Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Petua menaiki kapal terbang ke Pulau Pinang

Menaiki Kapal Terbang ke Pulau PinangMenaiki Kapal Terbang ke Pulau Pinang (27 Oktober, 2012)


English

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang merupakan pintu udara ke Pulau Pinang. Lapangan terbang ini berada di Bayan Lepas, kira-kira 18km dari pusat bandaraya George Town.

Sekiranya anda mendarat di Lapangan Terbang Pulau Pinang, anda akan menerusi prosedur yang sama seperti di lapangan terbang yang lain. Sebaik sahaja turun dari pesawat, terus tuju dalam arah Balai Ketibaan. Sekiranya penerbangan anda dari luar negeri, maka anda perlu melalui Imigresen, di mana paspot anda dikemas semak. Kemudian anda menuju ke Balai Bagasi untuk menutup bagasi anda. Sekiranya tiada apa-apa untuk perlu dikenakan cukai, bagasi anda diimbas oleh kastam, dan kemudian anda keluar ke Balai Ketibaan.



Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berada di Tingkat Bawah bangunan lapangan, manakala Balai Berlepas pada Tingkat Satu.

Cara-cara Keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Dengan Teksi
Teksi Lapangan Terbang Pulau Pinang dipanggil Airport White Taxi. Teksi tempatan tidak dibenarkan mengutip penumpang (tetapi dibenarkan membawa penumpang ke lapangan terbang). Tambang Airport White Taxi disenaraikan pada papan harga mengikut jarak perjalanan. Setibanya anda di Balai Ketibaan, cari papan tanda Airport White Taxi, bayar dekat kaunter dan dapatkan tiket untuk diberi kepada drebar. Kenderaan Airport White Taxi berbaris pada lorong Saluran Tengah, pada tingkat bawah lapangan terbang.

Teksi berbaris di Lapangan Terbang Pulau Pinang (27 Oktober, 2012)
Kaunter Teksi di Balai Ketibaan (17 Februari, 2017)


Papan tambang Pemandu Limo Lapangan Terbang (3 Mei, 2015)


Dengan Bas Awam
Rapid Penang merupakan pengendali bas awam di Pulau Pinang. Ia menawarkan empat laluan bas yang berhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, iaitu Bas 102, 306, 401 dan 401E.

Bas Rapid Penang mempunyai bumbung merah dan badan berwarna krim dan biru tua bersama corak berwarna merak dan perkataan Rapid Penang, sepertimana bas RapidKL di Kuala Lumpur.

Untuk menaiki bas ke George Town, pastikan tanda destinasi "Jetty" dipaparkan, dan bukan "Balik Pulau", supaya bas tersebut menuju ke arah yang betul. Pada masa petikan ini dikarang (Oct 2012), tambang bas adalah RM2.70. Sila bayar tambang kepada drebar. Pastikan anda mempunyai tambang yang tepat, kerana drebar tidak membawa duit kecil.

Penumpang pesawat Firefly menikmati perjalanan percuma menaiki bas Rapid Penang dari Lapangan Terbang. Untuk menikmati tawaran ini, pergi ke kaunter Firefly supaya pegawai bertugas di situ menandatangani Boarding Pass anda. Kemudian tunjukkan Boarding Pass anda kepada drebar.

Bas Rapid Penang 401 tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang. (27 Oktober, 2012)


Hentian Bas Lapangan Terbang Pulau Pinang. (27 Oktober, 2012)


Sewa Kereta

Kaunter syarikat-syarikat menyewa kereta berada dalam satu baris di Balai Ketibaan. Pilihlah syarikat kehendak anda. Antara syarikat sewa kereta di Lapangan Terbang Pulau Pinang termasuk yang berikut:

Avis-Rent-A-Car: (04) 646 2410
Hertz-Rent-A-Car: (04) 263 5914
Meiflower Car Rental: (04) 262 8196
Kasina Baru: (04) 228 2641
National Car Rental: (04) 262 9204
New Bob: (04) 642 1111
Orix Car Rental: 1 800 88 1555
Syarikat Ruhanmas: (04) 881 1071

Kaunter kereta sewa di Balai Ketibaan (17 Februari, 2017)


Memandu kereta dari lapangan terbang
Agak mudah memandu kereta di Pulau Pinang. Walaupun begitu, bandaraya George Town mempunyai banyak jalan sehala. Oleh itu, anda memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri. Di laman web ini, saya sediakan koordinat GPS untuk membantu pandukan anda ke destinasi. Sila guna alat GPS atau app GPS untuk memudahkan penerokaan.

Jalan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (27 Oktober, 2012)


Disambut kereta persendirian
Jalan raya di luar Balai Ketibaan terbahagi kepada tiga saluran. Saluran paling dekat Balai Ketibaan terdiri daripada dua lorong dan dikhaskan untuk Airport White Taxi. Saluran tengah terdiri daripada tiga lorong adalah untuk kegunaan kereta dan van awam. Kalau anda disambut oleh seorang rakan, tunggu hos anda di tepi lorong saluran ini. Ingat, saluran tengah bukan tempat menunggu! Kalau kereta persendirian perlu menunggu ketibaan anda, suruh hos anda letak keretanya di tempat parkir. Saluran yang paling luar, juga terdiri daripada tiga lorong, dikhaskan untuk bas dan kereta yang keluar-masuk tempat parkir.

Saluran mengutip penumpang oleh kereta persendirian. (27 Oktober, 2012)


Meletak kereta di lapangan terbang
Sesiapa yang datang menyambut anda di Lapangan Terbang Pulau Pinang tidak dibenarkan meletak kereta di tepi jalan di luar Balai Ketibaan. Dia perlu meletakkan keretanya di tempat parkir.

Bayaran parkir adalah secara sistem Autopay. Bayar dekat mesin Autopay yang berada di tingkat bawah, di luar Balai Ketibaan.

Bayaran parkir ialah RM2 sejam hingga ke kadar maksima RM24 sehari. Anda boleh meninggalkan kereta anda di lapangan terbang untuk jangka masa panjang, dengan membayar parkir RM24 sehari. Sekiranya anda kehilangan tiket, anda perlu bayar saman RM50 selain caj parkir.

Airport Autopay SystemAirport Autopay System (17 February, 2017)


Airport Autopay SystemFront view of the Autopay machine (17 February, 2017)


Airport Autopay SystemPenang International Airport Parking Charges (17 February, 2017)
Disambut oleh Pemandu Pelancong
Penang Tour Guides merupakan sekumpulan pemandu pelancong free lance yang menawarkan khidmat khas mengikut hasrat pelancong. Mereka mengenakan caj mengikut masa dan dapat menyambut sekumpulan kecil pelancong maksimum 4 orang dalam sebuah kereta. Cajnya RM90 sejam bagi minima 4 jam. Pemandu pelancong dapat membawa anda melawat ke tempat-tempat menarik di Pulau Pinang, ataupun terus ke hotel. Untuk maklumat lanjut, hubungi Penang Tour Guides.

Penang Tour Guides

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.