Muzium Orang AsliMuzium Orang Asli (10 September, 2016)


English

Muzium Orang Asli (GPS: 3.29276, 101.73157) adalah sebuah muzium bagi mengabadikan sejarah serta memelihara warisan budaya masyarakat Orang Asli di Malaysia. Ia terletak di kampung Orang Asli di Daerah Gombak, Selangor. Muzium ini telah diasaskan pada tahun 1987 oleh Dr Baharon Azhar, bekas Ketua Pengarah ke-4 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), yang berkhidmat antara tahun 1969 dengan 1986. Dr Baharon telah mencadangkan muzium ini yang pada mula-mulanya ditempatkan di kediaman bekas Ketua Pengarah JHEOA. Usahanya membuahkan hasil apabila muzium tersebut dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Dr Mahathir bin Mohamad, pada 29hb September, 1987.

Memandangkan betapa pentingnya usaha memelihara warisan dan budaya Orang Asli, maka JHEOA mengemukakan cadangan agar Muzium Orang Asli diberi bangunannya sendiri. Cadangan ini telah diterima masuk ke Rancangan Malaysia Ke-6. Pembinaan bangunan muzium bermula pada tahun 1995, dan bangunan yang menelan belanja RM3.5 juta telah dibuka kepada orang ramai pada 19hb Jun, 1998. DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Shah, telah merasmikan muzium ini pada 2hb Mac, 2000.

Objektif Muzium Orantg Asli adalah memulihara warisan dan kebudayaan masyarakat Orang Asli bagi tatapan generasi akan datang. Muzium ini juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan ke atas sejarah dan kebudayaan Orang Asli. Antara barangan yang dipamerkan di Muzium Orang Asli termasuk senjata memburu, alat muzik, perangkap, pakaian dan barang hiasan Orang Asli.

Muzium Orang AsliMuzium Orang Asli (10 September, 2016)


Muzium Orang AsliSimpang ke Muzium Orang Asli (10 September, 2016)


Muzium Orang AsliSaya dan isteri saya di Muzium Orang Asli (10 September, 2016)


Muzium Orang AsliSaya dan isteri di plak pembukaan rasi Muzium Orang Asli. (10 September, 2016)


Muzium Orang AsliPintu masuk ke Muzium Orang Asli (10 September, 2016)


Di Muzium Orang Asli, pelawat dapat mendapati bahawa masyarakat Orang Asli bukannya kumpulan homogen. Sebaliknya, mereak adalah masyarakat heterogen yang terdiri daripada tiga kumpulan utama iaitu Senoi, Melayu-Proto dan Negrito. Setiap kumpulan utama seterusnya dibahagikan lagi kepada sukukaum yang lebih kecil.

Apakah definisi Orang Asli?

Menurut Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, seseorang dianggap Orang Asli jika bapanya adalah anggota sebuah kumpulan etnik Orang Asli, yang lazimnya bertutur bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup dan adat istiadat Orang Asli, dan termasuk seorang keturunannya menerusi anggota lelaki. Seseorang juga dianggap Orang Asli sekiranya dia dijadikan anak angkat semasa bayi oleh Orang Asli, dan dengan itu dipelihara sebagai Orang Asli, lazimnya bertutur bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup dan adat istiadat Orang Asli. Akhir sekali, seseorang kanak-kanak dianggap Orang Asli jika dia hasil kesatuan antara seorang ibu yang merupakan Orang Asli, dengan seseorang lelaki mana-mana bangsa, selagi dia pada lazimnya bertutur bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup dan adat istiadat Orang Asli, dan kekal sebagai ahli masyarakat Orang Asli.

Antara sukukaum Orang Asli yang utama di Malaysia termasuk Mendriq, Lanoh, Kensiu, Bateq, Kintaq, Kanaq, Seletar, Temuan, Semelai, Orang Laut, Jahai, Jakun, Jah Hut, Temiar, Mah Meri, Semai, Che Wong dan Semoq Beri.

Muzium Orang AsliPelbagai alat kepunyaan Orang Asli. (10 September, 2016)


Muzium Orang AsliUkiran kayu Orang Asli. (10 September, 2016)

Tempat tinggal Orang Asli

Tempat tinggal Orang Asli pelbagai jenis, dari pondok ringkas di dalam hutan, kepada rumah panjang yang agak rumit. Tempat tinggal Orang Negrito agak ringkas, tidak lebih daripada pondok yang diperbuat daripada buluh dengan beratap bertam dan tepus. Sebaliknya, Orang Senoi membina rumah panjang yang lebih kurang 3.5 meter dari tanah, dan dapat menampung 120 penghuni. Rumah panjang ini berdiri di atas tiang yang diperbuat daripada batang pokok yang diikat menggunakan tali yang diikat daripada buluh. Sukukaum Melayu-Proto membina rumah yang agak serupa rumah Orang Melayu, sebab mereka sering tinggal berdekatan kampung Melayu dan telah menyerap sebahagian budaya Orang Melayu.

