Batu CavesBatu Caves (28 Disember, 2006)


English

Batu Caves (GPS: 3.23796, 101.68418) adalah sebuah gua batu kapur yang besar. Ia mengandungi kompleks kuil Hindu di dalamnya. Gua ini terletak lebih kurang 13 km ke utara pusat bandaraya Kuala Lumpur, di Negeri Selangor.

Di Batu Caves, perayaan Thaipusam yang terbesar di Malaysia diadakan pada setiap tahun. Ini telah menjadikannya satu daripada tarikan pelancongan yang utama untuk Negeri Selangor.

Batu Caves terletak di daerah yang juga digelar Batu Caves. Nama ini adalah kombinasi perkataan Melayu "batu" dengan perkataan Inggeris "caves", satu-satunya nama tempat kombinasi dua bahasa, seperti juga Muka Head di Pulau Pinang. Batu Caves dipercayai mendapat nama dari Kampung Batu yang terletak di situ, dan juga sungai yang mengalir dari bukit batu kapur di situ juga dipanggil Sungai Batu. Dahulunya, terdapat sebatang jalanraya di Kuala Lumpur yang bergelar Jalan Batu atau Batu Road, tetapi sekarang telah ditukar nama menjadi Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Batu CavesTugu Encik K. Thambusamy, pengasas Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam. (28 Disember, 2006)

Mengenai Batu Caves

Batu Caves mula-mula diterokai oleh seorang pengembara America bernama William Hornaby pada tahun 1891. Sepuluh tahun kemudian, penduduk India telah mengesa pihak British agar membenarkan mereka mendirikan sebuah kuil di dalam gua tersebut. Pada mulanya, sebuah kuil yang kecil didirikan untuk Dewa Murugan, yang juga dikenali dengan nama Dewa Subramaniam. Beberapa tahun kemudian, sebuah lagi kuil didirikan, untuk dewa berkepala gajah, iaitu Dewa Ganesh.

Gua utama di Batu Caves digelar Cathedral Cave, sebab ia mempunyai siling yang amat tinggi. Sebuah tangga dengan 272 langkah telah dibina untuk mencapai ke gua utama ini. Sehingga siapnya tangga ke Kuil Balathandayuthapani di Pulau Pinang, ini adalah tangga yang panjang ke sesebuah kuil Hindu di Malaysia. Dari atas tangga ini, seseorang dapat pemandangan bahagian utara bandaraya Kuala Lumpur. Lebihkurang 2/3 perjalanan menaiki tangga ini, terdapat sebuah laluan ke Gua Gelap, yakni sebuah gua yang banyak kelawar di dalamnya. Lawatan ke Gua Gelap boleh dibuat dengan menghubungi +60 12 430 7011 atau emel enquiry@darkcaves.com.my

Apabila saya melawat ke Batu Caves, terdengan bunyi audio yang nyaring berulang-ulang melaung, "Dark Cave! Opening now! Come and have a look!" Pengumuman itu begitu pantas sehingga pada mulanya, saya tidak dapat mengecam apakah yang dikatakan.

Tak syak, Batu Caves paling sibuk pada masa perayaan Thaipusam, yang diraikan oleh mereka yang beragama Hindu apabila bulan penuh pada bulan Thai, iaitu antara pertengahan Januari hingga pertengahan Februari. Pada masa itu, penganut akan membawa kavadi (yang bererti "beban") sebagai pertapaan.

Bagaimana pergi ke Batu Caves

Batu Caves terletak di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Jika datang dari sebelah barat, susur keluar dari MRR2 di koordinat 3.23492, 101.68041, dan dari timur pula, susur keluar pada koordinat 3.23527, 101.684.

Batu Caves adalah dalam peta tarikan pelancongan di Selangor



Batu CavesGerbang ke kuil di Batu Caves. (28 Disember, 2006)


Batu CavesSebuah kuil di kaki tangga. (28 Disember, 2006)


Batu CavesPatung raksasa Dewa Murugan. (28 Disember, 2006)


Batu CavesPandangan gerbang masuk ke Batu Caves. (28 Disember, 2006)


Batu CavesLaluan masuk ke Gua Gelap, di mana ekspedisi menjelajah gua diadakan. (28 Disember, 2006)


Batu CavesPandangan tangga 272 langkah di Batu Caves. (28 Disember, 2006)


Batu CavesTempat masuk ke Batu Caves, di atas tangga 272 langkah. (28 Disember, 2006)


Batu CavesPatung dewa pada tebing tinggi. (28 Disember, 2006)


Batu CavesPandangan dari mulut gua ke dalam Batu Caves. (28 Disember, 2006)


Batu CavesPandangan dari dalam menghadap ke mulut Batu Caves. (28 Disember, 2006)


Batu CavesKuil-kuil kecil di dalam Batu Caves. (28 Disember, 2006)


Batu CavesLaluan di bahagian tengah gua. (28 Disember, 2006)


Batu CavesPandangan dari atas tangga. (28 Disember, 2006)


Batu CavesKuil di bahagian paling dalam Batu Caves. (28 Disember, 2006)


Batu CavesSatu lagi pandangan kuil di bahagian terdalam Batu Caves. (28 Disember, 2006)

Senarai Kuil Hindu di Selangor and Kuil Hindu di Malaysia; Kuil Gua di Selangor and Kuil Gua di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.