Lebuhraya Utara-SelatanLebuhraya Utara-Selatan (12 September, 2016)


English

The Lebuhraya Utara-Selatan adalah lebuhraya yang terpenting di Semenanjung Malaysia. Ia sering digelar Lebuhraya PLUS, mengambil nama singkatan untuk Project Lebuhraya Utara Selatan, nama syarikat yang membina lebuhraya tersebut. Lebuhraya ini disenggarakan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Sesiapa yang meneroka Malaysia dapat bergerak dari tempat ke tempat dengan lebih pantas dengan menggunakan lebuhraya ini, terutamanya jika anda memandu di sebelah barat semenanjung. Lebuhraya Utara-Selatan terdiri daripada Jajaran Utara (E1) dan Jajaran Selatan (E2). Kedua-dua jajaran ini dihubungkan oleh Lebuhraya Lingkaran Utara-Selatan yang juga dikenali Lebuhraya ELITE (E6).

E1: Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara


Maklumat

E1: Lebuhraya Baru Lembah Klang


Maklumat

E2: Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan


Maklumat

E6: Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)


Maklumat

Lebuhraya Utara-Selatan sebatang lebuhraya yang menghubungkan Bukit Kayu Hitam di utara dengan Johor Bahru di selatan. Lebuhraya ini sepanjang 966km, dan membekalkan rangkaian hubungan yang amat penting untuk bandar-bandar di pantai barat Semenanjung.

Lebuhraya Utara-Selatan telah dirancang sejak pertengahan tahun 1970-an. Pembinaannya bermula pada tahun 1981. Segment pertama dibuka kepada orang awam pada tahun 1988. Seluruh lebuhraya ini beroperasi dan dirasmikan oleh perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 8hb September 1994. Lebuhraya ini disenggarakan oleh PLUS Expressways Berhad. Antara cabang dari lebuhraya ini termasuk Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Lebuhraya Utara-Selatan terdiri daripada Jajaran Utara (E1) sejauh 459km dan Jajaran Selatan (E2) sejauh 310km. Terowong Menora berdekatan Jelapang adalah terowong lebuhraya yang terpanjang di Malaysia. Terowong ini berukuran 800 meter. Jambatan yang terpanjang pada lebuhraya ini adalah Jambatan Sultan Azlan Shah yang merentasi Sungai Perak. Ia adalah sepanjang 300 meter.

PLUS Rest Stop on the Lebuhraya Utara-SelatanKawasan Rehat PLUS pada Lebuhraya Utara-Selatan (1 May, 2005)

Kawasan Rehat

Untuk memberi keselesaan kepada pengguna, kawasan rehat atau Rest & Service Areas (RSA) dibina pada jarak lebih kurang 80-100km sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Kawasan Rehat pada sebelah hala utara pada E1 berada di Rawang, Tapah, Sungai Perak, Gunung Semanggol dan Gurun, dan pada E2 pula di Gelang Patah, Machap, Pagoh, Ayer Keroh, Seremban dan Dengkil. Untuk sebelah hala selatan, kawasan rehatnya pada E1 adalah di Gurun, Gunung Semanggol, Sungai Perak dan Ulu Bernam dan pada E2 di Dengkil, Seremban, Ayer Keroh, Pagoh dan Gelang Patah.

Restoran Jejantas dan Tempat Memandang

Terdapat dua restoran jejantas pada Lebuhraya Utara-Selatan iaitu di Sungai Buloh dan Ayer Keroh. Terdapat dua tempat dengan pemandangan indah iaitu di Ipoh menghala ke utara dan di Pedas Linggi, di kedua-dua belah jalan.

Kawasan Singgah

Kawasan singgah atau layby adalah tempat untuk pemandu berehat sebentar. Kawasan ini tidak mempunyai sebarang restoran atau kemudahan servis. Hanya terdapat pondok telefon. Ia terletak di Kulai, Simpang Renggam, Yong Peng, Tangkak, Kampung Bemban, Pedas Linggi, Senawang, Nilai, Serdang, Sungai Buloh (hala selatan), Rawang (hala selatan), Tanjung Malim, Behrang, Ladang Bikam, Gunung Tempurung (hala selatan), Simpang Pulai, Bukit Gantang, Taiping, Alor Pongsu, Sungai Bakap, Juru, Tikam Batu, Gurun, Sungai Muda (hala utara) dan Kepala Batas. Kawasan singgah ini berada di kedua-dua belah lebuhraya kecuali kalau dinyatanya sebaliknya.

Senarai Lebuhraya Ekspres di Malaysia; lihat juga Lebuhraya di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.