Teroka Bangkok bersama Timothy TyeTeroka Bangkok bersama Timothy Tye (28 Oktober, 2006)


English

Bangkok กรุงเทพ adalah ibu kota dan bandaraya terbesar di Thailand. Ia merupakan antara destinasi pelancongan yang paling mengasyikkan di Asia, dengan pelbagai tarikan pelancong di dalam dan juga di sekitarnya. Bandaraya Bangkok kaya dengan kebudayaan dan sejarah. Senibina bangunan di Bangkok memaparkan gabungan yang lama dengan yang paling moden. Menjadi kebiasaan untuk melihat bangunan usang berdiri di sisi bangunan pencakar langit yang moden ataupunb di sisi wat, iaitu kuil Buddha Thai.

Terdapat banyak kuil Buddha di Bangkok, dan bagi kebanyakan pelancong asing, nampaknya setiap satu agak serupa. Selain kuil, terdapat juga masjid, gereja dan tokong Cina. Antara kuil yang termasyhur di Bangkok termasuk Kuil Buddha Zamrud, Kuil Buddha Terbaring dan Kuil Senja.

Bangkok adalah satu-satunya destinasi yang tidak asing kepada pelancong dari Malaysia. Bagi umat Islam, petua Teroka Bangkok memberikan anda senarai masjid untuk bersolat dan restoran halal untuk menjamu selera.

Nak melawat Bangkok?

Sekiranya anda tengah membuat persiapan untuk melawat Bangkok, bandingkan harga bilik hotel di Bangkok menggunakan injin carian kami.

Peta Masjid dan Restoran Halal di Bangkok

Senarai Masjid di Bangkok

  1. Madina Faizane Bangkok (GPS: 13.72748, 100.51832)

  2. Masjid Bang Luang (GPS: 13.73804, 100.48935)

  3. Masjid Bangkok (GPS: 13.72722, 100.51944)

  4. Masjid Chak Phong (GPS: 13.76183, 100.49692)

  5. Masjid Da Run Fa La (GPS: 13.75141, 100.52715)

  6. Masjid Darul Aman (GPS: 13.75429, 100.53005)

  7. Masjid Indonesia (GPS: 13.73365, 100.5492)

  8. Masjid Jawa (GPS: 13.71585, 100.52215)

  9. Masjid Niamatul Islam (GPS: 13.75204, 100.54824)

  10. Masjid Persahabatan Thai-Pakistan (GPS: 13.72984, 100.51861)

  11. Masjid Soi Sukhumvit (GPS: 13.74296, 100.55408)

  12. Masjid Suwannaphum (GPS: 13.72491, 100.51097)

  13. Masjid Tonson (GPS: 13.74004, 100.48866)

  14. Masjid Ya Mi Un Islam (GPS: 13.71577, 100.5968)

  15. Masjid Zhohirul Islam (GPS: 13.73559, 100.58328)

Senarai Restoran Halal di Bangkok

  1. Restoran Al Hussain (GPS: 13.74257, 100.55352)

  2. Restoran dan Hotel Pakistani Al-Sana (GPS: 13.75447, 100.53994)

  3. Restoran Halal Jepun Aya (GPS: 13.74357, 100.52499)

  4. Restoran Halal Phayathai Kitchen (GPS: 13.7556, 100.52994)

  5. Restoran Halal Yana (GPS: 13.74441, 100.52988)

  6. Restoran Muslim Usman Thai (GPS: 13.72987, 100.56537)

  7. Restoran Shahrazad (GPS: 13.74287, 100.5536)

Peta tempat-tempat utama di Bangkok

Kategori tempat di Bangkok (Inggeris)

Pengangkutan di Bangkok

Kawasan-kawasan di Bangkok


Wat Benchamabophit, BangkokWat Benchamabophit, Bangkok (27 October, 2006)

Mengenali Bangkok

Bangkok adalah satu-satunya destinasi membeli-belah yang unggul di Asia Tenggara. Untuk barangan berjenama, tempat yang perlu dikunjungi adalah Pathum Wan, di tengah bandaraya Bangkok. Di sini terdapat banyak pusat membeli-belah yang besar, seperti Siam Paragon dan CentralWorld Plaza. Barangan yang lebih murah boleh didapati di Pasar Minggu Chatuchak, satu-satunya pasar terbuka yang paling besar di dunia.

