Kuah, LangkawiKuah, Langkawi (19 February, 2017)


English

Kuah (GPS: 6.32967, 99.84023) adalah bandar utama di Langkawi. Ia juga merupakan pusat pentadbiran untuk Daerah Pulau Langkawi, Kedah. Bandar ini terletak di sebelah tenggara Pulau Langkawi.

Sehingga ke tahun 1950-an, Kuah masih lagi sekelompok rumah kampung, tidak jauh bezanya daripada pekan-pekan dan kampung yang terdapat di tempat-tempat lain di Langkawi. Hanya lah sejak awal 1980-an barulah Kuah mengalami pembangunan yang semakin pesat, dengan terbinanya bangunan-bangunan baru dan rumah-rumah kedai.

Lokasi tempat di Kuah dalam peta

Tempat-tempat menarik di Kuah

  1. Adya Hotel Langkawi (GPS: 6.32672, 99.83985)

  2. Bangunan Tabung Haji (GPS: 6.32716, 99.84075)

  3. Dataran Lang (GPS: 6.3084, 99.85195)

  4. Jetty Point (GPS: 6.30636, 99.85189)

  5. Kompleks LADA (GPS: 6.31125, 99.85598)

  6. Kompleks Pekan Rabu (GPS: 6.3168, 99.85117)

  7. Langkawi Fair Shopping Mall (GPS: 6.31015, 99.85661)

  8. Langkawi Parade (GPS: 6.32732, 99.83823)

  9. Masjid Al-Hana (GPS: 6.31652, 99.85277)

  10. Pasar Awam Kuah (GPS: 6.33118, 99.82559)

  11. Taman CHOGM (GPS: 6.3151, 99.85249)

  12. Taman Legenda (GPS: 6.30885, 99.85459)

  13. Terminal Feri Penumpang Kuah (GPS: 6.30611, 99.85045)

Jalanraya di Kuah


Pada banci tahun 2000, jumlah penduduk untuk Mukim Kuah telah mencecak 26,000, menjadikannya mukim yang paling tinggi bilangan penduduknya di Langkawi, diikuti dengan Ulu Melaka. Kebanyakan perniagaan di Kuah dikelolakan oleh peniaga masyarakat Cina yang berpindah dari tanah besar Kedah dan Pulau Pinang. Sehingga hari ini, masih belum terdapat pusat membeli-belah yang setanding dengan yang terdapat di Alor Setar dan Pulau Pinang. Antara yang lebih besar termasuk Langkawi Fair Shopping Mall.

Hanya terdapat beberapa jalanraya Kuah. Persiaran Putera adalah jalanraya persisiran pantai yang utama. Kebanyakan jabatan kerajaan mempunyai cawangan tempatan di sepanjang jalan ini ataupun berdekatan dengannya, termasuk Badan Pencegah Rasuah Langkawi, Kompleks Lada, Jabatan Pembangunan Koperasi, Mahkamah Rendah Syariah Langkawi, Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi, Perpustakaan Awam Langkawi, Balai Polis Cawangan Trafik Langkawi, dan Balai Bomba & Penyelamat Langkawi.

Kebanyakan tarikan pelancongan yang ada di Kuah juga dapat dilihat dari sepanjang Persiaran Putra. Ini termasuk Datang Lang dan Taman Lagenda, dua daripada tarikan termashyur bandar ini.

Dataran Lang, Kuah, LangkawiDataran Lang, Kuah, Langkawi (6 June, 2005)


Persiaran Putra bermula dari Terminal Jeti Penumpang Kuah dan berakhir di sebelah barat, di mana yang bertukar nama kepada Jalan Padang Matsirat, yakni selepas persimpangan Jalan Air Hangat. Jalan Air Hangat adalah satu lagi jalanraya utama di Kuah dan juga di Langkawi. Jalan ini menghala ke utara, menuju ke kampung Air Hangat di pantai utara. Tiga jalan yang bercabang dengan Persiaran Putra hanya diberi nama Lencongan Putra 1, 2 dan 3, mencerminkan betapa lekas Kuah dibangunkan.

