Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Upacara Tradisional Perkahwinan Orang Cina di Pulau Pinang

Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangUpacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau Pinang (11 February, 2017)


English

Pada 11 Februari 2017, satu perkahwinan traditional Orang Cina telah dipentaskan di atrium The TOP di Komtar. Acara itu diadakan sempena Chap3 Goh33 Meh2 (十五暝 Penang Hokkien), iaitu hari ke-15 dan terakhir perayaan Tahun Baru Cina. Hari Chap Goh Meh juga dianggap sebagai Hari Valentine Orang Cina, sebab bulan penuh pada malam hari itu, dan dengan ini, merupakan malam yang paling romantis dalam seluruh tahun.

Walaupun kebanyakan Orang Cina hari ini memilih majlis perkahwinan moden yang biasanya diadakan di restoran atau hotel, pada zaman dahulu, sebelum adanya kebanyakan hotel sekarang, adalah menjadi adat terutamanya antara golongan Orang Cina Selat yang mampu untuk mengadakan upacara perkahwinan yang rumit. Ia satu-satunya peluang bagi mereka untuk menunjuk-nunjukkan kekayaan, kalaupun bukan kepada orang ramai, sekurang-kurangnya kepada keluarga menantu.

Enakmen perkahwinan di The TOP memberikan kita pandangan upacara tradisional perkahwinan. Ini bermula dengan perarakan perkahwinan, dengan pengantin perempun (yang digelar sin3niau2 新娘 ) diarak di sepanjang jalan dengan iringan band perkahwinan, bersama ahli-ahli keluarganya, menuju ke rumah pengantin lelaki.

Peranan utama dalam upacara perkahwinan Orang Cina ialah Sang1 Kae1 Mm4 送嫁姆 , yang biasanya dimainkan oleh seorang wanita berusia dan berpengalaman perihal upacara perkahwinan. Beliau bolehlah dianggap sebagai "tukang kahwin". Tugas beliau adalah untuk memastikan bahawa setiap langkah rumit dalam istiadat perkahwinan dijalankan dengan betul, agar pasangan baru dijamin suatu permulaan yang bertuah dalam rumahtangga mereka. Sang1 Kae1 Mm4 yang berkebolehan cekap menghafaskan pelbagai pantun lucu berkaitan perkahwinan. Selain memastikan upacara perkahwinan berjalan lancar, beliau juga berperanan menghibur tetamu supaya suasana tidak menjadi terlampau suram.

Setibanya di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan dibawa untuk diperkenalkan kepada mertua, bermula dengan ahli keluarga yang paling tua. Kalau datuk-nenak pengantin lelaki masih hidup, maka datuk mertua dan nenak mertua diperkenalkan dahulu. Pengenalan ini dijalankan dalam bentuk Upacara Minum Teh. Pasangan mertua duduk atas kerusi, dan pengantin perempuan akan menghidangkan teh syrup longan kering dan kurma Cina merah kepada datuk mertua, diikuti nenek mertua. Setelah minum seteguk teh, mertua mengembalikan cawan kepada dulang dan meletakkan Ang Pau 紅包 di atasnya. Ang Pau biasanya mengandungi wang, tetapi biasanya, ibubapa mertua juga menghadiahkan barang kemas. Selepas pasangan datuk-nenek minum teh, tiba pula giliran bapa dan ibu menduduki kerusi untuk diperkenalkan pengantin perempuan. Pengantin perempuan biasanya tunduk kepada setiap ahli keluarga yang lebih tua daripadanya, kecuali bapa and ibu mertua, yang dia perlu melutut.

Selepas ahli-ahli keluarga pengantin lelaki sudah diperkenalkan, tiba pula giliran saudara mara pengantin lelaki diperkenalkan, bermula dengan pakcik dan makcik sulong sampailah yang bongsu. Setiap pakcik dan makcik yang sudah berkahwin diperkenalkan secara pasangan, dan diatur mengikut usia beliau (usia isteri atau suami tidak diambil kira).

