Petua Melawat SekinchanPetua Melawat Sekinchan (7 Julai, 2016)


English

Sekinchan (GPS: 3.50656, 101.10237) ialah sebuah bandar kecil di Daerah Sabak Bernam di bahagian utara Negeri Selangor. Bandar di pinggir laut ini adalah suatu kawasan penanaman padi yang penting. Lebih daripada itu, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Sekinchan telah menjadi destinasi pelancongan tempatan, terutamanya dengan masyarakat Cina di negara ini, selepas ia muncul di kaca televisyen dalam drama saluran TVB Hong Kong Outbound Love 单恋双城.

Dua tarikan utama untuk bandar Sekinchan ialah sawah padi dan Pantai Redang. Seperti juga kampung-kampung lain di persisiran pantai Selangor, masyarakat Cina di sini secara tradisi bertutur Bahasa Hokkien dengan loghat yang sama dengan Klang. Namun begitu, Bahasa Kantonis mudah difahami, oleh sebab dekat dengan Kuala Lumpur. Selain itu, Bahasa Mandarin juga kerap digunakan sebagai bahasa perantaraan bagi masyarakat Cina dari tempat-tempat yang berlainan.

Pada masa saya melawat Sekinchan, saya terasa agak kagum betapa elok bandar ini memasarkan dirinya. Walaupun terpencil, Sekinchan berjaya menarik pelawat, terutamanya golongan masyarakat Cina tempatan, hasil populariti drama TVB. Mereka akan datang ke sini untuk melihat sawah padi yang meluas, sesuatu yang tidak kelihatan di bandar-bandar besar. Suatu kelebihan Sekinchan ialah kawasannya sungguh rata. Oleh itu, apabila berdiri di tengah sawah, anda dapat pemandangan yang berbatu-batu jauhnya.

Para pelawat juga berkunjung ke tokong Cina di tepi pantai, dengan Pohon Impian, di mana mereka akan melontar impian untuk digantung pada pokok tersebut. Pada penghujung minggu, kawasan pantai Sekinchan nampaknya seperti berpesta, dengan orang ramai yang berkunjung ke mari menikmati pelbagai jenis makanan di gerai-gerai sementara dan bermain layang-layang.

Lokasi tempat di Sekinchan dalam peta

Hotel di Sekinchan

  1. A+ Boutique Hotel (GPS: 3.50671, 101.10114)

  2. Sekin Hotel & Resort (GPS: 3.50694, 101.0934)

  3. Sekinchan Padi Box (GPS: 3.47958, 101.12684)

Tempat-tempat menarik di Sekinchan

Gerai Buah-buahan Sekinchan

GPS: 3.47564, 101.12651
Gerai-gerai sementara di sepanjang Jalan Besar Sekinchan (Laluan Persekutuan 5). Jika anda berkunjung pada musim buah, anda akan dapati banyak gerai di sepanjang jalan.

Maklumat

Jeti Sungai Labu

GPS: 3.50716, 101.09383
Jeti nelayan di tepi Sungai Labu, berdekatan laut. Dari ini, anda dapat menikmati pemandangan ratusan bot nelayan.

Maklumat

Pantai Redang

GPS: 3.50323, 101.09407
Pantai yang terkenal di Sekinchan. Pada hari minggu, tempat ini sesak dengan pelawat.

Maklumat

Pohon Impian Sekinchan

GPS: 3.5032, 101.09501
Pokok di sisi tokong Cina yang digantung dengan ribuan impian pengunjung.

Maklumat

Sawah Padi Sekinchan

GPS: 3.47471, 101.14867
Satu daripada tarikan utama Sekinchan ialah sawah padinya yang amat luas.

Maklumat

Tokong Cina Pantai Redang

GPS: 3.5034, 101.09496
Sebuah keramat untuk dewa penjaga lokasi yang terkenal dengan pohon impiannya.

Maklumat

Sekinchan adalah dalam peta Bandar di Selangor

Bagaimana pergi ke Sekinchan

Jika anda datang dari arah Kuala Lumpur, mula-mula pandu sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (E1) menghala ke utara sehingga Exit 115 (Persimpangan Rawang Selatan), kemudian teruskan pada Lebuhraya Guthrie (E35) sampai ke persimpangan seterusnya, dan kemudian pula Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (E25), yang akan membawa anda ke Ijok. Dari situ, ikut papan tanda menuju ke Kuala Selangor pada Laluan 54. Sampai di Kuala Selangor, menghala ke utara pada Laluan 5 sehingga anda sampai di Sekinchan.

Di sepanjang Jalan Besar Sekinchan, anda akan nampak gerai-gerai buah-buahan yang setiap satunya menjual buah-buahan yang serupa. Kalau terlepas satu gerai, ada peluang berhenti di gerai seterusnya. Masa saya di sana, kebanyakan gerai menjual buah mangga.



Petua Melawat SekinchanNg Suee Lim, ADUN Sekinchan, mengalu-alukan kedatangan pelawat ke kawasan beliau. (7 Julai, 2016)


I Love SekinchanSaya dan isteri saya bersama papan tanda "I Love Sekinchan". (7 Julai, 2016)


Jalan Bagan in SekinchanJalan Bagan ialah satu daripada jalan utama di Sekinchan untuk sampai ke pantai. (7 Julai, 2016)

Pandangan 360° Sekinchan pada Google Maps Street View

Jeti nelayan di Sekinchan (Google Street View Feb 2014)

Senarai Bandar di Selangor and Bandar di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.