Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Entopia by Penang Butterfly Farm

Entopia by Penang Butterfly FarmEntopia by Penang Butterfly Farm (6 Mei, 2017)


English

Entopia by Penang Butterfly Farm (GPS: 5.44745, 100.21563) adalah sebuah tempat peliharaan rama-rama yang besar di Teluk Bahang, Penang. Ia terletak di sepanjang Jalan Teluk Bahang, antara ESCAPE Adventureplay di sebelah utara, dan Taman Rimba Teluk Bahang di sebelah selatan, berdekatan Empangan Teluk Bahang. Ladang yang asal diasaskan oleh Encik David Goh pada tahun 1986 sementara kemudahan hari ini dibuka pada 2hb Mei, 2016, dan dipimpin oleh anak sulongnya, Encik Joseph Goh, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Entopia.

Entopia bukan sahaja suatu tempat untuk menikmati keindahan rama-rama. Ia juga membawa hasrat untuk menghubungkan manusia dengan alam semulajadi. Menurut Joseph, dalam dunia ini, haiwan-haiwan besar seperti gajah, harimau dan panda mendapat kebanyakan perhatian orang, walaupun mereka hanya 3% daripada jumlah spesis haiwan di dunia. Sebaliknya, 70% daripada spesis haiwan dunia terdiri daripada serangga dan invertebrata yang lain, termasuk rama-rama. Walaupun bilangan mereka jauh melebihi bilangan haiwan besar, mereka jarang diberi tumpuan. Menerusi Entopia, diharap haiwan-haiwan ini akan lebih dihargai, dan riwayat hidup mereka akan lebih difahami.

Memperkenalkan Entopia - Suara Alam Semulajadi

Entopia by Penang Butterfly Farm adalah dalam peta Teluk Bahang

Bagaimana hendak pergi ke Entopia

Dari George Town, guna jalan persisiran pantai yang melalui Batu Ferringhi hingga anda tiba di Bulatan Teluk Bahang. Belok ikut jam pukul 9 ke sebelah kiri. Entopia terletak lebih kurang 2.2 km atau 2 minit dari bulatan.

Bayaran masuk

Bayaran masuk ke Entopia, sejak Mei 2017, adalah seperti yang ditunjukkan.

Entopia by Penang Butterfly FarmEntopia by Penang Butterfly Farm (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmFasad depan Entopia dalah sebuah dinding hijau dengan 80,000 poket tumbuhan. (6 Mei, 2017)

Lawatan saya ke Entopia

Saya dan isteri saya telah membuat sebuah lawatan ke Entopia pada hari Sabtu, 6hb Mei, 2017. Lawatan kami adalah lebih kurang satu tahun setelah Entopia dibuka kepada orang awam pada 2hb Mei, 2016. Baik juga menunggu sampai sekarang baru melawat, sebab masa itu membolehkan Entopia mengemaskan sebarang isu, dan juga, pokok-pokok yang baru ditambah berpeluang tumbuh. Hos kami dalam lawatan ini tidak lain daripada bos Entopia sendiri, yakni Encik Joseph Goh.

Entopia by Penang Butterfly FarmSaya bersama Joseph Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Entopia. Di belakang kami ialah Home Tree, iaitu mercu tanda Entopia. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmSaya dan isteri di papan tanda Entopia. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmMenerima pergelangan tangan dari Cik Evon Lim, Ketus Seksyen, Bahagian Tiket dan Tempahan, Entopia. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmPintu masuk ke Entopia, dengan kerusi roda untuk sesiapa yang ingin menggunakannya. (6 Mei, 2017)


Perasaan saya yang pertama, sebaik sahaja menjejak masuk ke Entopia adalah betapa besarnya tempat itu. Namun demikian, saya dapati ia mudah diteroka, malahan oleh orang yang kurang upaya, sebab terdapat kerusi roda bagi mereka yang memerlukan. Sebelum masuk ke Entopia, kami memandang bahagian dinding luarnya. Menurut Entopia, dinding ini mengandungai lebih daripada 80,000 poket tumbuhan. Ini adalah suatu rekod yang telah dicatat dalam Malaysia Book of Records.

