Discover with Timothy
21st Anniversary as Content CreatorMakam Bendahara Tun Habab (Habib)

Makam Bendahara Tun HababMakam Bendahara Tun Habab (13 September, 2016)


English

Makam Bendahara Tun Habab (GPS: 1.73301, 103.91018) ialah sebuah makam tua di Kota Tinggi, Johor. Ia terletak di Kampung Makam, dan merupakan kubur untuk Bendahara Tun Abdul Majid Tun Habab @ Habib Padang Saujana Johor. Tun Habab berperanan sebagai bendahara semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah I (1677-1685) dan Sultan Mahmud Syah II2 (1685-1699), dua daripada sultan Johor terakhir yang berketurunan dari Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah.

Setelah Sultan Mahmud Syah II mangkat tanpa meninggalkan waris, Tun Habab telah ditabalkan menjadi SSultan Johor, dengan membawa gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Pada tahun 1700, baginda telah memindahkan pusat pentadbiran Johor dari Kota Makam Tauhid ke Kota Panchor. Puterinya, Tengku Tengah, telah berkahwin dengan Daeng Perani, salah seorang anak raja Bugis lima saudara yang masyhur. Keturunannya menjadi Sultan Johor sekarang.

Seorang lagi lanak Tun Habab iaitu Tun Zainal Abidin, telah menjadi Sultan Terengganu yang pertama, dan keturunan sultan Terengganu berterusan hingga hari ini. Lagi seorang anak Tun Habab iaitu Tun Abas menjadi Bendahara Seri Maharaja Pahang, dan daripadanya, berasal keturunan Sultan Pahang hingga ke hari ini. Daripada itu, boleh dikatakan yang keturunan pemerintah Johor, Terengganu dan Pahang kesemuanya berasal dari Tun Habab.

Makam Bendahara Tun HababPapan tanda menunjuk arah ke Makam Bendahara Tun Habab. (13 September, 2016)


Makam Bendahara Tun HababKubur-kubur lama di Makam Bendahara Tun Habab (13 September, 2016)


Makam Bendahara Tun HababYang ini, setahu saya, ialah kubur Bendahara Tun Habab (13 September, 2016)


Makam Bendahara Tun HababSaya di Makam Bendahara Tun Habab (13 September, 2016)

Pandangan 360° Makam Bendahara Tun Habab pada Google Maps Street View

Makam Bendahara Tun Habab

Makam Bendahara Tun Habab adalah dalam peta Kota Tinggi

Rujukan

1. Sejarah Makam Bendahara Abd. Majid Tun Habab (Habib)
2. Wikipedia: Mahmud II of Johor

Senarai Makam di Johor and Makam di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.