Apabila adik-beradik pengantin lelaki diperkenalkan, mereka yang telah berkahwin akan mengambil tempat duduk dan dihidangkan teh manakala mereka yang masih bujang tidak menduduki kerusi, tetapi diperkenalkan berdiri, tidak dihidangkan teh, tetapi hanya berjabat tangan dengan pengantin perempuan. Dalam setiap pengenalan, Ang Pau akan diberi, oleh mereka yang lebih tua atau sudah berkahwin kepada mereka yang lebih muda.

Kemudian tiba pula giliran kanak-kanak dalam keluarga pengantin lelaki diperkenalkan. Kali ini, pasangan baru yang menduduki kerusi dan kanak-kanak berbaris di depan pasangan pengantin, bermula dengan kanak-kanak yang paling besar. Teh tidak dihidangkan. Mereka hanya perlu berjabat tangan dengan pengantin perempuan, dan pengantin perempuan akan memberikan setiap seorang Ang Pau.

Selepas Upacara Minum Teh siap di rumah pengantin lelaki, ia akan diulangi di rumah pengantin perempuan, di mana pengantin lelaki diperkenalkan pula kepada keluarga pengantin perempuan. Akan tetapi, untuk menjimatkan masa, sekarang ini kebanyakan keluarga mengadakan upacara ini untuk kedua-dua pihak di restoran. Saudara mara yang terlibat akan diberitahu untuk tiba di restoran lebih awal daripada tetamu yang lain supaya mereka hadir apabila giliran mereka untuk diperkenalkan tiba.

Kebanyakan Orang Cina hari ini masih mengikut upacara perkahwinan tradisional, walaupun dengan beberapa pengubahsuaian selaras dengan masa. Ia adalah satu-satu masanya Orang Cina diingatkan akan kebudayaan mereka.

Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangPerarakan perkahwinan tradisional Cina. (11 February, 2017)


Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangPerarakan perkahwinan tradisional Cina. (11 February, 2017)


Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangPerarakan perkahwinan tradisional Cina. (11 February, 2017)


Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangPengantin perempuan dibantu keluar dari kerusi sedan. (11 February, 2017)


Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangPengantin perempuan dibawa oleh pengantin lelaki dan disertakan Sang1 Kae1 Mm3 menuju ke rumah pengantin lelaki. (11 February, 2017)


Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangSang1 Kae1 Mm4 sibuk menghafaskan pantun untuk mengejek dan juga memberkati pasangan pengantin. (11 February, 2017)


Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangPasangan pengantin dipersembahkan kepada datuk-nenek mertua yang duduk sementara Sang1 Kae1 Mm4 menyiapkan teh. (11 February, 2017)


Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangPengantin perempuan diperkenalkan kepada datuk mertua sementara nenek mertua menunggu gilirannya, dengan Ang Pau di tangan. (11 February, 2017)


Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangPengantin perempuan diperkenalkan kepada nenek mertua yang mengambil kawan teh dan bersedia untuk meletakkan Ang Pau ke atas dulang hidangan. (11 February, 2017)


Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangKemudian tiba pula giliran ibubapa mertua menduduki kerusi untuk diperkenalkan pengantin perempuan. (11 February, 2017)


Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangSang1 Kae1 Mm4 memastikan upacara perkahwinan berjalan lancar dan mereka yang terlibat tidak gentar. (11 February, 2017)


Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangPengantin perempuan menyampaikan teh kepada ibu mertuanya. (11 February, 2017)


Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangSelepas seteguk teh, ibu mertua meletak kembali cawan teh dan satu Ang Pau di atas dulang hidangan. (11 February, 2017)


Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangPasangan pengantin baru dibawa ke tokong untuk diberkati dewa-dewa. (11 February, 2017)


Upacara Perkahwinan Orang Cina di Pulau PinangGambar berkumpulan ahli-ahli majlis perkahwinan. (11 February, 2017)

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.