Discover with Timothy
21st Anniversary as Content CreatorKompleks Sejarah Pengkalan Kempas

Kompleks Sejarah Pengkalan KempasKompleks Sejarah Pengkalan Kempas, in Linggi, Negeri Sembilan (29 Disember, 2006)


English

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas (GPS: 2.45007, 102.01522) adalah sebuah kompleks sejarah di Pengkalan Kempas, di Linggi, Negeri Sembilan. Tapak ini mempunyai kelompok batu bersurat prasejarah yang paling terkenal di negara ini. Batu bersurat atau megalit ini juga dianggap sebagai "batu hidup" yang dipercayai bertarikh antara abad ke-2 atau ke-3 Masihi. Untuk memulihara megalit ini, sebuah astaka telah dibina untuk melindunginya dari hakisan cuaca.

Megalit di Pengkalan Kempas dipanggil "Batu Bersurat" sebab terdapat inskripsi padanya mereka. Gugusan megalit Pengkalan Kempas terdiri daripada tiga batu yang ditegakkan. Mereka telah diberi nama mengikut rupa masing-masing, iaitu batu kemudi batu sudu dan batu pedang. Pada masa dahulu, penduduk tempatan percaya bahawa batu-batu ini mempunyai kuasa ghaib yang membolehkannya semakin membesar.

Selain tiga batu bersurat itu, terdapat juga sebuah lagi batu yang menarik di kompleks sejarah ini. Batu ini berbentuk silinder dengan lubang menerusinya. Batu ini juga dianggap mempunyai kuasa ghaib. Ia dianggap batu yang dapat "mengenali penipu". Sesiapa yang dipercayai telah menipu akan dipaksa memasukkan tangannya menerusi batu itu dan menjawab soalan. Batu itu akan menggenggam tangannya sehingga dia bercakap benar.

Di sisi gugusan megalit ialah kubur Syeikh Ahmad Majnum, seorang ahli agama Islam dari abad ke-15. Namanya juga ditulis sebagai Ulama Sheikh Ahmad Makhtum dan Syeikh A. Majnun. Beliau dianggap orang yang telah berperanan menyebar agama Islam ke rantau ini pada zaman Kesultanan Melaka. Beliau terbunuh dalam pertempuran menentang tentera Sultan Mansor Shah (1457-1477) pada tahun 1467. Sekarang kuburnya telah menjadi sebuah keramat yang sering dikunjung, dan dipanggil dengan nama Keramat Sungai Udang. Berdasarkan tarikh pada kubur ini, ia dipercayai kubur orang Islam yang tertua di negara ini.

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Linggi, Negeri SembilanKompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Linggi, Negeri Sembilan (29 Disember, 2006)


Satu daripada megalit di Pengkalan KempasSatu daripada megalit di Pengkalan Kempas (29 Disember, 2006)


Timothy Tye bersama Batu Bersurat Pengkalan KempasTimothy Tye bersama Batu Bersurat Pengkalan Kempas (29 Disember, 2006)

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas pada Google Maps Street View

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas adalah dalam peta Linggi

Senarai Batu Bersurat di Malaysia, Tapak Sejarah di Negeri Sembilan dan Tapak Sejarah di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.