Apom Manis Pulau TikusApom Manis Pulau Tikus (18 Mac, 2017)


English

Apom Manis Pulau Tikus (GPS: 5.43047, 100.31261) adalah sebuah gerai apom manis yang amat terkenal di Pulau Tikus, Pulau Pinang. Ia dimiliki seorang India bernama Ravi. Gerai ini beroperasi di Kedai Kopi Swee Kong, di simpang antara Jalan Burma dengan Solok Moulmein.

Saya pernah mencuba apom manis ini bersama isteri saya sekali, tetapi pada masa itu saya tidak menyedari yang apom ini masyhur. Kemudian, sahabat saya Evonne dari Singapura telah memberitahu saya bahawa ini adalah apom manis yang paling sedap yang pernah dirasainya. Apabila Evonne memuji apom ini kerana dibuat menggunakan cara yang paling tradisional, dengan periuk belanga dan arang kayu, saya masih tidak terasa kagum.

Awal-awal pagi Sabtu ini, saya dan isteri saya telah bangun awal dan berkunjung ke Pulau Tikus demi mencuba apom Ravi. Kami tiba di gerai Ravi kira-kira 6:50am pagi apabila langit masih gelap. Saya dapat berkenalan dengan Ravi yang peramah dan bertemubual dengannya. Saya difahamkan yang gerai apomnya dibuka sejak tahun 1922, iaitu tahun kedai kopi itu mula-mulanya beroperasi. Ia dimulakan oleh ayahnya yang berusia 23 tahun masa itu (beliau dilahirkan pada tahun 1899!) Perniagaan apom ini telah diturunkan, mula-mula kepada abang sulongnya, dan kemudian kepada abangnya yang kedua, sebelum menjadi milik Ravi, yang mula bekerja di gerai ini sejak 1993.

Gerai apom ini telah menjadi terkenal sejak zaman abangnya yang berpeluang ke Australia dan United Kingdom untuk memberi demonstrasi membuat apom di pentas dunia. Walaupun Ravi belum dipelawa membuat apom di luar negara, dia pernah dipelawa membuat apom di merata-rata tempat di Malaysia, khususnya jemputan oleh Sultan Pahang, untuk membuat apom di istananya di Pekan, sebanyak dua kali sebulan untuk jamuan baginda dan tetamunya, (tetapi belum lagi pada tahun 2017, sebab Ravi terlampau sibuk). Malahan Ravi mempunyai satu set periuk belanga di istana sultan khas untuk dia buat apom.

Ravi telah membelanjakan saya dan isteri saya menjamu apomnya. Kami pun mendapatkan sebuah meja di kedai kopi ini, dan selain apom, saya memanggil semangkuk Hokkien Mee manakala isteri saya Pan Mee. Ravi datang dengan 4 keping apong. Saya juga membuat tempahan 10 keping lagi, untuk dibawa balik untuk sajian mertua saya. Bagaimanakah pendapat saya mengenai apom Ravi sekarang?

Apom Manis Pulau TikusFour free pieces of Apom Manis Pulau Tikus, a free treat from Ravi to my wife and me. (18 Mac, 2017)


Sebenarnya, pada ketika saya makan apom itu, saya masih tidak faham apakah yang membuat orang gila-gilakan akan apom ini. Namun isteri saya juga berkata yang apom ini amat sedap. Saya pun membuat tempahan kedua 10 keping lagi. Oleh itu, jumlah tempahan saya 20 keping. Dengan harga RM1 sekeping, apom ini jauh lebih mahal daripada apom yang pernah saya beli di tempat lain.

Dari Pulau Tikus, kami menuju pula ke Pasar Awam Jelutong, pasar yang kami sering pergi, dan di situ, kami ke gerai apom di situ dan membeli apom, semata-mata untuk membuat perbandingan. Dalam perjalanan dari Pulau Tikus ke Jelutong, kereta kami penuh dengan bau apom yang sungguh enak, dan pada masa itu saya mula menyedari yang apom Ravi sesuatu yang diluar jangkaan.

Jelutong Market ApomThe Jelutong Market Apom, photographed in its plastic bag on my car seat. (18 Mac, 2017)


Kami membeli 6 keping apong di Pasar Awam Jelutong pada harga RM4. Di sini, apomnya RM0.70 sekeping, jauh lebih murah dari apom Ravi. Sekembalinya di kereta, kami membandingkan kedua-dua bungkus apom, dan pada masa itu, saya mengaku yang apom Ravi mempunyai aroma yang lebih sedap. Apabila kami cuba kedua-dua apom, didapati apom Ravi lebih sedap. Kalau diikut rupa, apom Jelutong nampaknya lebih elok, tetapi juga lebih masin, manakala apom Ravi lebih aromatik dan sedap. Setelah berpeluang membandingkan apom Ravi dari Pulau Tikus dengan apom lain, barulah saya mula menghargai dan sedari mutu apom Ravi yang masyhur itu.

Waktu Operasi

Apom Manis Pulau Tikus dijual pada setiap hari mulai 6:00am pagi sehingga habis lebih kurang 3-4 jam kemudian. Hari Khamis adalah hari rehat, walaupun adakalanya gerai ini juga tutup pada hari Isnin. Ravi sering mendapat tempahan besar dari pelanggan. Kalau nak menempah apomnya, telefon Ravi pada nombor 012 470 7039.

Apom Manis Pulau TikusApom sedang dimasak di periuk. (18 Mac, 2017)


Apom Manis Pulau TikusRavi menggunakan penutup periuk dengan pemegang untuk menutup periuk. (18 Mac, 2017)


Apom Manis Pulau TikusDengan tangan yang pantas, Ravi membalikkan apom dalam periuk. (18 Mac, 2017)


Apom Manis Pulau TikusSebaik sahaja apom meninggalkan periuk, Ravi cepat mengacau adunun untuk membuat apom seterusnya. (18 Mac, 2017)


Apom Manis Pulau TikusBagaikan tarian periuk belanga. (18 Mac, 2017)

Apom Manis Pulau Tikus adalah dalam peta Jalan Burma

Senarai Gerai Penjaja di Pulau Pinang

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.