Teroka Bersama Timothy Tye
Rumah Penghulu Abu Seman

Rumah Penghulu Abu Seman, Kuala LumpurRumah Penghulu Abu Seman, Kuala Lumpur (8 Julai, 2016)

English

Rumah Penghulu Abu Seman (GPS: 3.15028, 101.71644) adalah sebuah rumah Melayu tradisional yang telah dibaikpulih. Rumah ini pada asalnya telah dibina berperingkat-peringkat, dari 1916 sehingga awal 1930-an. Pada asalnya, rumah ini terletak di Kampung Sungai Kechil, di Daerah Bandar Baharu, Kedah. Ia kepunyaan Abu Seman bin Nayan, penghulu Mukim Bagan Semak. Bahagian ibu rumah dibina pada tahun 1916. Setelah Abu Seman membeli rumah ini pada tahun 1924, beliau telah memindahkan rumah itu ke kampungnya, dan pada tahun 1930-an telah mengubahsuai dan memperbesarkan rumah itu.

Apabila ahli Badan Warisan Malaysia mengetahui akan rumah ini, mereka telah berusaha menyelamatkannya. Antara 1996 dan 1997, rumah ini telah dipindah dan dipasang semula pada perkarangan Badan Warisan Malaysia di Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Ia dibaikpulih seperti sediakala, mengikut rekabentuknya yang asal.

Rumah Penghulu Abu Seman sememangnya sebuah rumah yang sangat indah. Ia agak serupa dengan Rumah Seri Banai dan Rumah Tok Su di Alor Setar. Cucur atap dan kisi-kisi mengandungi ukiran yang cantik mencerminkan bakat pertukangan kayu orang Melayu.

Pada hari ini, pelawat boleh mengikuti lawatan berpandu di Rumah Penghulu Abu Seman. Lawatan ini diberi dengan bayaran berbentuk sumbangan derma yang sekurang-kurangnya RM10 seorang. Ia boleh didapati dari hari Isnin ke hari Sabtu, antara 11:00am pagi hingga 3:00pm petang. Lawatan berpandu tidak dijalankan pada hari Ahad dan cuti am.

Rumah Penghulu Abu Seman, Kuala LumpurRumah Penghulu Abu Seman, Kuala Lumpur (8 Julai, 2016)

Rumah Penghulu Abu Seman, Kuala LumpurRumah Penghulu Abu Seman, Kuala Lumpur (8 Julai, 2016)

Rumah Penghulu Abu Seman, Kuala LumpurRumah Penghulu Abu Seman, Kuala Lumpur (8 Julai, 2016)

Rumah Penghulu Abu Seman, Kuala LumpurRumah Penghulu Abu Seman, Kuala Lumpur (8 Julai, 2016)

Rumah Penghulu Abu Seman, Kuala LumpurTraditional Perahu at Rumah Penghulu Abu Seman, Kuala Lumpur (8 Julai, 2016)

Pandangan 360° Rumah Penghulu Abu Seman pada Google Maps Street View

Rumah Penghulu Abu Seman

Rumah Penghulu Abu Seman adalah dalam peta Jalan Stonor, Kuala Lumpur

12 Tarikan Pelancongan Kuala Lumpur

Maklumat

Senarai Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur dan Bangunan Bersejarah di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.