Jugra, SelangorJugra, Selangor (6 Julai 2016)


English Version

Jugra (GPS: 2.86335, 101.43976) ialah sebuah bandar kecil di Daerah Kuala Langat di Selangor. Ia ditadbir sebagai sebahagian daripada bandar Banting. Bandar Jugra terletak di tebing timur Sungai Langat, dengan Pulau Carey di seberang.

Kemasyhuran Jugra berpunca dari peranannya dahulu, sebagai bandar diraja Selangor, ketika pemerintah masa itu, Sultan Abdul Samad, memindahkan takhta baginda ke sama pada tahun 1875. Baginda telah bersemayam di Jugra sejak 1857, walaupun pada masa itu, ibu negeri Selangor terletak di Kuala Selangor. Baginda dapati Jugra lebih aman. Baginda mengelar tempat di Jugra di mana baginda mendirikan istana sebagai "Bandar". Hari ini, tempat itu dipanggil Kampung Bandar. Pada masa itu, Daerah Kuala Langat belum diwujudkan, hanya terdapat kawasan yang bernama Langat. Istana Sultan Abdul Samad digelar Istana Jugra ataupun Istana Bandar. Makam baginda di atas bukit dengan pemandangan bandar di bawahnya.

Oleh sebab Jugra merupakan ibu kota Selangor pada separuh kedua abad ke-19, ini telah mendorong pihak British memindahkan pusat pentadbiran ke bandar ini. Namun begitu, sejurus kemudian, didapati bandar Klang jauh lebih sesuai atas sebab lokasinya. Dengan itu, kedua-dua bandar diraja dan pusat pentadbiran negeri pun dipindahkan ke situ. Hari ini, Jugra sebuah bandar sepi dengan sejarah gemilang dari masa lampau.

Peta lokasi Jugra, Selangor

Tempat-tempat di Jugra

  1. Bukit Jugra (GPS: 2.83554, 101.4176)

  2. Istana Bandar (GPS: 2.85991, 101.44083)

  3. Makam Sultan Abdul Samad (GPS: 2.8299, 101.42172)

  4. Masjid Diraja Sultan Alaeddin (GPS: 2.85991, 101.44083)

  5. Peninggalan Pejabat Daerah Kuala Langat (GPS: 2.8358, 101.41739)

  6. Rumah Api Bukit Jugra (GPS: 2.8358, 101.41739)

  7. Tanah Perkuburan Cina Bukit Jugra (GPS: 2.83601, 101.4144)


Masjid Sultan Alaeddin di JugraMasjid Sultan Alaeddin di Jugra (6 Julai, 2016)


Jugra, kampung bandar bersejarahGerbang masuk ke bandar bersejarah Jugra, di Kuala Langat, Selangor (6 Julai, 2016)


Jalan Istana Lama, JugraJalan Istana Lama in Jugra, di mana terdapatnya kebanyakan tapak bersejarah bandar itu. (6 Julai, 2016)

Sekolah di Jugra

  1. SJK (C) Tiong Nam (GPS: 2.84253, 101.44044)

Kampung di Jugra

  1. Sungai Buaya (GPS: 2.84245, 101.4411)

Kategori tempat di Jugra

Tempat-tempat di Jugra

Di sepanjang Jalan Bukit Jugra ialah sebuah tasik di perkarangan Akedemi Latihan Inovasi dan Motivasi. Tidak jauh dari situ ialah lorong yang menuju ke Makam Sultan Abdul Samad dari abad ke-19.

Kampung Bandar

Kampung Bandar ialah pusat pekan Jugra. Ia terletak di tebing selatan Sungai Langat. Terdapat beberapa tempat menarik di sini termasuk Istana Bandar dan Masjid Sultan Alaeddin.

Istana Bandar, yang juga dikenali sebagai Istana Alaeddin, telah dibina oleh Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, iaitu Sultan Selangor ke-5, semasa pemerintahannya antara 1898 dengan 1938. Baginda membukanya secara rasmi pada 1905. Istana itu hari ini berada di Jalan Istana Lama.

Tidak jauh dari istana ialah Masjid Alaeddin, yang dibina pada tahun 1903, dan dibuka oleh Sultan Alaeddin pada tahun 1906. Masjid Alaeddin dibina mengikut rekabentuk masjid Sumatra Utara, terutamanya pengaruh Kesultanan Deli. Dewan sembayangnya mempunyai bumbung keranjingan dengan anak bumbung di atas.

Bagaimana pergi ke Jugra

Bandar terdekat dengan Jugra ialah bandar Banting. Ikut papan tanda dari Lebuhraya Lembah Klang Selatan, SKVE (E26) menuju ke Banting. Jalanraya utama Banting ialah Jalan Sultan Abdul Samad. Jangan membelok ke kiri apabila jalan itu membuat persimpangan dengan jalanraya yang satu lagi, Jalan Alam Shah. Sebaliknya, terus sepanjang Jalan Sultan Abdul Samad untuk sampai ke Jugra.

Jugra adalah di Peta Bandar-Bandar di Selangor

Senarai Bandar di Selangor and Bandar di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.