Entopia terdiri daripada Natureland iaitu bahagian terbuka di luar, dan Cocoon iaitu bahagian di dalam. Natureland terdiri daripada dua sangkar rama-rama bernama vivarium. Setiap satu setinggi bangunan lima tingkat. Bumbungnya jaringan yang membenarkan cahaya dan udara masuk. Natureland mempunyai ciri-ciri tersendiri termasuk Gua Misteri, Air Terjun Harimau, Home Tree, Lorong Naga, Laluan Aroma, dan Taman David. Kawasannya hangatlah, sebab ia mirip hutan tropika. Juga terdapat di Natureland ialah sebuah restoran bernama Tapestree, sebuah ruang untuk ahli Entopia bernama The Atlas, dan ruang pendidikan bernama The Sphere.

Apabila puas meneroka Natureland, kami beredar ke bahagian Cocoon. Ini adalah pusat penemuan dalaman. Ia mempunyai dua tingkat, dan mengandungi galeri-galeri termasuk Hutan Pandora, Metamorphosis, Cinerama, Tempat Pembiakan, Lumino City, Downtown Entopia, Misteri Bawah Tanah dan Understory Tales.

Entopia by Penang Butterfly FarmThe layout of Entopia. (6 Mei, 2017)


Pada stesen-stesen berlainan, dan pada waktu-waktu berlainan, aktiviti dijalankan untuk menghibur pelawat ke Entopia. Jadual pertunjukkan ada dicatatkan pada papan tanda. Kami sempat menonton pertunjukan bertajuk Vita Nova, di mana rama-rama baru dilepaskan ke dalam vivarium. Setiap pelawat juga diberi sebuah balang kecil dengan seekor rama-rama yang masih hidup untuk dilepaskan.

Menikmati pandangan rama-rama berterbangan di Entopia

Menyertai sessi Vita Nova di Entopia

Entopia by Penang Butterfly FarmIsteri saya dengan seekor rama-rama di jarinya. (6 Mei, 2017)


Dalam lawatan kami, kami mula menyedari yang Entopia bukan sahaja sebuah taman rama-rama. Ia juga suatu pusat penyelidikan dalam bidang entomologi, atau kaji serangga. Penemuan terbaru sering dibuat di sini yang telah meningkatkan fahaman kita berkenaan rama-rama. Sebagai contoh, para saintis sekarang dapat mengenali jantina rama-rama dari peringkat pupa.

Entopia, seperti juga Penang Butterfly Farm dahulunya, tidak bergantung kepada rama-rama liar. Ia membiak rama-ramanya sendiri dalam kaptiviti. Tidak benar menyatakan yang Entopia menangkap rama-rama dari hutan untuk dilepaskan dalam sangkarnya. Rama-rasa dewasa mempunyai jangka hayat hanya dua minggu. Oleh itu, menangkapnya dari hutan merupakan tugas yang terlampau memakan masa, dan selain itu, menaruh stres kepada rama-rama yang ditangkap, mereka tidak akan hidup lama. Dengan ini, Entopia membiak rama-ramanya sendiri.

Entopia by Penang Butterfly FarmRama-rama menghisap nektar dari bunga raya. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmRama-rama menghinggap pada bunga di Entopia. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmKatak Sawah Hijau (Hylarana erythraea) pada ranting di Entopia. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmUlar ini (Boiga dendrophila) adalah antara reptilia berbisa di Entopia. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmTarantula Ros Chile (Grammostola rosea) di Entopia. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmKatydid Berkaki Panjang di Entopia. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmDavid's Garden, at Entopia. (6 Mei, 2017)


Selain kawasan 2.7 ekar ruang pelawat, Entopia juga mengekalkan kawasan pembiakan sebanyak 30 ekar, yang terletak berasingan, di kawasan bukit. Sekumpulan keluarga Orang Asli bekerja untuk syarikat ini menjaga ladang rama-rama. Inilah "Penang butterfly farm" yang sebenar.

Pusat pembiakan rama-rama di Entopia mengeluarkan pupa yang diekspot ke pelbagai muzium di dunia, termasuk American Museum of Natural History di New York City, selain zoo dan taman rama-rama. Kesemua pupa diekspot dengan kebenaran Perhilitan, iaitu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia.

Penemuan baharu masih dibuat di Entopia. Antara 1,100 spesis rama-rama di Malaysia, sampai ke hari ini, hanya 120 spesis tidak berjaya dibiakkan. Inilah rama-rama yang boleh didapati berterbangan di Entopia. Penyelidikan masih dijalankan untuk membiak rama-rama yang lain.

Di tengah-tengah Entopia ialah sebuah kawasan kebun bernama David's Garden. Ia diberi nama sempena David Goh, ayah kepada Joseph, Ketua Pegawai Eksekutif Entopia, sebagai mengenang sumbangan beliau kepada taman ini.

