Sami muda di Chiang MaiSami muda di Chiang Mai (24 October, 2006)


English

Chiang Mai (GPS: 18.788441, 98.985603; Thai: เชียงใหม่ ) adalah bandaraya yang utama di utara Thailand. Ia berada pada ketinggian 313 meter dari aras laut, di lembah Sungai Ping, di mana terdapatnya sebuah dataran yang juga termasuk bandar Lamphun. Sungai Ping mengalir dari utara ke selatan, dan melalui bahagian timur bandaraya Chiang Mai.

Bandar bersejarah Chiang Mai merupakan ibu kota kepada Negara Lanna. Negara Lanna, yang juga digelar Lannathai, dikenali sebagai Negara Sejuta Sawah Padi. Hari ini, Chiang Mai merupakan pusat pentadbiran Wilayah Chiang Mai. Ia adalah bandaraya terbesar di Utara Thailand dan merupakan pusat kebudayaan dan kraftangan untuk kawasan tersebut.

Nak melawat Chiang Mai

Sekiranya anda bercadang melawat Chiang Mai, bandingkan harga bilik hotel dari laman berlainan menggunakan injin carian berikut.

Peta bandaraya Chiang Mai

Tempat-tempat menarik di Chiang Mai

  1. Bazar Malam (GPS: 18.78618, 99.00084)

  2. Gerbang Tha Phae (GPS: 18.78769, 98.99346)

  3. Pusat Senibina Lanna (GPS: 18.78792, 98.9883)

Kuil Buddha di Chiang Mai

  1. Wat Chai Phra Kiat (GPS: 18.78878, 98.98594)

  2. Wat Chang Taem (GPS: 18.7852, 98.9882)

  3. Wat Chedi Luang (GPS: 18.78696, 98.98658)

  4. Wat Cheitta (GPS: 18.78585, 98.98846)

  5. Wat Chetawan (GPS: 18.78866, 98.99562)

  6. Wat Fon Soi (GPS: 18.78265, 98.98857)

  7. Wat Phrathat Doi Suthep (GPS: 18.80489, 98.9216)

  8. Wat Mahawan (GPS: 18.78788, 98.99565)

  9. Wat Muen Lan (GPS: 18.78816, 98.99206)

  10. Wat Nong Jedlin (GPS: 18.78377, 98.98844)

  11. Wat Phan On (GPS: 18.78765, 98.99118)

  12. Wat Phan Tao (GPS: 18.78778, 98.98775)

  13. Wat Phra Singh Woramahawihan (GPS: 18.78854, 98.98123)

  14. Wat Sri Gerd (GPS: )

  15. Wat Suan Dok (GPS: 18.78823, 98.96776)

  16. Wat Sum Pow (GPS: 18.78815, 98.99055)

  17. Wat Tung Yu (GPS: 18.78871, 98.98418)

Peta Masjid dan Restoran Halal di Chiang Mai

Untuk kemudahan pelawat dari Malaysia yang beragama Islam, di sini saya tunjukkan lokasi masjid dan restoran halal.

Senarai Masjid di Chiang Mai

  1. Masjid At Taqwa (GPS: 18.79187, 99.00711)

  2. Masjid Chang Khlan มัสยิดช้างคลาน (GPS: 18.7691, 98.99985)

  3. Masjid Hidayatul Islam Banhaw (GPS: 18.78664, 99.00134)

  4. Masjid Nurul Chang Phuak (GPS: 18.79653, 98.98649)

Senarai Restoran Halal di Chiang Mai

  1. Babylonian Iraqi Restaurant (GPS: 18.80232, 98.96729)

  2. Changmoi House (Little Village) (GPS: 18.78994, 98.99439)

  3. Choei Cafe & Bistro (GPS: 18.77919, 98.99958)

  4. Fatimah Burger House (GPS: 18.78644, 99.00153)

  5. Gulf Restaurant (GPS: 18.78265, 99.00081)

  6. Halal @ Food Court (GPS: 18.77665, 98.99761)

  7. Halal Briyani Stall (GPS: 18.78154, 98.98727)

  8. Halal Hanifa (GPS: 18.78645, 99.00161)

  9. Ikhwan Restaurant (GPS: 18.77042, 99.00005)

  10. Kabab House Restaurant (GPS: 18.78265, 99.00081) - Indian vegetarian

  11. Khao Soi Islam Restaurant (GPS: 18.78686, 99.00204)

  12. Khao Soi Muslim Noodles (GPS: 18.78655, 99.00202)

  13. Khum Khantoke (GPS: 18.79938, 99.02639) - ask for their halal options

  14. Little Istanbul Halal Restaurant (GPS: 18.78644, 99.00179)

  15. Nasmeen Halal Food (GPS: 18.78577, 99.01435)

  16. Roummit Restaurant Halal Food (GPS: 18.78267, 99.0014)

  17. Ruammit 1 Halal Restaurant (GPS: 18.77449, 98.99887)

  18. Sofia Restaurant (GPS: 18.78644, 99.00179)

  19. Takawa Halal Cuisine (GPS: 18.76498, 98.99281)

  20. The R Kitchen (GPS: 18.77418, 99.00072)

  21. Yaring Cuisine (GPS: 18.78998, 98.99446)


New Masjid Nurul Chang Phuek (Mar 2018)

Masjid Hidayatul Islam Banhaw (Mar 2018)

Mengenai Chiang Mai

Chiang Mai terletak pada cabang selatan Laluan Sutera. Oleh sebab itu, dari zaman dahulu lagi, ia telah berkembang sebagai pusat kraf termasuk pembuatan payung, barang kemas dan ukiran kayu. Hari ini, Chiang Mai telah membangun menjadi satu-satunya bandaraya yang mempunyai taraf hidup yang tinggi.

