Bangunan Sultan Abdul SamadBangunan Sultan Abdul Samad (7 Julai, 2016)


English

Bangunan Sultan Abdul Samad (GPS: 3.14871, 101.69433) adalah sebuah bangunan bersejarah di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan yang terletak di Jalan Raja ini dianggap kemuncak senibina kolonial di Kuala Lumpur. Keperluan untuk membina sebuah kompleks pentadbiran datangnya atas rayuan orang awam yang terpaksa menaiki Bluff Hill (yang sekarang dikenali sebagai Bukit Aman) setiap kali mereka ingin ke pejabat kerajaan kolonial.

Bangunan Sultan Abdul Samad telah direkabentuk oleh R.A.J. Bidwell, kedua draftsman kerajaan British. Bangunan ini dibina oleh Jabatan Kerja Raya masa itu, di bawah pimpinan jurutera negeri dan pengarahnya, C.E. Spooner.

Bangunan yang tersergam hari ini sebenarnya telah diubahsuai. Rekabentuk asal adalah oleh A.C. Norman, dengan bantuan dari R.A.J. Bidwell, dalam bentuk Classic Renaissance, tetapi ia ditolak oleh Residen Selangor, W.E. Maxwell, kerana terlampau mahal, dan juga oleh Spooner sendiri, yang tidak suka akan rekabentuk yang asal itu.

Spooner pun mengambil langkah untuk merekabentuk sebuah bangunan yang memaparkan ciri-ciri Islam untuk iklim tropika. Beliau membayangkan rekabentuk "Mahometan" [sic] untuk bangunan ini, merujuk kepada rekabentuk Neo-Saracenic yang terdapat pada bangunan India British. Oleh sebab pelan tanah sudah disiapkan oleh A.C. Norman, Spooner terpaksa mengikut sahaja pelan yang sedia ada, tetapi sempat juga mengubahkan rekabentuk yang akhirnya memdapat kelulusan dari pihak pentadbir.

Bangunan Sultan Abdul Samad pada asalnya hanya digelar Pejabat Kerajaan. Pembinaannya bermula pada tahun 1894 dan bangunan itu siap pada tahun 1897. Ia dibina pada keseluruhannya dari batu-bata. Panjangnya 450 kaki (137.2m), dengan anjung utama di bahagian tengah. Anjung ini mempunyai tiga gerbang besar berbentuk ladam kuda. Di bahagian tengah adalah sebuah menara jam dengan ketinggian 135 kaki (41.2m). Ia dibunyikan buat kali pertama sempena perarakan menyambut harijadi Ratu Victoria pada tahun 1897. Menara ini mempunyai sebuah kubah tembaga dan di atasnya pula sebuah "chatri" tembaga. Terdapat tangga bulat pada menara bulat di kedua-dua belah anjung.

CE Spooner perlu dipuji kerana berjaya menyiapkan bangunannya di bawah bajet yang diperuntukkan, iaitu $152,000 Dollar Selat. Ia menjadi pejabat untuk Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Telegraf.

Bangunan Sultan Abdul SamadPandangan waktu malam Bangunan Sultan Abdul Samad (7 Julai, 2016)


Bangunan Sultan Abdul SamadPandangan waktu malam Bangunan Sultan Abdul Samad (7 Julai, 2016)


Bangunan Sultan Abdul SamadBangunan Sultan Abdul Samad (8 Februari, 2006)

Bangunan Sultan Abdul Samad pada Google Maps Street View

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah dalam peta Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur

Senarai Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur dan Bangunan Bersejarah di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.