Discover with Timothy
21st Anniversary as Content CreatorKuala Terengganu كوالا ترڠڬانو‎

Petua Melawat Kuala TerengganuPetua Melawat Kuala Terengganu (19 February, 2011)


English

Petua Melawat Kuala Terengganu memberi anda maklumat berguna untuk merancang lawatan ke Kuala Terengganu.

Kuala Terengganu (Jawi: كوالا ترڠڬانو‎; GPS: 5.331310, 103.132428) ialah ibu negeri dan bandar terbesar di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini terletak di muara Sungai Terengganu, pada bahagian tanjung yang menghala ke Laut China Selatan.

Lokasi tempat di Kuala Terengganu

Tempat-tempat di Kuala Terengganu

  1. Bukit Puteri (GPS: 5.33633, 103.137)

  2. Chinatown (GPS: 5.33302, 103.13271)

Tempat menarik di Kuala Terengganu

  1. Dataran Shahbandar (GPS: 5.33826, 103.13928)

  2. Istana Maziah (GPS: 5.33585, 103.13738)

  3. Jambatan Bulan Sabit (GPS: 5.33601, 103.13454)

  4. Kompleks Noor Arfa Craft (GPS: 5.27634, 103.16763)

  5. Persisiran Kuala Terengganu (GPS: 5.33519, 103.13329)

  6. Taman Tamadun Islam (GPS: 5.32267, 103.1131)

Categories of Sights in Kuala Terengganu

Homestay di Kuala Terengganu

  1. Homestay Teluk Ketapang (GPS: 5.37281, 103.11453)

Kemudahan awam Kuala Terengganu

  1. Jambatan Sultan Mahmud (GPS: 5.33215, 103.11857)

  2. Lapangan Terbang Kuala Terengganu (GPS: 5.37916, 103.10541)

  3. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (GPS: 5.36979, 103.10556)

  4. Stadium Tertutup Terengganu (GPS: 5.3346, 103.13788)

  5. Terminal Bas Bandar

Tempat-tempat di Taman Tamadun Islam

Kuala Terengganu pada Google Maps Street View

Pasar Payang di Kuala Terengganu.

Mengenai Kuala Terengganu

Kuala Terengganu adalah contoh baik sebuah bandar di Pantai Timur di mana kebanyakan penduduknya berbangsa Melayu. Di sini anda dapat mengalami suasana perkampungan Melayu dan melihat tradisi dan kraf seperti pembinaan boat tradisional. Di Muzium Negeri Terengganu, yang terletak di bandaraya ini, anda berpeluang melihat budaya, warisan dan hasil keluaran negeri ini.

Kuala Terengganu adalah sebuah bandaraya dengan jumlah penduduk 400,000 orang (anggaran 2011). Ia diasaskan oleh saudagar Cina yang menetap di kawasan yang hari ini digelar Kampung Cina, di mana terdapatnya antara jalanraya yang paling tua di bandaraya ini. Kebanyakan penduduk Kuala Terengganu adalah berbangsa Melayu, yang merupakan 90% daripada penduduknya. Kuala Terengganu bermula seawal abad ke-15, dan setanding Melaka sebagai antara penempatan yang tertua di Semenanjung.

Dalam dekad baru-baru ini, Kuala Terengganu mula meletakkan diri sebagai destinasi pelancongan tempatan mahupun asing. Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah pembinaan muzium terbesar di Malaysia. Bandaraya ini mempunyai kawasan persisiran yang luas di pinggir Sungai Terengganu.

Antara tarikan pelancong yang paling besar di Kuala Terengganu ialah Taman Tamadun Islam, yang mempamerkan replika 22 monumen Islam dari beberapa negara di dunia. Monument yang dipamerkan termasuk masjid, makam dan kubu pertahanan. Juga terletak di Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, satu-satunya mercu tanda bandaraya Kuala Terengganu.

Pada peringkat antarabangsa pula, Kuala Terengganu telah menjadi destinasi regata bertaraf dunia dengan mengadakan acara pelayaran Piala Monsun. Acara tahunan ini dilancar pada tahun 2005 dan sekali gus mengakis stigma yang dikaitkan kepada perkataan monsun.

Terdapat beberapa pulau kecil di muara Sungai Terengganu. Yang paling besar dan mustahak ialah Pulau Duyung, sebuah pulau yang menjadi tempat tinggal para pembuat bot. Pulau ini mendapat perhatian dunia sebagai tempat diadakan Piala Monsun.

Kuala TerengganuKuala Terengganu (19 Februari, 2011)


Dataran Shahbandar, Kuala TerengganuDataran Shahbandar, Kuala Terengganu (19 Februari, 2011)


Low Tiey's Well, Kuala TerengganuLow Tiey's Well, Kuala Terengganu (31 Disember, 2006)


Kuala TerengganuKuala Terengganu, as seen from Bukit Puteri (20 Februari, 2011)


The Crystal Mosque at Taman Tamadun IslamThe Crystal Mosque at Taman Tamadun Islam (19 Februari, 2011)


Masjid Hiliran Kuala TerengganuMasjid Hiliran Kuala Terengganu (31 Disember, 2006)


Kuala Terengganu's Chinatown at nightKuala Terengganu's Chinatown at night (18 Februari, 2011)

Pergi ke Kuala Terengganu

Dari Udara
Lapangan Terbang Sultan Mahmud ialah sebuah lapangan terbang kecil di sebelah utara Kuala Terengganu. Ia menerima penerbangan dari Kuala Lumpur oleh Penerbangan Malaysia dan AirAsia. Firefly juga menawarkan penerbangan tiga kali seminggu dari Singapura.

Dari Dara
Laluan Persekutuan 3 menghubungkan Kuala Terengganu dengan Kota Bharu di sebelah utara, dan dengan Kuantan di sebelah selatan. Dari Kuala Lumpur, guna Lebuhraya Karak (E8) sehingga Kuantan, dan kemudian guna Laluan Persekutuan 3 menghala utara hingga sampai di Kuala Terengganu.

Timothy Tye di Pantai Teluk Ketapang, Kuala TerengganuSaya di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu (19 February, 2011)

Meneroka Kuala Terengganu

Kawasan pusat bandaraya cukup kecil untuk diterokai dengan berjalan kaki. Untuk tempat yang lebih jauh, anda disyorkan memandu kereta sendiri ataupun menyewa kereta. Perkhidmatan bas tempatan menawarkan tiga laluan. Satu daripadanya dapat membawa anda ke Taman Tamadun Islam. Terminal Bas berada di Dataran Shahbandar di persisiran pantai.

Tokong Ho Ann Keng, Kuala TerengganuTokong Ho Ann Keng, Kuala Terengganu (31 Disember, 2006)

Senarai Bandar di Terengganu dan Ibu Negeri di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.