Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Bas Perantaraan Percuma CAT (Edisi B. Melayu)

Bas CAT Pulau PinangBas CAT Pulau Pinang (12 Mei, 2018)


English

Bas Perantaraan CAT adalah perkhidmatan bas percuma dengan 13 laluan di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Perkhidmatan ini dilancarkan pada 23 Januari, 2009 dengan satu laluan di bahagian dalaman bandaraya George Town. Pada masa itu, "CAT" membawa maksud "Central Area Transit" (Transit Kawasan Tengah). Pada 2018, perkhidmatan bas percuma ini telah diperkembangkan unuk merangkumi 12 laluan tambahan, dan "CAT" diberi erti baharu iaitu Congestion Alleviation Transport (Pengangkutan Pengelakan Kesesakan).

Khidmat Bas CAT didapati di Air Itam, Balik Pulau, Batu Kawan, Bayan Baru, Bukit Mertajam including Alma, Kepala Batas (Bertam), Nibong Tebal, Pulau Tikus, Seberang Jaya and Tanjong Tokong dan dua laluan di George Town.

Rangkaian Laluan CAT Pulau Pinang

  1. CAT George Town Lingkaran 1 (CT1) adalah bas percuma yang membuat suatu lingkaran di bahagian dalam bandaraya George Town.

  2. CAT Air Itam (CT 1A & 1B) adalah bas percuma di Paya Terubong dan Air Itam. Ia membuat suatu lingkaran, dengan CAT Air Itam A ikut arah jam dan CAT Air Itam B lawan arah jam.

  3. CAT Bukit Mertajam (CT2) adalah bas percuma yang membuat lingkaran bermula dan berakhir di Terminal Bas Bukit Mertajam.

  4. CAT Balik Pulau (CT3) adalah bas percuma yang membuat lingkaran bermula dan berakhir di Terminal Bas Balik Pulau.

  5. CAT Nibong Tebal (CT4) adalah bas percuma yang membuat lingkaran bermula dan berakhir di Hab Bas Nibong Tebal.

  6. CAT Tanjung Tokong (CT5) adalah bas percuma yang melalui jalanan antara Pulau Tikus dengan Tanjung Tokong.

  7. CAT Batu Kawan (CT6) adalah bas percuma adalah bas yang melalui jalanan antara Has Bas Design Village dengan Stesen Tren Simpang Ampang.

  8. CAT George Town Loop 2 (CT7) adalah bas percuma yang membuat lingkaran di bahagian dalaman bandaraya George Town.

  9. CAT Bertam (CT8) adalah bas percuma yang membuat lingkaran di Kepala Batas.

  10. CAT Bayan Baru (CT9) adalah bas percuma yang membuat lingkaran di Bayan Baru township.

  11. CAT Alma (CT10) adalah bas percuma di Alma, Bukit Mertajam.

  12. CAT Sungai Dua-USM (CT11) adalah bas percuma di Sungai Dua.

  13. CAT Seberang Jaya (CT12) adalah bas percuma di Seberang Jaya.

Penang CAT Free Feeder BusPenang CAT Free Feeder Bus have a green livery with the words "I ♥ PENANG" at the front. (12 May, 2018)

Kemas kini Khidmat Bas Percuma CAT

7 Mac, 2018 The Star melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkatkan bilangan bas perantaraan CAT dari 46 kepada 52 (29 di Pulau Pinang dan 23 di Seberang Perai). Laluan baru Alma, Bukit Mertajam diperkenalkan pada 1 April, 2018. Mengikut laporan tersebut, khidmat CAT akan diperkembangkan kepada 6 laluan di Pulau Pinang dan tujuh di Seberang Perai. Laluan tersebut adalah George Town, Tanjong Tokong, Sungai Dua, Bayan Baru, Air Itam dan Balik Pulau routes di Pulau Pinang, manakala Bertam, Bukit Mertajam, Simpang Ampat, Nibong Tebal, Seberang Jaya dan Batu Kawan di Seberang Perai.


Bus Shuttle Percuma CAT (23 Januari, 2009)


City Hop On - Livery of the shuttle bus (23 Januari, 2009)


Petanda Central Area Transit (CAT) (23 Januari, 2009)

Sejarah Perkhidmatan Bas Percuma CAT

Bas CAT adalah inisiatif
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), sewaktu ia digelar Majlis Perbandaran Pulau Pinang, bersama Bas Rapid Penang. Laluan pertama dilancarkan pada 2009 dari Jeti ke Jalan Penang dan kembali.

Laluan asal bas CAT membuat 19 hentian di tempat-tempat menarik. Perkhidmatan ini bermula pada 6:00 am pagi hingga 12:00 am malam. Selain kawasan sekeliling Komtar, khidmat shuttle ini melalui jalan-jalan di bahagian zon teras dan zon penampan Tapak Warisan Dunia George Town.

Pada mulanya, Rapid Penang menyediakan tiga bas berhawa dingin dan dicat rekabentuk CAT. Di depan bas ia petanda "Hop On Free". Di sebelah tepi bas adalah petanda "City Hop On" dan "Central Area Transit". 19 hentian bas didirikan papan tanda. Setiap hentian bas dinomborkan untuk membantu pelawat mengenalpasti lokasi mereka bersama tempat tarikan yang berdekatan.

Pada 2013, suatu khidmat bas percuma Pulau Tikus Loop telah diperkenalkan di Pulau Tikus.

Pada 2018, khidmat bas percuma diperkembangkan dan singkatan CAT diberi pengertian baharu, Congestion Alleviation Transport, dengan 12 laluan dirancangkan. Empat laluan pertama telah dilancarkan pada April 2018 sementara 8 laluan sebakinya dilancarkan pada Julai 2018. Laluan tersebut adalah CAT Batu Kawan (6 Julai), CAT Pulau Tikus/Tanjong Tokong (7 Julai), CAT George Town (10 Julai), CAT Bertam (13 Julai), CAT Bayan Baru (17 Julai), CAT Alma (22 Julai), CAT Sungai Dua/USM (26 Julai) dan CAT Seberang Jaya (31 Julai). Pada setiap bas terdapat perkataan "Penang CAT" dengan rekabentuk berwarna hijau, untuk membezakannya daripada bas awam Rapid Penang.

Rangkaian Bas Rapid Penang

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.