Kota Lama Chiang Mai terletak ke sebelah barat bandaraya yang moden. Di kawasan ini, tembok kubu untuk kota lama masih lagi berdiri. Ia dikelilingi oleh parit besar yang dahulunya merupakan satu-satunya sistem pertahanan bandar tersebut. Selain wat-wat di situ, bangunan di sebelah dalam kota lama sama rupanya dengan bangunan di sebelah luar.

Walaupun sebahagian besar tembok kubu telah lama diruntuhkan, masih terdapat bahagian yang masih kekal, dan sekarang ini telah dibaikpulih. Kubu ini bukanlah sesuatu kubu yang mengkagumkan, yang lebih penting adalah sejarahnya. Bagi pandangan orang biasa, ia nampak seperti dinding berbata merah sahaja.

Gerbang Tha Phae, Chiang MaiGerbang Tha Phae, Chiang Mai (24 October, 2006)

Tata letak bandar Chiang Mai Lama

Bahagian Kota Lama Chiang Mai mempunyai kesamaan dengan Angkor Thom dan Mandalay, sebab ketiga-tiganya mengikut pelan empat segi sama yang disempadani parit besar. Wat-wat yang lama masih kekal di kota lama ini.

Menaiki pesawat ke Chiang Mai

Beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan ke Chiang Mai termasuk AirAsia (dari Bangkok Don Mueang, Phuket, Krabi, Hat Yai, Kuala Lumpur), Bangkok Airways (Bangkok Suvarnabhumi, Ko Samui, Krabi, Phuket, Udan Thani), Nok Air (Bangkok Don Mueang), Thai Airways (Bangkok Suvarnabhumi), Lion Air (Bangkok Don Mueang) dan Tigerair (Singapore).

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai, anda boleh menaiki teksi, atau lebih baik lagi, panggil sahaja GRAB. Harganya lebih berpatutan berbanding teksi.

Menaiki keretapi ke Chiang Mai

Anda boleh menaiki keretapi dari Bangkok ke Chiang Mai, tetapi ia amat memakan masa. Adalah disyorkan menempah tiket awal - anda boleh membuat penempahan 60 hari sebelum perjalanan. Chiang Mai adalah 751km (467 batu) dari Bangkok. Perjalanan keretapi mengambil masa 13 jam. Kelebihannya, anda berpeluang menikmati pemandangan desa sepanjang perjalanan.

Meneroka Chiang Mai

Chiang Mai, terutamanya bahagian kota lama, boleh diterokai dengan berjalan. Namun, anda patut sedar bahawa bandaraya ini menjadi sangat panas pada sebelah awal petang, oleh itu, untuk jarak yang lebih jauh, anda boleh menaiki tuk-tuk, songthaew atau Grab.

Berjalan kaki meneroka Chiang Mai

Kawasan bandar lama Chiang Mai mudah diterokai dengan berjalan kaki. Sekiranya anda mengemari senibina wat, inilah tempatnya untuk dikunjungi. Dalam jarak satu kilometer sahaja, sudan terdapat beberapa wat di sepanjang jalan. Parit besar yang menggelilingi bandar lama masih ada, dan mudah diterokai dengan berjalan kaki. Masa yang paling sesuai adalah sebelah pagi, sebabnya cuaca panas terik pada sebelah tengahari.

Parit besar Chiang MaiParit besar Chiang Mai (24 Oktober, 2006)

Tempat-tempat berdekatan di Utara Thailand

  • Bo Sang

  • Doi Chiang Dao

  • Doi Inthanon

  • Doi Saket

  • Golden Triangle

  • Lampang

  • Lamphun

  • Mae Aw

  • Mae Sariang

  • Mae Surin National Park

  • Mae Taeng Valley

  • Opium Museum
  • Ping River Valley

  • San Kamphaeng

  • Soppong

  • Thai Elephant Conservation Center

  • Tham Pla

  • Uttaradit

  • Wat Phra That Lampang Luang

  • Wiang Kum Kam

  •  Halaman web terkini di Penang Travel Tips

     Discover with Timothy YouTube Channel

     Discover with Timothy Food YouTube Channel

     Learn Penang Hokkien YouTube Channel

    SojiMart Videos

    Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

    Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

    Discover with Timothy

    Discover With Timothy YouTube Channel

    Chowrasta Market Narrated Walking Tour

    IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

    Relau Penang Narrated Walking Tour

    Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

    Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

    Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

    Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

    Feng Yi Dumplings

    Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

    Blooms Nursery & Gallery

    Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

    Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

    Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

    Bayan Baru Walking Tour
    © 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.