Masjid Jamek Kuala LumpurMasjid Jamek Kuala Lumpur (8 Februari, 2006)


English

Masjid Jamek Kuala Lumpur (GPS: 3.14893, 101.69572) adalah masjid yang paling tua di Kuala Lumpur (walaupun, kalau dibandingkan masjid-masjid lain di Malaysia, masih agak muda). Ia terletak di sepanjang Jalan Tun Perak pada kuala bersejarah antara Sungai Gombak dengan Sungai Klang. Masjid itu sukar ditangkap kerana ia dikelilingi pokok kelapa.

Masjid Jamek Kuala Lumpur adalah hasil AB Hubback, arkitek yang juga merekabentuk beberapa bangunan bersejarah di Kuala Lumpur dan juga di tempat-tempat lain di Malaysia termasuk Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Pembinaannya hasil sumbangan dari masyarakat Melayu dan juga peruntukan kerajaan. Masjid ini dibina pada tapak tanah perkuburan Melayu yang pertama di Kuala Lumpur.

Sultan Selangor telah membuka Masjid Jamek dengan rasminya pada 23hb Disember 1909. Juga hadir ialah Resident Selangor, HC Belfield, dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain. AB Hubback telah merekabentuk masjid ini dengan mendapat ilham dari senibina masjid Mughal di India utara, sebagai contoh, Jama Masjid di Delhi.

Tiang-tiang masjid dihias dengan kubah. Di atas dewan solat ialah tiga kubah. Kubah dengan berukuran 21m (70 kaki) tinggi. Dewan solat berbuka menghadap ke sebuah perkarangan, atau sahn, yang berdinding. Di sisi terdapat dua menara yang berjalur merah dan putih, setiap satunya mempunyai ketinggian 26.8m (88 kaki). Rekabentuk Masjid Jamek telah diulangi oleh AB Hubback apabila beliau merekabentuk Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.

Masjid Jamek merupakan masjid utama untuk masyarakat Muslim di Kuala Lumpur sehingga tahun 1965, apabila Masjid Negara menggantinya.

Pergi ke Masjid Jamek Kuala Lumpur

Stesen LRT yang terdekat ialah Stesen LRT Masjid Jamek.

Jamek Mosque of Kuala LumpurMasjid Jamek Kuala Lumpur (6 Jun, 2004)


Jamek Mosque of Kuala LumpurMasjid Jamek Kuala Lumpur (6 Jun, 2004)


Jamek Mosque of Kuala LumpurThe domes of the Jamek Mosque (8 Februari, 2006)


Jamek Mosque of Kuala LumpurMasjid Jamek Kuala Lumpur (8 Februari, 2006)


Jamek Mosque of Kuala LumpurKubah Masjid Jamek Kuala Lumpur (8 Februari, 2006)

Masjid Jamek Kuala Lumpur adalah dalam peta Masjid di Kuala Lumpur



12 Tarikan Pelancongan Kuala Lumpur


Maklumat

Senarai Masjid di Kuala Lumpur dan Masjid di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.