Guan Hoe Co. (PG) Sdn BhdSaya di sini bersama Encik Teo Ee Siew, Pengarah Urusan Guan Hoe Co. (PG) Sdn Bhd (8 Mac, 2017)


English

Guan Hoe Co. (PG) Sdn Bhd (GPS: 5.41941, 100.32477) adalah sebuah pengedar motosikal di Pulau Pinang. Ia menduduki Bangunan Guan Hoe, sebuah bangunan tiga tingkat (dengan satu tingkat mezanin) di Lorong Abu Siti, di George Town. Guan Hoe mula-mulanya diasaskan di Singapura, dan berkembang ke Pulau Pinang sejak 1950, apabila seorang anak lelaki pengasas, Encik Teo Choo Bee, berpindah dari Singapura ke Pulau Pinang, dan mengasaskan suatu perniagaan menjual basikal dan alat ganti untuk kereta, lori dan bas berjenama Austin dan Bedford. Oleh sebab itu, boleh dikatakan yang Encik Teo Choo Bee adalah pengasas Guan Hoe di Pulau Pinang.

Pada mulanya, Guan Hoe Co. berada di Jalan Gladstone. Apabila mereka terpaksa berpindah untuk project pemulihan semula Komtar, syarikat itu telah menyewa premis sementara di Lebuh Tye Sin sebelum memperoleh tanah di Lorong Abu Siti untuk mendirikan Bangunan Guan Hoe.

Dengan sejarahnya yang begitu panjang, Guan Hoe telah merentas beberapa cabaran tetapi terus beroperasi hingga hari ini. Tahap kegemilangan tercapai apabila syarikat ini berjaya memperoleh francais untuk motosikal Suzuki. Ini berlaku apabila Choo Bee melawat Jepun untuk berunding dengan Suzuki, dan hasil rundingan tersebut, Guan Hoe memperoleh hak untuk mengimpot motosikal CBU (pasang lengkap) daripada Jepun. Kumpulan Guan Hoe telah memberi sebuah kilang di Perai. Buat suatu ketika, nama syarikat ini seerti nama motosikal yang dijualnya, dan sering digelar Guan Hoe Suzuki. Malangnya, seorang daripada rakan niaga syarikat ini mengalami kesusahan, dan untuk menyelamatkannya, syarikat Guan Hoe terpaksa menjual francais Suzukinya, yang dibeli oleh Lion Group. Sejak ini, Guan Hoe menjadi pengedar motosikal Suzuki.

Pada tahun 1989, Guan Hoe telah memperoleh perjanjian wakil jualan untuk motosikal Yamaha. Sejak masa itu, perniagaan pengedaran jenama Yamaha telah berkembang menjadi urusniaga utama buat syarikat ini, dan pada hari ini, Guan Hoe menjual bukan sahaja motosikal tetapi juga pelbagai jenis aksesori yang berjenama Yamaha.

Pengarah Guan Hoe Co. (PG) buat masa kni ialah Encik Mr Teo Ee Siew, iaitu anak lelaki kedua Encik Teo Choo Bee. Dia telah dipelawa oleh ayahnya untuk mengambil alih perniagaan itu, dan setelah setahun mempertimbangkan perkara itu barulah dia menerima tawaran ayahnya. Beliau pun bekerja bersama ayahnya sehingga beliau bersara beberapa tahun yang lalu.

Guan Hoe Co. kekal sehingga hari ini, dan dengan peredaran masa, menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Yang paling mencabarkan masa ini adalah kesukaran untuk mendapat tenaga kerja. Walaupun terdapat beberapa pekerja baru, ramai antara pekerja Guan Hoe telah berkhidmat bersama syarikat itu untuk beberapa dekad. Syarika itu juga melihat evolusi dalam demografi pembeli, dengan kebanyakan pembeli motosikal masa ini datangnya dari kalangan belia Melayu.

Saya berpeluang bertemu Encik Teo Ee Siew di syarikatnya dan buat pertama kali, saya meneroka sebuah syarikat pengedaran motosikal. Encik Teo telah membawa saya masuk untuk meninjau bangunannya. Kami memanjat tangga ke setiap tingat. Dan pada setiap tingkat, saya nampak rak demi rak penuh dengan alat ganti motosikal. Saya agak terperanjat melihat begitu banyak alat ganti duduk di rak menunggu pembeli.

Di belakang bangunan Guan Hoe terdapat sebuah lif beban yang digunakan untuk mengangkat kotak alat ganti ke tingkat yang betul. Melawat syarikat Guan Hoe telah membuka mata saya kepada cabaran menjalankan perniagaan pengedar motosikal, dan saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Teo kerana sudi berjumpa saya dan menunjukkan bisnesnya kepada saya.

Guan Hoe Co. (PG) Sdn BhdEncik Teo Ee Siew, Pengarah Guan Hoe Co. (8 Mac, 2017)


Guan Hoe Co. (PG) Sdn BhdBangunan Guan Hoe di Lorong Abu Siti, George Town. (8 Mac, 2017)


Guan Hoe Co. (PG) Sdn BhdMr Teo menunjukkan kepada saya papan tanda asal untuk Syarikat Guan Hoe. (8 Mac, 2017)


Guan Hoe Co. (PG) Sdn BhdPekerja depan di Syarikat Guan Hoe. (8 Mac, 2017)


Guan Hoe Co. (PG) Sdn BhdTopi besbal Yamaha adalah antara aksesori yang terdapat di Guan Hoe Co. (8 Mac, 2017)


Guan Hoe Co. (PG) Sdn BhdJaket Yamaha antara kelengkapan bermotosikal yang terdapat di Guan Hoe Co. (8 Mac, 2017)


Guan Hoe Co. (PG) Sdn BhdLif beban di gudang Guan Hoe. (8 Mac, 2017)


Guan Hoe Co. (PG) Sdn BhdBanyaknya barang dalam gudang Guan Hoe, bersama saya menunjuk kepada gambarajah motosikal. (8 Mac, 2017)


Guan Hoe Co. (PG) Sdn BhdKami panjat ke tingkat setetusnya dan apakah yang kami nampak? Alat ganti lagi! (8 Mac, 2017)


Guan Hoe Co. (PG) Sdn BhdNaik tangga sekali lagi, dan lebih banyak alat ganti lagi! (8 Mac, 2017)


Guan Hoe Co. (PG) Sdn BhdMotosikal yang terpaksa ditarik balik apabila pembeli gagal membayar ansuran mereka. (8 Mac, 2017)

Guan Hoe Co. (PG) Sdn Bhd pada Google Maps Street View

(Dec 2014)

Alamat

Guan Hoe Co. (PG) Sdn Bhd
21, Lorong Abu Siti,
10400 George Town, Pulau Pinang.
Tel: 04 226 6706 & 226 3832
Faks: 04 226 3873
Facebook: https://www.facebook.com/GuanHoeYamahaPenang/

Guan Hoe Co. (PG) Sdn Bhd adalah dalam peta Lorong Abu Siti

Senarai Pengedar Motosikal di Pulau Pinang

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.