Terminal Feri Penumpang Kuah (GPS: 6.30611, 99.85045), yang juga dikenali sebagai Jeti Kuah, ialah tempat berlabuh feri dari merata destinasi ke Langkawi. Terdapat perkhidmatan feri dari Kuala Kedah, Kuala Perlis, Pulau Pinang, Satun and Koh Lipe. Anda juga boleh menaiki feri dari sini ke Pulau Payar.
Terminal Feri Penumpang Kuah terletak pada Persiaran Putra, di tepi sebuah pusat membeli-belah bernama Jetty Point, yang mempunyai beberapa kedai bebas cukai. Sampainya di Jeti Kuah, seberangi jalan ke Jetty Point untuk membeli belah dan juga menaiki pengangkutan awam ke tempat lain di Langkawi.
Satu daripada jeti di Terminal Feri Penumpang Kuah (19 Februari, 2017)
Bangunan Terminal Feri Penumpang Kuah (19 Februari, 2017)
Jeti Kuah, Langkawi (19 Februari, 2017)
Sebuah feri berlabuh di Feri Penumpang Kuah (19 Februari, 2017)