Masjid Ubudiah, Kuala KangsarMasjid Ubudiah, Kuala Kangsar (31 Januari, 2006)


B. Melayu

The Masjid Ubudiah (GPS: 4.7642, 100.9509) adalah sebuah masjid di Kuala Kangsar, Bandar Diraja Perak. Ia sering dianggap sebagai salah satu masjid yang paling indah di Malaysia. Masjid ini terletak di Bukit Chandan berdekatan Sungai Perak.

Saya pernah melawat Masjid Ubudiah beberapa kali. Pada suatu ketika, saya tiba di sana apabila cuaca sungguh cerah, membolehkan saya menangkap gambar masjid ini dengan langit biru.

Perkataan "ubudiah" membawa makna "menyerahkan diri kepada kehendak Allah". Nama ini telah dipilah oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28, apabila baginda bercadang membina masjid ini pada tahun 1911. Apa masa itu, baginda sedang bersemayam di Port Dickson selepas gering. Di sana baginda telah berazam mendirikan sebuah masjid yang indah sebagai tanda kesyukuran selepas jatuh sakit.

Masjid Ubudiah, Kuala KangsarMasjid Ubudiah, Kuala Kangsar (31 Januari, 2006)


Masjid Ubudiah direkabentuk oleh Arthur Benison Hubback, arkitek British yang juga merekabentuk Bangunan Sultan Abdul Samad, Carcosa Seri Negara, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Stesen Keretapi Ipoh. Kebanyakan bangunan yang direkabentuk oleh A.B. Hubback mempunyai rupa kuih lapis, dengan permukaan yang mempunyai warna silih berganti. Satu lagi citi rekabentuknya ialah menara yang dihias dengan kubah. Hubback mendapat inspirasi daripada seni bina Mughal di India yang beliau perkenalkan ke Malaya untuk mewujudkan elemen Islam yang agung kepada seni bina tempatan.

Pembinaan Masjid Ubudiah tergendala beberapa kali atas pelbagai sebab. Jubin marmar yang diimpot dari Itali rosak apabila gajah kepunyaan sultan mengamuk. Namun demikian, masjid ini akhirnya siap dibina pada tahun 1917. Malangnya Sultan Idris sudah mangkat, dan masjidnya dibuka dengan rasmi oleh penggantinya, Sultan Abdul Jalil. Construction of the Masjid Ubudiah stalled several times due to various matters. The original marble tiles imported from Italy for the mosque were damaged when the elephants belonging to the sultan went on a rampage. However, the mosque was finally completed in 1917. Unfortunately by then Sultan Idris had passed on, and so the elegant mosque was opened by his successor Sultan Abdul Jalil.

Masjid Ubudiah, Kuala KangsarMasjid Ubudiah, Kuala Kangsar (31 Januari, 2006)

Cerita Masjid Ubudiah

Pada suatu masa dahulu, di Negara Kesultanan Perak, bersemayam seorang Sultan yang sedang gering. Merasai yang kemangkatan baginda sudah menjelang, Baginda mengambil keputusan untuk membina sebuah masjid yang paling mengkagumkan di segala negeri. Baginda mengupah arkitek yang terbaik untuk merekabentuk masjid tersebut. Ia akan ditapakkan tidak jauh dari istana baginda, di atas sebuah anak bukit berhampiran tebing Sungai Perak. Masjid itu diberi nama Ubudiah, yang bermaksud, "ku serahkan diriku kepada Allah."

Malangnya pemerintah tersebut, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, iaitu Sultan Perak ke-28, tidak berpeluang melihat masjid baginda siap dibina. Baginda telah kembali Rahmatullah pada tahun 1916, setahun sebelum "Taj Mahal di tebing Sungai Perak" siap dibina.

Masjid Ubudiah, Kuala KangsarMasjid Ubudiah, Kuala Kangsar (31 Januari, 2006)


Walaupun belum sembuh dengan sempurna, Baginda kembali ke Perak untuk mengarahkan Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya untuk merekabentuk sebuah masjid yang mewah untuknya. Arkitek yang dipilih untuk projek ini adalah AB Hubback, yang sudah terkenal hasil rekabentuk beliau untuk beberapa bangunan penting termasuk Masjid Jamek Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Lama, Pejabat Keretapi Selangor (kini Muzium Tekstil) dan Kelab Diraja Selangor. Sekiranya anda meneroka Kuala Lumpur dan memeriksa bangunan-bangunan warisan di sana, anda akan dapat membandingkannya dengan Masjid Ubudiah, dan meneliti ciri Mughal dan juga rekabentuk "kuih lapis" yang digemari arkitek ini.

Pembinaan Masjid Ubudiah bermula pada September 1911, tetapi pembinaan sudah tergendala apabila batu marmar yang diimpot dari Itali rosak apabila dua daripada gajah kepunyaan sultan bertarung. Bangunan masjid hanya siap pada tahun 1917 pada kos $189,000. Sayangnya, Sultan Idris tidak berpeluang melihat masjid baginda siap. Baginda mangkat pada tahun sebelumnya.

Masjid Ubudiah, Kuala KangsarMasjid Ubudiah, Kuala Kangsar (8 Ogos, 2004)


Masjid Ubudiah telah diperbesarkan pada tahun 1933, dengan ditambahkan pada kedua-dua belahnya. Bilik kakitangan dan bilik air juga dibina. Dengan kenaikan taraf yang dibuat, masjid ini dapa menampung 2300 orang jemaah pada satu-satu masa.

Baru-baru ini, pada tahun 2002, Sultan Azlan Shah, Sultan Perak ke-34, telah mengarahkan kerajaan negeri untuk menjalankan kerja pemulihan ke atas masjid ini. Pemuliharaan dijalankan dengan berhati-hati agar rekabentuk Mughal (yang sering disalah anggap sebagai Moorish) dikekalkan. Dewan solat telah diubahsuai dan penyaman udara dipasang. Siling dewan solat dibina semula oleh sepasukan tukang bina dari Uzbekistan. Recently, in 2002, His Royal Highness Sultan Azlan Shah, the 34th Ruler of Perak, instructed the state government to embark on a restoration of the mosque. Great care was taken during the restoration to preserve the Mughal (often incorrectly labelled "Moorish") architecture of the structure. Along with the restoration, the prayer hall was completely refurbished, air-conditioning was installed, and its ceiling reconstructed by a team of craftsmen from Uzbekistan. Sebuah perkarangan yang baru dibentangkan, dan kawasan halaman diberi hiasan baru. Seluruh projek itu mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan, dan menelan belanja RM4.8 juga. Ia sempat disiapkan untuk perayaan Hari Keputeraan ke-75 Sultan Azlan Shah pada 19hb April 2003.

Masjid Ubudiah, Kuala KangsarMasjid Ubudiah, Kuala Kangsar (8 Ogos, 2004)

Pandangan 360° Masjid Ubudiah pada Google Maps Street View


Masjid Ubudiah, Kuala KangsarBahagian dalam Masjid Ubudiah (8 Ogos, 2004)


Masjid Ubudiah, Kuala KangsarSiling Masjid Ubudiah (8 Ogos, 2004)


Masjid Ubudiah, Kuala KangsarKandil Masjid Ubudiah (8 Ogos, 2004)


Masjid Ubudiah, Kuala KangsarRekabentuk siling dan kandil Masjid Ubudiah (8 Ogos, 2004)

Masjid Ubudiah adalah dalam peta Kuala Kangsar

Senarai Masjid di Kuala Kangsar, Masjid di Perak dan Masjid di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.