Sejarah ringkas Bangkok

Pada asalnya, Bangkok diasaskan di sebelah barat Sungai Chao Phraya. Nama Bangkok, yang bermaksud "kampung pokok plum liar" merupakan nama suatu kawasan di Thonburi. Di situlah bermulanya bandaraya Bangkok.

Pada tahun 1782, King Rama I telah mengalihkan ibu kotanya ke seberang sungai, ke kawasan Rattanakosin. Pada masa itu, name "Bangkok" sudahpun dikenali kebanyakan saudagar asing yang berkunjung ke kota itu. Atas sebab itu, nama Bangkok dikekalkan sebagan nama rasmi bandaraya itu dalam Bahasa Inggeris.

Sebaliknya orang Thailand memanggil ibu negara mereka sebagai Krung Thep Maha Nakhon (yang ditulis กรุงเทพมหานคร dan disebut . Pada lazimnya, mereka hanya menyebut secara singkat "Krung Thep" (กรุงเทพ ), namun nama rasminya jauh lebih panjang, iaitu Krungthepmahanakhon Amonrattanakosin Mahintharayutthaya Mahadilokphop Noppharatratchathaniburirom Udomratchaniwetmahasathan Amonphimanawatansathit Sakkathattiyawitsanukamprasit, dan ditulis dalam Bahasa Thai sebagai กรุงเทพมหานคร อมรรัตนโกสินทร์ มหินทรายุธยา มหาดิลกภพ นพรัตนราชธานีบูรีรมย์ อุดมราชนิเวศน์มหาสถาน อมรพิมานอวตารสถิต สักกะทัตติยวิษณุกรรมประสิทธิ์, dan disebut . Nama yang panjang ini, diterjemahkan dalam Bahasa Melayu sebagai Kota Malaikat, Kota Besar Abadi, Kota Besar Sembilan Permata, Singgahsana Raja, Kota Istana Diraja, Tempat Penginapan Dewa, Didirikan oldh Visvakarman atas kehendak Indra. Tu dia.

Pada hari ini, penduduk Bangkok dan kawasan metropolitannya telah menjangkau 15 juta orang. Ia merupakan bandaraya yang jauh paling besar di Thailand. Kawasan bandaraya merangkumi kedua-dua belah Sungai Chao Phraya. Bandaraya ini telah berkembang dalam keadaan sembarangan, mengakibatkan berlakunya kesesakan jalanraya yang teruk. Pembinaan lebuhraya bertingkat telah mengurangkan kesesakan yang sering berlau, walaupun tidak langsung menggelakkannya. Seringkali, sebaik sahaja anda meninggalkan lebuhraya bertingkat, anda berhadapan dengan kesesakan.

Selain lebuhraya bertingkat, Bangkok juga mempunyai rangkaian keretapi transit deras. Rangkaian ini termasuk keretapi jejambat, bernama BTS Skytrain, dan keretapi bawah tanah, yang digelar Metropolitan Rapid Transit ataupun MRT. BTS Skytrain memulakan perkhidmatannya pada 5 Disember, 1999, pada asalnya dengan 22 stesen. MRT pula mula beroperasi pada 13 April, 2004, pada rangkaian Hua Lamphong ke Bang Sue, suatu perjalanan 20 km dengan 18 stesen. Kedua-dua sistem ini melintas di Silom/Saladaeng, Sukhumvit/Asok dan Chatuchak/Mo Chit.

Astaka di Muzium Nasional BangkokAstaka di Muzium Nasional Bangkok (28 October, 2006)

Mendarat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi



Lapangan Terbang Suvarnabhumi merupakan gerbang masuk yang utama buat Bangkok dan Thailand. Lapangan terbang serba moden ini terletak 30 km ke sebelah timur bandaraya. Lapangan terbang ini menerima penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur dan Singapore Airlines dari Singapura.

Di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, terdapat khidmat teksi, limousin, tren dan bas awam. Terdapat juga kiosk kereta sewa.

Tren
Tren laju dari Bangkok Airport Rail Link merangkaikan lapangan terbang dengan Makkasan dan Stesen Phaya Thai. Tren ini beroperasi dari 6:00 am pagi hingga 12:00am tengah malam dengan kekerapan 1 tren setiap 10 minit pada waktu sibuk dan setiap 15 minit di luar waktu sibuk. Tambangnya (Oct 2018) adalah 35 baht ke Stesen Makkasan dan 45 baht ke Stesen Phaya Thai.