Apabila habis meneroka Natureland, Joseph membawa kami ke galeri dalaman pula. Tempat dalaman dipanggil Cocoon. Ia memberi pendidikan dan rekreasi kepada pelawat pelbagai usia, dari kanak-kanak ke orang dewasa. Di sini, kami mempelajari mengenai kitaran hidup, bukan sahaja rama-rama, tetapi juga api-api, semut dan serangga yang lain.

Fahaman sains entomologi diberi dengan cara yang amat menghiburkan di Entopia. Kanak-kanak kecil dapat berseronok dengan pelbagai aktiviti yang mendorong mereka mempelajari sesuatun yang baru sambil terhibur.

Entopia by Penang Butterfly FarmJoseph tengah bergurau dengan isteri saya. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmBerseronok sambil mempelajari sains entomologi di Entopia. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmDi Cinerama, pelawat berpeluang menikmati dokumentari BBC documentary dengan hos Sir David Attensborough. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmPupa berwarna emas sebelum rama-rama muncul. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmKala jengking air (Laccotresphes sp.) di Entopia. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmSiapa yang makan siapa? Sebenarnya siput babi ini menjadi makanan untuk larva api-api. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmSaya sedang menduduki sebuah bangku berisi cacing. (6 Mei, 2017)

Tapestree

Tapestree adalah restoran in Entopia. Ia mempunyai dapur yang lengkap yang membolehkannya mengeluarkan rotinya sendiri. Entopia juga mempunyai seorang barista untuk menyediakan kopi untuk pelanggan.

Kami telah bersarapan tengahari bersama Joseph di Tapestree. Saya dan isteri menempah burger manakala Joseph memilih pasta. Selepas hidangan utama, kami menghabiskan sarapan dengan pencuci mulut Crème brûlée. Saya minum segelas kopi latte ais manakala Joseph minum kopi latte panas.

Entopia by Penang Butterfly FarmJoseph (right) dan saya berehat selepas meneroka Entopia. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmTapestree, café di Entopia. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmBurger barbeku ayam di Tapestree. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmHidangan pasta di Tapestree. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmCrème Brûlée di Tapestree. (6 Mei, 2017)


Entopia by Penang Butterfly FarmCaffè Latte di Tapestree. (6 Mei, 2017)


Saya dan isteri telah merancang untuk melawat Entopia untuk beberapa jam sahaja, tetapi kami berada di sana sebanyak hampir lapan jam! Sebelum kami ke sana, kami ada terdengar orang berkata yang tiada apa-apa yang menarik untuk dilihat di Entopia. Itu terpulang kepada minat setiap orang. Bagi kami berdua, oleh sebab kami berdua amat meminati alam semulajadi, kami amat terpesona dengan segala-gala yang terdapat di Entopia, sehingga tak mahu pulang pun.

Apabila tiba di kedai cenderamatanya, iaitu bahagian terakhir Entopia, saya berasa sungguh bangga yang Entopia berada di Pulau Pinang, bukan sahaja sebagai tarikan pelancongan, tetapi juga tempat di mana mereka yang meminati bidang entomologi dalam mencari peluang pekerjaan.

Entopia by Penang Butterfly FarmSaya dan isteri saya di Entopia. (6 Mei, 2017)

Sejarah Entopia

Penang Butterfly Farm mula-mula dibuka kepada orang awam pada 1986. Pada masa itu, ia adalah taman rama-rama tropika yang pertama di dunia. Ia meliputi kawasan 0.8 hektar di kaki bukit di Teluk Bahang antara Taman Rimba Teluk Bahang dengan pekan Teluk Bahang. Pengasanya bernama David Goh. Beliau seorang guru yang mempunyai minat kuat berkenaan rama-rama, dan telah cenderung mengutip spesimen. David bercadang mengasas ladang rama-rama atas inspirasi yang diterimanya dari ladang rama-rama kepunyai Clive Farrell di Stratford-upon-Avon di England.

Ladang yang diasaskan berfungsi bukan sahaja sebagai tarikan pelancongan, ia juga memperkenalkan bidang entomologi (kaji serangga) kepada penduduk tempatan. Buat kali pertama, orang Malaysia dapat menikmati ribuan rama-rama dari 120 spesis berterbangan dalam sangkar.

