Timothy Tye's Travel Encyclopedia
Jalan Sultan Ahmad Shah

Cari Bilik Hotel di Pulau Pinang


Jalan Sultan Ahmad Shah, George TownJalan Sultan Ahmad Shah, George Town (21 December, 2009)




English

Jalan Sultan Ahmad Shah (Inggeris: Northam Road; Bahasa Hokkien Pulau Pinang: Ang3mor3 Lor33 ), adalah jalanraya utama di pantai utara bandaraya George Town. Ia bermula di depan St Xavier's Institution, dan berakhir di simpang dengan Jalan Pangkor, di mana bermulanyaJalan Kelawei.

Lokasi tempat di Jalan Sultan Ahmad Shah dalam peta

Hotel di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. Deluxcious Hotel, Spa & Restaurant (GPS: 5.42332, 100.33141)
  2. Northam All Suite Hotel (GPS: 5.42727, 100.32132)

Seni Jalanan di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. "Girl by the Sea" Mural (GPS: 5.42415, 100.33256)

Stesen Minyak di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. Shell Jalan Sultan Ahmad Shah (GPS: 5.42243, 100.33432)

Bank di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. CIMB Bank (GPS: 5.42656, 100.32241)
  2. Citibank (GPS: 5.42404, 100.32859)

Medan Selera di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. Northam Beach Cafe (GPS: 5.42808, 100.32294)

Restoran di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. Maple Palace Restaurant (GPS: 5.42604, 100.32327)
  2. ThirtyTwo At The Mansion (GPS: 5.42275, 100.33446)

Kelab Malam di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. Uptown Bistro (GPS: 5.42275, 100.33446)

Jejantas di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. Citibank Pedestrian Bridge (GPS: 5.4235, 100.3285)

Sekolah di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. Island Girls School (GPS: 5.42303, 100.32848)
  2. SMK Agama (P) Al-Mashoor (GPS: 5.4231, 100.32996)
  3. Wellesley Primary School (GPS: 5.42303, 100.32848)

Universiti di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. Wawasan Open University Campus (GPS: 5.42702, 100.32437)

Bangunan Tinggi di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. MBf Tower (GPS: 5.4268, 100.32175)
  2. Menara BHL Bank (GPS: 5.42656, 100.32241)
  3. Menara Boustead (GPS: 5.42457, 100.32563)
  4. Menara KWSP (GPS: 5.4237, 100.33072)
  5. Menara Liang Court (GPS: 5.42426, 100.32596)
  6. Northam Tower (GPS: 5.42764, 100.32058)
  7. Wisma Pulau Pinang Garden (GPS: 5.42404, 100.32859)

Bangunan Bersejarah di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. Goh Chan Lau (GPS: 5.42314, 100.33185)
  2. Homestead (GPS: 5.4268, 100.32423)
  3. Leong Yin Kean Mansion (GPS: 5.42363, 100.33265)
  4. Northam Lodge/Soonstead (GPS: 5.42521, 100.32634)
  5. Ong Eng Soon Mansion (GPS: 5.42332, 100.33141)
  6. Rumah Asdang (GPS: 5.42478, 100.32699)
  7. Runnymede (GPS: 5.42429, 100.32946)
  8. Yeoh Cheang Seng Villa (GPS: 5.42529, 100.32586)

Hartanah Residensi di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. Boon Siew Villa (GPS: 5.42372, 100.33152)
  2. Istana Kedah (GPS: 5.42766, 100.32375)
  3. Woodville (GPS: 5.42807, 100.32202)

Kondominium di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. 8 Gurney Beachfront Sky Mansion (GPS: 5.42852, 100.32144)
  2. Mansion One (formerly Northam Tower) (GPS: 5.42764, 100.32058)
  3. Mayfair Condominium (GPS: 5.42497, 100.32709)
  4. Sri Perdana Condominium (GPS: 5.42607, 100.32241)

Bangunan Komersil di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. New Straits Times Press pejabat suratkhabar (GPS: 5.4241, 100.32648)

Bilik Pameran Kereta di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. Lowe Motors (Mercedes-Benz dealership) (GPS: 5.4229, 100.3342)
  2. Proton Edar (Proton dealership) (GPS: 5.42544, 100.32405)
  3. Telagamas Motors (Lexus dealership) (GPS: 5.42331, 100.33353)

Bilik Pameran Pembangun di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. Asia Green Group (GPS: 5.42369, 100.33117)
  2. The Galleria BSG Property (GPS: 5.42618, 100.32449)

Perniagaan lain di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. Red Apple (GPS: 5.42328, 100.33107)
  2. Tean Ean Local Products (GPS: 5.42851, 100.32088)