Teksi
Kaunter teksi berada di Tingkat 1 (tingkat bawah), dekat Pintu 3, 4, 7 dan 8. Untuk menaiki teksi, dapatkan tiket dari mesin. Kemudian ikut nombor pada tiket ke lorong yang disediakan. Tambang teksi adalah bergantung kepada meter, dengan tambahan caj 50 baht dan bayaran lebuhraya.

Limousin
Khidmat Bangkok Airport Limousin ada di Tingkat 2 lapangan terbang.

Bas Awam
Lapangan Terbang Suvarnabhumi menerima khidmat bas awam 24 jam sehari. Tambang bas ditetapkan pada 35 baht. Bas 549 ke Minburi, bas 550 ke Happy Land, bas 551 ke Victory Monument, bas 552 ke Stesen BTS On Nut, bas 553 ke Samut Prakan, bas 554 ke Lapangan Terbang Don Mueang, bas 555 ke Rangsit, bas 556 ke Terminal Bas Selatan, bas 557 ke Wongwien Yai, bas 558 ke Central Rama 2 dan bas 559 ke Future Park Rangsit. Selain itu, terdapat juga bas 389 ke Pattaya, bas 390 ke Talad Rong Kluea dan bas 825 ke Nong Khai.

Mendarat di Lapangan Terbang Don Mueang

Penerbangan AirAsia Group mempunyai khidmat dari Pulau Pinang, Kota Kinabalu, KLIA dan Johor Bahru.

Terdapat teksi bermeter dari Lapangan Terbang Don Mueang. Tambang berdasarkan meter dengan caj tambahan 50 baht. Untuk destinasi di luar kawasan bandaraya Bangkok, tambangnya harga tetap tanpa caj tambahan. Kekalkan resit sekiranya terdapat sebarang aduan.

Pengangkutan awam di Bangkok

Terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam di Bangkok termasuk teksi, tuk-tuk, BTS Skytrain, MRT dan Bot Ekspres Chao Phraya.

Menaiki Teksi di Bangkok

Teksi merupakan cara yang paling selesa untuk bergerak di Bangkok. Kesemua teksi menggunakan meter, tetapi anda perlu memastikan yang drebar ingat memasang meter perjalanan. Teksi paling berguna apabila jalanraya tidak sesak, ataupun tempat yang ditujui tidak dilalui Skytrain atau MRT. Sebaliknya, apabila berlalu kesesakan lalu lintas, perjalanan dengan teksi terlampau perlahan.

Menaiki Tuk-Tuk di Bangkok

Pada pendapat saya, tambang tuk-tuk tidak jauh daripada tambang teksi. Dengan tuk-tuk, anda perlu tawar menawar sebab tambangnya ditetapkan sebelum perjalanan. Oleh sebab teksi lebih selesa, saya lebih suka menaiki teksi daripada tuk-tuk.

Menaiki BTS Skytrain

Skytrain ialah tren aliran ringan bertingkat. Tambangnya boleh dibayar untuk tiket satu perjalanan ataupun menggunakan kad pintar Rabbit Card, yang juga diterima oleh beberapa restaurant. Terdapat dua talian iaitu Talian Sukhumvit dan Talian Silom. Stesen pertukaran adalah di Siam Square.

Menaiki MRT

MRt, atau Metropolitan Rapid Transit, merupakan tren bawah tanah di Bangkok. Buat masa sekarang (Okt 2018), terdapat dua talian iaitu Talian Biru antara Hua Lamphong dengan Bang Sue (bermula 2004) dan Talian Ungu antara Tao Poon dengan Nonthaburi telah beroperasi sejak Ogos 2016.

Tambang dibayar menggunakan token untuk satu perjalanan dan kad MRT Plus yang boleh ditambah nilai.

Menaiki Bot Ekspres Chao Phraya

Bot Ekspres Chao Phraya menyediakan perkhidmatan bot sepanjang Sungai Chao Phraya. Terdapat tiga talian bot, dilambangan dengan bot tanpa bendera, atau berbendera jingga, hijau dan kuning pada bot. Tambang adalah dari 10 baht hingga 32 baht. Bayar kepada pengutip tambang di dermaga.

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.