Timothy Tye
Jalan Transfer

Jalan Transfer di George Town, Pulau Pinang. (19 Jun, 2017)




English

Jalan Transfer adalah antara jalanraya utama di George Town, Pulau Pinang. Ia merentang dari Jalan Burma ke Jalan Sultan Ahmad Shah, dan bercabang kepada beberapa anak jalan. Antara anak jalan yang bercadang dari Jalan Transfer termasuk Jalan Phee Choon, Jalan Kedah, Lebuh Dickens, Lorong Popus, Lorong Dinding, Jalan Hatin, Jalan Ariffin, Jalan A.S. Mansoor, Jalan Argyll dan Jalan Sri Bahari.

Lokasi tempat sepanjang Jalan Transfer dalam peta

Tempat penginapan sepanjang Jalan Transfer

  1. Hotel Penaga (GPS: 5.42013, 100.33052)
  2. Hotel Regal Malaysia (GPS: 5.42282, 100.33125)
  3. Transfer Lodge & Mushroom Cafe (GPS: 5.42087, 100.33055)
  4. Yes Hotel (GPS: 5.4217, 100.33081)

Seni jalanan di Jalan Transfer

  1. "Happy Hour" Sculpture (GPS: 5.41782, 100.32939)
  2. "Mr Five Foot Way" Sculpture (GPS: 5.41964, 100.33027)

Tempat-tempat sepanjang Jalan Transfer

  1. Dato Koyah Shrine (GPS: 5.42049, 100.33058)
  2. Goh Chan Lau (GPS: 5.42314, 100.33199)
  3. Ong Eng Soon Mansion (GPS: 5.42321, 100.33137)

Tempat makanan sepanjang Jalan Transfer

  1. Kedai Kopi International Hotel (Restoran Nasi Padang Minang) (GPS: 5.4212, 100.33069)
  2. Malila Bakery & Cafe (GPS: 5.42066, 100.33044)
  3. Restoran de NASIr Biryani (GPS: 5.41956, 100.33018)
  4. Restoran See Kong Ooi (GPS: 5.42228, 100.3313)
  5. Toong Leong Coffee Shop (GPS: 5.42144, 100.33075)

Pusat perubatan sepanjang Jalan Transfer

  1. Penang Caring Dialysis Society (GPS: 5.41859, 100.32954)

Perniagaan di Jalan Transfer

  1. Astound Wedding (bridal house)
  2. Kedai Ubat Thye Sang Tong (Chinese medical hall)
  3. Ong Laundry
  4. Patchee Bakery (GPS: 5.420361, 100.330332)

Stesen Minyak di Jalan Transfer

  1. Caltex Petrol Station (GPS: 5.4212, 100.33095)

Bangunan di sepanjang Jalan Transfer

  1. Embassy Hotel Building (GPS: 5.41792, 100.32916)
  2. Hong Aun Hotel Building (GPS: 5.41995, 100.33014)
  3. Police Headquarters (GPS: 5.41867, 100.32995)
  4. Wisma Persatuan Siew Heng Foo (GPS: 5.42051, 100.33037)

Jalan Transfer, as seen from Burmah Road (30 November 2008)

Berkenaan Jalan Transfer

Jalan Transfer dibina pada suku ketiga abad ke-19. Ia menyusuri sebatang terusan, yang hari ini tidak lagi jelas kelihatan.

Jalan Transfer diberi nama sempena pemindahan ("transfer" dalam Bahasa Inggeris) pentadbiran Negeri-Negeri Selat dari Madras ke Singapura pada tahun 1867, dengan lebih autonomi kepada pentadbiran tempatan.

Pada tahun 1950an dan 60an, Jalan Transfer telah menjadi tempat penginapan untuk pelawat ke Pulau Pinang. Pada masa itu, beberapa hotel dibuka di sini, antaranya Hotel Embassy dan Hotel Hong Aun. Walaupun bangunannya masih ada, hotel-hotel tersebut tidak lagi beroperasi dan ada juga yang telah diambilalih dan diubahsuai.

Kedudukan Jalan Transfer di sempadan Tapak Warisan Dunia George Town hari ini menjadikannya lokasi sesuai untuk menginap. Oleh sebab itu, beberapa hotel saiz kecil dan sederhana telah dibuka di sini sejak beberapa tahun yang lepas.



Papan tanda Jalan Transfer (30 November 2008)


Papan tanda lama Jalan Transfer (30 November 2008)


Persimpangan Jalan Transfer dengan Jalan Sultan Ahmad Shah (19 Mac, 2010)


Jalan Transfer, Pulau Pinang (19 Mac, 2010)


Jalan Transfer, Pulau Pinang (19 Mac, 2010)


Papan sejarah Jalan Transfer (30 November 2008)


Menaiki pengangkutan awam ke Jalan Transfer

Jalan Transfer dilalui oleh bas Rapid Penang bernombor 10, 11, 101, 103, 104, 201, 202, 203, 204, 206, 502 dan CAT.

Senarai Jalanraya di Pulau Pinang and Jalanraya di Malaysia


[an error occurred while processing this directive]


Follow Me on Facebook


Senaraikan bisnes anda di Penang Travel Tips

Dapatkan halaman sendiri untuk bisnes anda di Penang Travel Tips, agar lebih mudah dicari.

Maklumat

Hubungi Saya

Fast Guide for selecting Penang Hotels

Quick help for choosing the hotel that's right for you.

Details




 Senarai 746 Jalanraya di Pulau Pinang

 Senarai 3500 Tempat di Pulau Pinang










Hamidouroll Online Store






Mengenai Saya

Terima kasih kerana melawat laman web saya. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia hasil tulisan saya sendiri. Nama saya . Sejak 1 November, 2007, saya menulis laman web ini sepenuh masa. Saya menulis laman saya untuk memuaskan perasaan ingin tahu, tetapi saya bangga sekiranya maklumat yang saya kumpul berguna kepada anda.

Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang ini. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya di Facebook!


© 2003-2017 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.