Masjid Negara, Kuala LumpurMasjid Negara, Kuala Lumpur (15 November, 2009)


English

Masjid Negara (GPS: 3.14181, 101.6918) adalah masjid yang utama untuk Malaysia. Ia telah dibina pada tahun 1963 dan dibuka secara rasmi pada 27hb Ogos, 1965. Masjid Negara dibina daripada konkrit bertetulang. Ia adalah simbol aspirasi negara yang baru merdeka. Masjid ini adalah suatu kontras kepada Masjid Jamek, yang sebelum itu merupakan masjid utama untuk Kuala Lumpur.

Masjid Negara terletak di atas sekeping tanah berkeluasan 13 ekar di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Rekabentuknya adalah hasil arkitek dari Jabatan Kerja Raya, termasuk arkitek berbangsa British Howard Ashley, bersama rakan-rakan tempatan Hisham Albakri dan Dato Baharuddin Kassim. Dewan sembayang Masjid Negara mempunyai keluasan 22,500 kaki persegi dan dapat menampung 15,000 orang jemaah.

Sebelum Masjid Negara dibina, terdapat sebuah gereja di tapaknya. Gereja Dewan Injil Jalan Venning telah diberi tapak baru di Jalan Imbi dan hari ini dikenali sebagai Jalan Imbi Chapel.

Ciri utama Masjid Negara adalah bumbung berbentuk bintang 18 bucu yang nampaknya seperti payung yang terbuka. Menara masjid yang setinggi 73 meter (245 kaki) pula berbentuk payung terkuncup. Rekabentuk Masjid Negara adalah suatu interpretasi moden kepada kesenian Islam untuk kaligrafi dan hiasan. Perkarangan Masjid Negara diserikan dengan kolam dan air pancut.

Apabila Masjid Negara diubahsuai pada tahun 1987, bumbung konkritnya telah disalut dengan jubin hijau dan biru. Sebatang lorong bawah tanah dibina untuk menghubungkan masjid kepada Stesen Keretapi Kuala Lumpur di sepanjang Jalan Sultan Hishamuddin.

Juga terletak di halaman Masjid Negara ialah Makam Pahlawan.

Masjid Negara, Kuala LumpurMasjid Negara, Kuala Lumpur (15 November, 2009)


Masjid NegaraMasjid Negara (8 Februari, 2006)


Masjid Negara, Kuala LumpurMasjid Negara, Kuala Lumpur (8 Februari, 2006)


National Mosque of MalaysiaPerkarangan Masjid Negara (11 Julai, 2016)

Bagaimana pergi ke Masjid Negara

Masjid Negara berada di Jalan Perdana, di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Stesen LRT yang terdekat ialah Stesen Keretapi Kuala Lumpur, yang terletak di sebelah masjid. Anda juga boleh menaiki tren KTM Komuter ke Kuala Lumpur Railway Station. Selain itu, terminal bas RapidKL juga di tepi Stesen LRT Pasar Seni yang berdekatan, dan mendapat bas RapidKL U63, U64, U65, U66(W), U66, U67 dan U69. Tambahan pula, bas percuma GoKL juga berhenti di Masjid Negara.

Masjid Negara adalah dalam peta Masjid-masjid Kuala Lumpur

Mengenang Ulangtahun Masjid Negara yang ke-50

Pada 27hb Ogos, 2015, sempena mengenang ulangtahun pembukaan Masjid Negara yang ke-50, Pos Malaysia telah mengeluarkan satu set setem kenang-kenangan. Pada masa yang sama, Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan duit syiling kenangan. Setem yang dikeluarkan berharga 70 sen, 80 sen dan RM 1.00, dengan folder kosong berharga RM6.35. Terdapat logo untuk Sambutan Ulangtahun Ke-50 pada penjuru kiri atas setam RM 1.00 Masjid Negara. Saya amat bangga kerana gambar foto yang saya tangkap telah dipilih untuk setem RM1. Sebenarnya gambar foto itu menunjukkan replika Masjid Negara yang ada di Taman Tamadun Islam, di Kuala Terengganu.

the Masjid Negara replica at Taman Tamadun Islam, Kuala TerengganuReplika Masjid Negara di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu (19 February, 2011)


Awal-awal pagi, saya dan isteri saya telah tiba di Pejabat Pos Besar, kira-kira pukul 8:20am pagi. Sebelum pintu dibuka, sudahpun ada peminat setem yang berbaris di luar. Apabila saya menghampiri barisan, saya ternampak beberapa orang rakan yang memanggil saya. Saya berasa terharu yang mereka berbaris untuk membeli setam "saya".

Sebaik sahaja pintu pejabat pos dibuka, barisan peminat dengan teraturnya pun masuk untuk ke kaunter membeli setem. Tiada sesiapa yang berpusu-pusu. Setiap seorang mengekalkan kedudukan masing-masing, termasuk mereka yang terpaksa meninggalkan barisan dapat kembali kepada kedudukan asal.

Saya amat berbangga apabila ada antara rakan yang meminta agak saya menandatangani Sampul Surat Hari Pertama mereka. Ini adalah suatu detik istimewa buat saya, dan saya harap setem yang menggunakan gambar foto kepunyaan saya akan menjadi barang kenangan untuk masa akan datang.

Setam Kenangan Masjid Negara yang menggunakan gambar foto kepunyaan sayaSetam Kenangan Masjid Negara yang menggunakan gambar foto kepunyaan saya (27 August, 2015)


Sampul Surat Hari Pertama Masjid-Masjid MalaysiaSampul Surat Hari Pertama Masjid-Masjid Malaysia (27 August, 2015)


12 Tarikan Pelancongan Kuala Lumpur


Maklumat

Senarai Masjid di Kuala Lumpur and Masjid di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.