Orang Asli ada yang terlibat dalam bercucuk tanam. Mereka menanam ubi kayu, padi huma, jagung, sekoi dan pisang. Pembersihan tanah biasanya dijalankan pada bulan April hingga Mei, apabila mereka dapoati yang pokok hutan mula berbunga. Setalah pokok ditebang, ia dibiarkan kering hingga bulan Julai, apabila ia dibakar bagi persiapan untuk bercucuk tanam.

Penanaman padi dan jagung biasanya dilakukan pada bulan Ogos dan September, apabila musim hujan bermula. Untuk mendapatkan hasil yang baik, benih padi dan jagung direndam dalam air lengkuas dan pisang yang diracik. Penanaman dijalankan oleh kaum lelaki dan wanita. Kaum lelaki akan menugal manakala kaum wanita akan memasukkan biji benih ke dalamnya. Kerjan menugal juga mengikut peraturan, dengan dilakukan pada sebelah kiri sebelum dilakukan pada sebelah kanan.

Muzium Orang AsliWajah Orang Asli Malaysia. (10 September, 2016)


Muzium Orang AsliSebuah perahu kulit kayu yang dibunakan oleh sukukaum Semelai untuk menangkap ikan di Tasik Bera. (10 September, 2016)


Orang Asli merekabentuk alat muzik mereka menggunakan apa sahaja bahan yang boleh didapati dari hutan. Alat muzik mereka termasuk seruling, sitar buluh, kereb, centong, gendang, rebana, dan lain-lain lagi.

Muzik adalah sebahagian penting dalam kehidupan mereka, dan menjadi satu keperluan bagi perayaan seperti pesta menuai, majlis perkahwinan dan pengebumian. Dalam hal pengebumian, Orang Asli percaya bahawa muzik membantu roh si mati dalam perjalanan ke akhirat.

Muzium Orang AsliCentong buluh dan gendang merupakan antara alat muzik Orang Asli. (10 September, 2016)


Setiap kali berlakunya kematian di kalangan masyarakat Orang Asli, perkara pertama adalah agar Batin atau ketua komuniti mengesahkan kematian itu. Batin akan melantik Jurukerah, iaitu pemberi maklumat, untuk membuat persediaan pengebumian. Segala aktiviti harian perlu ditangguhkan, untuk mengelak kemarahan roh si mati, yang mungkin bertindak dengan mendatangkan malapetaka.

Perkuburan biasanya tidak dijalankan pada hari yang sama dengan kematian, agar ahli-ahli yang tinggal jauh berpeluang memberi penghormatan terakhir. Kanak-kanak akan ditangkalkan dengan menconteng telinga mereka dengan kapur yang telah dijampi. Di rumah si mati, sanak saudara serta penduduk kampung akan bergilir-gilir menjaga mayat. Pasangan si mati dan ahli keluarganya dilarang memakan barang hiasan atau bersukaria untuk tempoh berkabung selama empat puluh hari.

Muzium Orang AsliStruktur kubur Orang Semai. (10 September, 2016)


Muzium Orang AsliAdat perkahwinan Orang Asli. (10 September, 2016)


Belok kanan di simpang ini untuk sampai di Muzium Orang Asli.

Alamat

Muzium Orang Asli
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
Km24 Jalan Pahang, Gombak 53100 Selangor.

Waktu Buka
Sabtu hingga Khamis: 9:00 am hingga 5:00 pm
Jumaat tutup
Masuk percuma

Muzium Orang Asli adalah dalam peta Tempat-tempat Menarik di Selangor

Bagaimana pergi ke Muzium Orang Asli

Dari Kuala Lumpur, panda sepanjang Jalan Pahang menghala ke utara sehingga simpang Jalan Gombak. Simpangnya ditunjukkan di bawah. Pandu selama 14 km lagi dan anda akan tiba di Muzium Orang Asli di sebelah kanan.



Muzium Orang AsliMy wife and I at the Muzium Orang Asli. (10 September, 2016)

Senarai Muzium di Selangor dan Muzium di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.