Petua Melawat Kota TinggiPetua Melawat Kota Tinggi (13 September, 2016)


English

Kota Tinggi (GPS: 1.72877, 103.89911) adalah sebuah bandar Daerah Kota Tinggi District. Ia juga pusat pentadbiran daerah tersebut. Bandar Kota Tinggi terletak 42 km ke sebelah timurlaut bandaraya Johor Bahru. Bandar ini adalah penempatan Melayu sejak abad ke-17 dan merupakan satu daripada tempat yang digunakan oleh Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka yang terakhir, dalam cubaan merampas kembali pemerintahannya di Melaka. Keturunan baginda akhirnya mengasas Kesultanan Johor.

Berdekatan dengan Kota Tinggi adalah tempat-tempat seperti Pekan Tua, Batu Sawar, Makam Tauhid and Johor Lama, kesemuanya pada suatu masa dahulu pernah menjadi pusat pentadbiran Kesultanan Johor yang lama. Di Kota Tinggi terdapat beberapa makam bersejarah termasuk yang paling mashyur, yakni Makam Sultan Mahmud Shah II di Kampung Makam, di sebelah timur bandar.

Sultan Mahmud Shah II 1685-1699) adalah sultan terakhir dari keturunan Kesultanan Melaka. Baginda adalah seorang pemerintah yang kejam. Disebabkan kezaliman baginda, Sultan Mahmud Shah II akhirnya telah dibunuh oleh hulubalang baginda sendiri, iaitu Laksamana Megat Sri Rama, apabila baginda bersemayam di julang. Hasil kemangkatan baginda dalam cara yang begitu dahsyat, baginda telah digelar Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Laksamana Megat Sri Rama sendiri dimakamkan di Kampung Kelantan, yang terletak di sebelah barat Kota Tinggi.

Lokasi Kota Tinggi pada tebing Sungai Johor, iaitu satu-satunya sungai yang paling lebar di Johor, adalah kedudukan yang mudah dilanda banjir. Pada bulan November dan December 2006, Kota Tinggi telah dilanda banjir besar yang juga melanda Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.

Lokasi tempat di Kota Tinggi dalam peta

Tempat-tempat menarik di Kota Tinggi

  1. Firefly Leisure Park (GPS: 1.70302, 103.91299)

  2. Gunung Panti Recreational Forest (GPS: 1.8241, 103.86732)

  3. Kota dan Makam Touhid (GPS: 1.73486, 103.90856)

  4. Kota Rainforest Resort (GPS: 1.80986, 103.84637)

  5. Kota Tinggi Waterfall (GPS: 1.82702, 103.83298)

  6. Makam Bendahara Tun Habab (GPS: 1.73301, 103.91017)

  7. Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang (GPS: 1.72899, 103.90859)

  8. Muzium Kota Tinggi (GPS: 1.73722, 103.91211)

  9. Muzium Nelayan Tanjung Balau (GPS: 1.73722, 103.91211)

  10. Pengkalan Kota (GPS: 1.72761, 103.90834)

Bandar dan tempat menarik di Daerah Kota Tinggi

  1. Batu Layar Beach (GPS: 1.44648, 104.29447)

  2. Desaru (GPS: 1.54754, 104.26209)

  3. Johor Lama

  4. Pungai

  5. Tanjung Balau

  6. Tanjung Pengelih

  7. Teluk Ramunia

Pergi ke Kota Tinggi

Kota Tinggi dapat ditujui menerusi Laluan 3 dari Johor Bahru. Terdapat perkhidmatan feri antara Kota Tinggi dengan Changi di Singapura.

Kota Tinggi is on the Map of Johor

Senarai Bandar di Johor dan Bandar di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.