Discover with Timothy
21st Anniversary as Content CreatorTaman Botani Perdana, Kuala Lumpur

Taman Botani PerdanaTaman Botani Perdana (26 September, 2004)


English

Taman Botani Perdana (GPS: 3.1446, 101.68347) adalah sebuah taman awam yang besar di Kuala Lumpur. Taman ini pada dahulunya digelar Lake Gardens atau Taman Tasik Perdana. Ia ditukar nama kepada Taman Botani Perdana oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak pada 28hb Jun, 2011, dalam usaha untuk mengubah wajah taman ini kepada sebuah taman botani. Taman Botani Perdana merangkumi kawasan 226 ekar (91.6 hektar). Ia diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan merupakan sebahagian daripada Taman Warisan Tun Abdul Razak.

Dahulunya Taman Botani Perdana direkabentuk sebagai taman rekreasi. Kemudiannya ia telah ditanam dengan pelbagai jenis pokok, dan diubah peranannya menjadi taman botani. Di taman ini, para pelawat dapat menikmati suasana hutan belantara walaupun berada di pusat bandaraya.

Peta Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur

Tempat-tempat di Taman Botani Perdana

1. Wetland & Taman Akuatik (GPS: 3.14712, 101.68496)
2. Panggung Anniversari (GPS: 3.14714, 101.68567)
3. Koleksi Pokok Hiasan (GPS: 3.14649, 101.68501)
4. Taman Bunga Raya (GPS: 3.14588, 101.68661)
5. Taman Orkid (GPS: 3.14397, 101.6876)
6. Taman Rusa (GPS: 3.14391, 101.68634)
7. Taman Oasis (GPS: 3.14515, 101.68402)
8. Taman Permainan Kanak-Kanak Lat (GPS: 3.14543, 101.68351)
9. Koleksi Palma (GPS: 3.14491, 101.68276)
10. Edible Garden (GPS: 3.14332, 101.6843)
11. Pulau Angsa (GPS: 3.14164, 101.68505)
12. Kelab Tasik Diraja (GPS: 3.14693, 101.6834)
13. Taman Permainan Kanak-kanak (GPS: 3.14686, 101.68151)
14. Taman Burung Kuala Lumpur (GPS: 3.14361, 101.68876)
15. Memorial Tun Abdul Razak (GPS: 3.14182, 101.68716)

Jalanraya di Taman Botani Perdana

  1. Jalan Cenderamulia

  2. Jalan Cenderasari

  3. Jalan Cenderawasih

  4. Jalan Kebun Bunga

  5. Jalan Lembah

  6. Jalan Parlimen

  7. Jalan Perdana

  8. Jalan Tanglin

  9. Jalan Tembusu

  10. Pesiaran Sultan Salahuddin

Taman Tasik Kuala Lumpur mula-mula diasaskan pada tahun 1888. Ia hasil cadangan The Kuala Lumpur Lake Gardens date back to 1888, when the Bendahari Negeri Selangor, Alfred Venning, yang mencadangkan yang sebuah taman botani diasaskan di kawasan tadahan Sungei Bras Bras. Cadangan ini telah mendapat sokongan dari Residen British Frank Swettenham, dan peruntukan pun dialihkan untuk tujuan ini.

Tujuan taman cadangan Venning adalah serupa dengan pembentukan Taman Botani Singapura dan Taman Botani Pulau Pinang, iaitu sebuah taman rekreasi yang juga dapat memainkan peranan untuk menyelidiki tumbuhan tropika untuk potensi ekonomi.

Pada 13hb Mei, 1889, taman yang dicadangkan itu pun dibuka. Pada mulanya, ia dipanggil Public Gardens (Taman Awam) sebelum ditukar namanya kepada Lake Gardens (Taman Tasik). Pembukaan taman itu telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith. Pada masa itu, kediaman rasmi Residen British juga berada di dalam taman ini. Bangunan itu hari ini dikenali sebagai Carcosa Seri Negara. Setahun setelah taman ini diasaskan, Venning telah menubuhkan sebuah kelab sosial bernama Lake Club, dan menempatkannya dalam taman ini. Pada masa itu, Lake Club hanya dibuka kepada Orang Eropah sahaja.

Dalam tahun-tahun kemudian, bangunan-bangunan lain juga ditambah ke kawasan Taman Tasik, antara yang paling mustahak merupakan Bangunan Parlimen, pada tahun 1963.

Taman Botani PerdanaTaman Botani Perdana (26 September, 2004)


Taman Botani PerdanaTaman Botani Perdana (26 September, 2004)


Taman Botani PerdanaTaman permainan kanak-kanak di Taman Botani Perdana (26 September, 2004)


Taman Orkid Kuala LumpurTaman Orkid Kuala Lumpur (8 July, 2016)

Pandangan 360° Taman Botani Perdana pada Google Maps Street View

Taman Botani Perdana

Melawat Taman Botani Perdana

Taman Botani Perdana dibuka kepada orang awam setiap hari dari 7:00am hingga 8:00pm. Masuk adalah percuma.

12 Tarikan Pelancongan Kuala Lumpur


Maklumat

Senarai Taman di Kuala Lumpur and Taman di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.