Bangunan Kerajaan di Jalan Sultan Ahmad Shah

Persatuan di Jalan Sultan Ahmad Shah

Tanah Perkuburan di Jalan Sultan Ahmad Shah

  1. Tanah Perkuburan Protestan (GPS: 5.42283, 100.33345)

Bangunan pencakar langit di Jalan Sultan Ahmad Shah (21 Dec 2009)

Mengenai Jalan Sultan Ahmad Shah

Kawasan yang hari ini digelar Jalan Sultan Ahmad Shah pada sepanjang sejarahnya dikenali sebagai North Beach. Apabila sebatang jalan dibina di sini, ia diberi nama Northam Road, sempena Northam di Devon, England, yang tiada sebarang kaitan dengan Pulau Pinang kecuali atas sebab ia tempat lahir satu daripada Gabenor Negeri-Negeri Selat yang awal. Ia telah ditukar nama kepada Jalan Sultan Ahmad Shah sempena lawatan Sultan Ahmad Shah, selaku Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-7 pada tahun 1982.

Jalan Sultan Ahmad ShahJalan Sultan Ahmad Shah, George Town (22 Dec 2009)


Jalan Sultan Ahmad Shah merupakan tempat pilihan masyarakat kulit putih pada abad ke-19. Atas sebab itu, orang Cina di Pulau Pinang telah memanggil jalan ini Ang3 Mor3 Lor33 , yang bererti "Jalan Orang Putih", terutamanya bahagian sebelah barat daripada Jalan Transfer. Namun demikian, sejak permulaan abad ke-20, orang kulit putih mula berpindah dari jalan ini untuk menetap di kawasan yang dianggap lebih hijau, meninggalkan Jalan Sultan Ahmad Shah dan Lebuh Light untuk menetap di kawasan Ayer Rajah dan mendirikan rumah di tempat antara Jalan Utama dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Hartanah Orang Eropah di Lebuh Light dan Jalan Sultan Ahmad Shah yang ditinggalkan mereka telah dibeli oleh towkay Cina yang kemudian mendirikan banglo mewah untuk mempamerkan kekayaan yang baharu dikecapi, lengkap dengan nama rumah yang berunsur Eropah. Pada masa itu, hartanah sepanjang Jalan Sultan Ahmad Shah adalah yang paling diidami mereka yang kaya-raya.

Hari ini beberapa banglo dari masa lampau masih berdiri di Jalan Sultan Ahmad Shah, walaupun pemilik asal sudah lama meninggal dan zaman kegemilangan banglo ini pun sudah lama berlalu. Banglo-banglo ini sering dipaksa berubah wajah untuk menampung kehendak masa kini. Ada yang telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan pencakar langit, tetapi yang terselamat diberi nafas baru dalam pelbagai bentuk komersil.

Pergi ke Jalan Sultan Ahmad Shah

Anda boleh menaiki bas Rapid Penang bernombor 103 dan 104 untuk ke Jalan Sultan Ahmad Shah.

Pemandangan di Jalan Sultan Ahmad Shah. (23 February, 2009)


Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau PinangJalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang (2 July, 2014)



Papan sejarah Jalan Sultan Ahmad Shah (3 September 2008)

Senarai Jalanraya di Pulau Pinang and Jalanraya di Malaysia



 Melawat Pulau Pinang? Tempah bilik hotel anda di sini!

Anda boleh mencari dan menempah bilik hotel anda terus dari laman web ini. Klik sini ataupun guna search box di bawah. Anda dapat menapis senarai ini kepada hotel yang diingini, dari hotel 5 bintang kepada homestay dan lain-lain lagi.

 Cari penginapan khusus di Pulau Pinang

 Halaman Terkini | Latest Updates

 Senarai 728 Jalanraya di Pulau Pinang

 Senarai 3445 Tempat di Pulau Pinang





 Penang Video Showcase


 Coming soon: Penang's own water theme park - see video!

 Take a cruise on the SuperStar Libra from Penang's Swettenham Pier!- see video!


Terima kasih atas lawatan anda ke ensiklopedia kembara saya. Sejak saya mula menulisnya pada tahun 2003, ia telah menjadi ensiklopedia karya saya sendiri. Nama saya , juga digelar Tim. Saya penulis laman web sepenuh masa. Saya menulis laman untuk mengumpul segala maklumat yang saya kenali. Untuk mengenali saya dengan lebih dekat, layari ke laman peribadi saya, www.timothytye.com Sejak 2007, saya tidak lagi keluar bekerja agar dapat menumpukan sepenuh masa untuk menulis laman web saya. Saya menerangkan gaya hidup saya dalam laman saya bernama Happy Jobless Guy.

Untuk berhubung dengan saya, sila isikan borang berhubung. Terima kasih, dan jangan lupa ikut saya dekat Facebook!













© 2003-2017 Timothy Tye. Hak Cipta Terpelihara.