenali. Untuk mengenali saya dengan lebih dekat, layari ke laman peribadi saya, www.timothytye.com Sejak 2007, saya tidak lagi keluar bekerja agar dapat menumpukan sepenuh masa untuk menulis laman web saya. Saya menerangkan gaya hidup saya dalam laman saya bernama Happy Jobless Guy.

Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang berhubung. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya dekat Facebook!













© 2003-2017 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.