Bandar Kuah tidak mempunyai sejarah yang panjang. Sehingga ke pertengahan abad ke-20, ia masih kampung. Bangunan komersil yang terawal pun hanya dibina pada lewan 1970-an. Pada masa Kuah dipilih sebagai pusat pentadbiran Langkawi, pekan-pekan lain seperti Padang Mat Sirat dan Ulu Melaka mempunyai penduduk yang lebih ramai dan juga lebih tua daripadanya. Namun Kuah dipilih atas sebab ia pekan yang paling dekat dengan bandar Kuala Kedah di tanah besar.

Nama bandar Kuah berasal dari lagenda dua raksasa yang bernama Mat Cincang dan Mat Raya, yang hari ini diwakili oleh Gunung Mat Cincang dan Gunung Raya.

Anak perempuan Mat Cincang sepatutnya ditunang kepada anak lelaki Mat Raya. Akan tetapi, suatu perkelahian besar telah berlaku semasa kenduri kahwin, apabila pengantin lelaki kentut dua kali, lantas menghasilkan Pulau Kentut Kecil dan Pulau Kentut Besar.

Si Pengantin Lelaki mendakwa yang nasi separuh masak yang dihidangkan oleh keluarga pengantin perempuan yang menyebabkannya kentut. Atas pergaduhan itu, suatu pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak, menyebabkan air hangat tertumpah di Air Hangat, belanga dipecahkan di Belanga Pecah dan kuah tertumpah di Kuah. Cincin perkahwinan pula dicampak di laut dekat Tanjung Cincin. Pertempuran itu akhirnya The groom claimed that he suffered the indignity because of the half-cooked rice served by the bride's family. This caused a fight to break out, and in the turmoil, gravy was spilled at Kuah, hot water splashed at Air Hangat, and crockeries broken at Belanga Pecah. The wedding ring was tossed off at Tanjung Cincin. Pertempuran itu hanya berjaya diselesaikan atas campur tangan rakan bersama Mat Sawar, yang berdiri di tengah mengasingkan Mat Raya dari Mat Cincang, dan hari ini diwakili oleh Bukit Sawar yang terletak antara Gunung Raya dan Gunung Mat Cincang.

Bagaimana nak ke Kuah

Kebanyakan pelawat dari tanah besar pergi ke Kuah dengan menaiki feri dari Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Pulau Pinang. Nombor telefon kaunter tiket feri di Terminal Jeti Penumpang Kuah ialah 04 966 1125 dan 04 966 1126. Terdapat beberapa perjalanan feri dari Jeti Kuah ke tempat-tempat tersebut setiap hari. Semak jadual waktu dekat kaunter tiket.

Eagle statue at Dataran Lang, KuahEagle statue at Dataran Lang, Kuah (6 June, 2005)

Ke Kuah dari Kuala Kedah

Perjalanan feri mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Tambang (pada Feb 2017) ialah RM23 sehala dan RM46 pergi-balik.
Kaunter Tiket Kuala Kedah: 04 762 6295, 04 762 6296

Dari Kuala Perlis

Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. Tambangnya RM18 sehala dan RM36 pergi balik.
Kaunter tiket Kuala Perlis: 04 985 1899, 04 985 2539 and 04 985 2690

Ke Kuah dari Pulau Pinang

Terdapat dua perkhidmatan feri dari Pulau Pinang setiap hari. Feri pertama berlepas dari Pulau Pinang pada 8:15am (dengan satu persinggahan di Pulau Payar) dan yang kedua 8:30am (perjalanan terus). Feri dari Kuah bertolak pada 3:00pm (dan bersingah di Pulau Payar) dan 5:15pm (terus). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam, dan tambangnya ialah RM70 untuk perjalanan sehala.
Kaunter tiket Pulau Pinang: 04 264 2088

Ke Kuah dari Satun

Terdapat 4 perjalanan feri antara Kuah dan Satun di Thailand setiap hari. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dan tambangnya RM30 / Baht 300 sehala dan RM60 / Baht 600 pergi-balik.
Kaunter tiket Satun: +66 74 725 294

Menaiki kapal terbang ke Langkawi

Terdapat beberapa penerbangan ke Langkawi yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Senarai Bandar di Kedah dan Bandar di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.