Teroka Bersama Timothy Tye
Pantai Redang, Sekinchan

Redang Beach, SekinchanRedang Beach, Sekinchan (7 July, 2016)


English

Pantai Redang (GPS: 3.50323, 101.09407) ialah sebuah kawasan persisiran pantai di Sekinchan, Selangor. Ia menghala ke Selat Melaka, di tebing utara muara Sungai Labu. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kawasan ini telah menjadi suatu tempat kunjungan pelawat yang agak popular. Sejak itu, terdapat banyak gerai makanan dan minuman yang telah muncul di sepanjang pantai, terutamanya berdekatan Tokong Cina Pantai Redang dan Pohon Impian di tepinya.

Sebenarnya Pantai Redang bukannya sesuatu pantai yang indah. Kawasannya berlumpur, terutamanya semasa air surut. Batun pemutus dibina untuk menghadkan hakisan laut. Walaupun bukannya sesuatu tempat yang sangat indah, Pantai Redang tetapi menerima banyak pengunjung, terutamanya golongan Cina tempatan yang berpusu-pusu ke tempat ini pada hari minggu dan cuti am.

Saya tiba di Pantai Redang kira-kira pukul 11:00am pagi, dan mendapati tempat itu sesak dengan pelawat. Terdapat kanak-kanak sedang bermain layang-layang di pantai manakala orang tua-tua pula berteduh dekat gerai makanan.

Pantai Redang adalah dalam peta Sekinchan

Bagaimana pergi ke Pantai Redang

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Redang di Sekinchan adalah 96.3km dan akan mengambil lebih kurang 1 jam 30 minit. Pandu menghala ke utara pada Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur, diikuti Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway E25, Laluan Persekutuan 54, dan akhir sekali, Laluan Persekutuan 5.



Timothy Tye dan Goh Chooi Yoke di Pantai Redang, SekinchanTimothy Tye dan isterinya Chooi Yoke di Pantai Redang, Sekinchan (7 Julai, 2016)


Pantai Redang, SekinchanTimothy Tye dan isterinya Chooi Yoke di Pantai Redang (7 Julai, 2016)


Pantai Redang, SekinchanTimothy Tye dan isterinya Chooi Yoke di Pantai Redang (7 Julai, 2016)


Pantai Redang, SekinchanPantai Redang sesak dengan pelawat. (7 Julai, 2016)


Pantai Redang, SekinchanWahai, ada minion berjalan-jalan di Pantai Redang juga! (7 Julai, 2016)


Pantai Redang, SekinchanSaya makan strawberi bersama mentega kacang di Pantai Redang (7 Julai, 2016)


Satu-satunya makanan ringan yang sihat untuk dibawa bersama ialah strawberi yang saya makan dengan nutter butter. Rasa masam strawberi bergaul elok dengan kemanisan mentega kacang.

Sungai Labu in SekinchanSungai Labu di Sekinchan (7 Julai, 2016)

Pandangan 360° Pantai Redang pada Google Maps Street View

Pantai Redang

[an error occurred while processing this directive]

10 Tarikan Pelancongan Utama di Selangor

Merancang untuk melawat Selangor? Biar saya syorkan 10 tempat menarik untuk pilihan anda.

Maklumat

Senarai Pantai di Selangor and Pantai di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.