Antara rama-rama yang didapati di sini termasuk rama-rama Rajah Brooke (Trogonoptera brookiana) yang berwarna hitam dengan tompok hijau yang digelar "sayap burung". Rama-rama ini datangnya dari Pulau Borneo dan Malaysia Barat, dan diberi nama sempena James, Rajah Sarawak, oleh pengkaji alam semulajadi Alfred Wallace, yang juga pengasas Muzium Sarawak, pada tahun 1855. Rama-rama lain yang juga terdapat di sini termasuk Yellow Bird wing (Troides helena) yang sekarang spesis terancam.

Maklumat terkini berkenaan Entopia Penang Butterfly Farm

3 Disember, 2015 Penang Butterfly Farm akan diberi nama baru iaitu Entopia.

26 Februari, 2015: Penang Butterfly Farm memaklumkan yang ia akan ditutup untuk mengubahsuaian pada 7hb Mac, 2015, dan dirancang dibuka semula pada awal 2016.

Penang Butterfly FarmPenang Butterfly Farm (2 Disember, 2007)

Penang Butterfly Farm yang lama

Apabila Penang Butterfly Farm dibuka pada tahun 1986, ia adalah taman rama-rama dan serangga tropika yang pertama di dunia. Pada tahun pertama beroperasi, ia dikunjungi 200,000 pelawat. Sejak itu, ia telah menerima banyak hadiah, termasuk Anugerah Emas Pelancongan Malaysia (1988, 1990), Anugerah Emas PATA (1991), dan telah dipilih sebagai Tarikan Paling Popular di Pulau Pinang oleh TripAdvisor pada 2010.

Walaupun bagi orang awam, ia hanya satu lagi tarikan pelancongan Pulau Pinang, ladang ini telah mendapat nama dalam dunia pembiakan rama-rama. Untuk mengelakkan kepupusan rama-rama di hutan, ladang ini membiak rama-ramanya sendiri. Ini telah berjaya meningkatkan bilangan rama-rama yang hampir pupus. Ia untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu konservasi hutan dan habitat rama-rama.

Sebelum Penang Butterfly Farm ditutup untuk pengubahsuaian, bayaran masuknya adalah RM27 untuk orang dewasa, RM15 untuk kanak-kanak, dan RM13.50 untuk warga tua berusia 58 ke atas. Waktu bukanya adalah dari 9:00am hingga 6:00pm (waktu buka untuk Entopia adalah hingga 7:00pm), dengan kemasukan terakhir pada pukul 5:00pm.

Seperti juga hari ini, pelawat ke Penang Butterfly Farm dapat menikmati pandangan rama-rama yang berterbangan di sana-sini sambil menghinggap di bunga dan buah. Selain rama-rama, ladang ini mempunyai pelbagai serangga dan binatang yang lain termasuk kumbang, serangga kayu yang haiwan-haiwan lain. Terdapat juga koleksi reptilia dan itik. Pengemar kebun juga dapat menikmati berjenis-jenis tumbuhan kebun yang berbunga.

Setelah habis menikmati rama-rama di sangkar terbuka, pelawat beredar ke Kutubkhanah Serangga, yang mempunyai koleksi serangga dari kumbang ke rama-rama dan banyak lagi. Pemilk ladang itu juga seorang peminat ethnologi, dan mempunyai koleksi barangan puak-puak orang asli dari pelbagai tempat di dunia. Ada antara barangan ini dijual kepada peminat. Bahagian terakhir adalah kedai cenderamata, dengan pelbagai barangan kenangan untuk dibawa pulang, sebagai kenangan lawatan ke Penang Butterfly Farm. Seluruh bahagian ethnologi ini sekarang telah dikeluarkan dari Entopia, kerana didapati keluar topik.

Penang Butterfly FarmRama-rama pada bunga orkid di Penang Butterfly Farm. (2 Disember, 2007)


Penang Butterfly FarmItik Mandarin di Penang Butterfly Farm. (2 Disember, 2007)


Penang Butterfly FarmSeekor iguana di Penang Butterfly Farm. (2 Disember, 2007)


Penang Butterfly FarmSeekor serangga kayu di Penang Butterfly Farm. (2 Disember, 2007)


Penang Butterfly FarmRama-rama di Penang Butterfly Farm. (2 Disember, 2007)


Penang Butterfly FarmSebuah air terjun buatan manusia di Penang Butterfly Farm. (2 Disember, 2007)


[an error occurred while processing this directive]

10 Tarikan Pelancongan Utama Pulau Pinang


Maklumat

Senarai 10 Tarikan Pelancongan Utama di Pulau Pinang

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.