Menara Kuala LumpurMenara Kuala Lumpur (6 Jun, 2004)


English

Menara Kuala Lumpur (GPS: 3.1528, 101.70375), adalah antara menara telekomunikasi yang tertinggi di dunia. Menara di kemuncak Bukit Nanas di Kuala Lumpur mempunyai ketinggian 421 meter (1379 kaki). Berdasarkan ketinggian, Menara Kuala Lumpur adalah menara ke-empat tinggi selepas Menara CN di Toronto, Kanada (553m), Menara Ostanikino di Rusia (540m) dan Menara Shanghai di China (468m). Menara Kuala Lumpur dibina untuk menaikkan mutu telekomunikasi dan penyiaran, selagi menjadi mercu tanda baru untuk bandaraya Kuala Lumpur.

Dari atas Menara Kuala Lumpur, seseorang mendapat pemandangan yang menakjubkan. Menara ini dikelilingi Taman Eko Rimba Kuala Lumpur yang meliputi kawasan 11 hektar di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Ia adalah antara hutan simpanan yang paling lama diwartakan di Malaysia. Apabila Menara Kuala Lumpur dibina, pengawasan rapi diberi agar kawasan persekitaran hanya mendapat kesan yang minima. Berdekatan Menara Kuala Lumpur adalah sepohon pokok jelutong (Dyera costulata) berusia 100 tahun. Untuk melindunginya, sebuah dinding penahan telah dibina dengan kos RM430,000.

Menara Kuala Lumpur siap dibina pada bulan Mei, 1996 dan dibuka kepada orang awam pada 23hb Julai 1996. Pembukaan rasmi diadakah pada 1hb Oktober 1996 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. Menara ini memaparkan motif Islam dalam rekabentuknya. Di menara ini terdapat sebuah dek pemerhatian pada ketinggian 276 meter dari aras laut. Panduan audio pelbagai bahasa juga boleh didapati. Mereka yang ingin bersarapan dapat berbuat demikian di Restoran Berputar Seri Angkasa. Majlis persendirian juga boleh diatur di Dek Jamuan Mega View.

Maklumat melawat Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur dibuka setiap hari dari 9:00am hingga 10:00pm. Pelawat boleh membeli tiket ke Dek Pemerhatian dan ke SkyDeck. SkyDeck berada di ketinggian 421 meter dari aras laut. Harga tiket adalah seperti berikut:

Dek Pemerhati (276m)
Orang Dewasa (warga asing): RM52 setiap seorang
Kanak-kanak (warga asing): RM31 setiap seorang
Orang Dewasa (dengan MyKad): RM32 setiap seorang
Kanak-kanak (dengan MyKid): RM21 setiap seorang

Skydeck (421m)
Orang Dewasa (warga asing): RM105 setiap seorang
Kanak-kanak (warga asing): RM55 setiap seorang
Orang Dewasa (dengan MyKad): RM75 setiap seorang
Kanak-kanak (dengan MyKid): RM39 setiap seorang

Tiket juga boleh dibeli secara online dari laman Menara Kuala Lumpur:
https://www.menarakl.com.my/index.php/online-ticketing

Tarikan lain di Menara Kuala Lumpur

Selain menara, terdapat beberapa tarikan lain di Menara Kuala Lumpur termasuk Sky Box, Mini Zoo, Upside Down House, Blue Coral Aquarium, XD Theater, F1 Simulator dan KL Forest Eco Park.

Bagaimana sampai ke Menara Kuala Lumpur dengan pengangkutan awam

Walaupun tidak seterusnya dekat, anda boleh juga menaiki pengangkutan awam seperti bas GoKL untuk pergi ke Menara Kuala Lumpur. Bergantung kepada lokasi anda, guna Laluan Ungu atau Laluan Biru.

Menara Kuala Lumpur pada waktu malamMenara Kuala Lumpur pada waktu malam (11 Julai, 2016)


Menara Kuala LumpurPandangan dekat Menara Kuala Lumpur (11 Julai, 2016)


Pokok jelutong di Menara Kuala LumpurPokok jelutong di Menara Kuala Lumpur (11 Julai, 2016)


Menara Kuala LumpurKedai-kedai di dasar Menara Kuala Lumpur (11 Julai, 2016)


Menara Kuala LumpurPemandangan Menara Maybank pada waktu petang dari Menara Kuala Lumpur (11 Julai, 2016)


Menara Kuala LumpurPemandangan Menara Berkembar Petronas pada waktu malam dari Menara Kuala Lumpur (11 Julai, 2016)


Menara Kuala LumpurPemandangan Dek Pemerhatian di Menara Kuala Lumpur (11 Julai, 2016)


Menara Kuala LumpurSaya dan isteri saya Chooi Yoke di Menara Kuala Lumpur (11 Julai, 2016)


12 Tarikan Pelancongan Kuala Lumpur


Maklumat

Senarai Bangunan Pencakar Langit di Kuala Lumpur and Bangunan Pencakar Langit di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.