Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Golden Sands Resort (Edisi BM)

Golden Sands Resort Penang by Shangri-LaGolden Sands Resort Penang by Shangri-La (7 December, 2014)


English

Golden Sands Resort (GPS: 5.477050, 100.251639) adalah sebuah hotel di Batu Ferringhi. Seperti juga Rasa Sayang Resort & Spa di sebelah, ia dimiliki dan diurus oleh Shangri-La Hotels & Resorts. Hotel ini terletak berdekatan pekan Batu Ferringhi dengan pantai berpasir di belakangnya. Golden Sands Resort mula beroperasi pada tahun 1979. Setahu saya, ia telah dibina menggunakan keuntungan yang diperolehi dari kejayaan Rasa Sayang Resort yang dibuka 6 tahun sebelumnya. Hotel berbentuk resort 4 bintang ini berada di perkarangan yang hijau dan indah.

Golden Sands Resort menawarkan pelbagai jenis bilik dan suite. Ini termasuk Bilik Superior, Bilik Deluxe Menghadap Laut, Bilik Eksekutif Menghadap Laut dan Suite Eksekutif. Bilik dan suite dilengkapi televisyen LCD dengan saluran satelit, kemudahan wifi, pemain DVD, saluran tayangan, panel audiovisual, jubah mandi, selipar, kelengkapan bilik air, locker, telefon Dail Terus Antarabangsa dan peti sejuk yang kecil.

Restoran utama di Golden Sands Resort ialah Garden Café, yang terletak dalam bangunan utama hotel itu. Berdekatan ialah restoran pinggiran pantai bernama Sigi's Bar & Grill. Selain itu, terdapat ruang istirehat lobi dan ruang istirehat berhawa dingin.

Antar kemudahan pada Golden Sands Resort termasuk kolam renang, pusat senaman, pusat hiburan keluarga, gelanggan tenis, khidmat refleksologi kaki dan padang golf par-3 pitch-and-putt.

Restoran di Golden Sands Resort

Garden Cafe


Maklumat

Alamat

Golden Sands Resort
11100 Batu Ferringhi,
Pulau Pinang.
Telefon: 04 886 1911
Website: www.shangri-la.com/penang/goldensandsresort/
Facebook: facebook.com/GSH.Penang

Pergi ke Golden Sands Resort menaiki pengangkutan awam

Perhentian bas terdekat adalah di Jalan Batu Ferringhi. Ia menerima bas Rapid Penang bernombor 101 dan 102. Golden Sands Resort juga satu daripada hentian untuk Penang Hop-On Hop-Off Tourist Bus.

Golden Sands ResortAnjung Golden Sands Resort (7 Disember, 2014)


Lobi Golden Sands ResortLobi Golden Sands Resort (7 Disember, 2014)


Kolam renang Golden Sands Resort terletak di tengah dan dikelilingi bangunan hotel yang berbentuk bulan sabit. Terdapat pondok-pondok berteduh untuk kegunaan tetamu. Di perkarangan terdapat kerusi dek yang disusun pada laman antara kolam renang dan pantai. Terdapat juga sebuah pondok cabana berdekatan kolam renang di mana tetamu boleh membeli aiskrim dan makanan ringan yang lain.

Golden Sands Resort buildingBangunan Golden Sands Resort melengkung mengelilingi sebahagian perkarangan hotel itu. (7 Disember, 2014)


Tempat kolam renang Golden Sands ResortTempat kolam renang Golden Sands Resort (7 Disember, 2014)


Golden Sands Resort buildingPondok-pondok di Golden Sands Resort. (7 Disember, 2014)


Golden Sands ResortPerkarangan Golden Sands Resort (7 Disember, 2014)


Cabana at the poolside of Golden Sands ResortCabana tepi kolam renang menjual aiskrim. (7 Disember, 2014)


Perkarangan Golden Sands ResortPerkarangan Golden Sands Resort (7 Disember, 2014)


Pantai Batu Ferringhi berada di belakang Golden Sands Resort. Di sini terdapat pengusaha yang memberi khidmat sukan air. Kawasan perkarangan Golden Sands Resort bercantum dengan perkarangan Rasa Sayang Resort.

Pantai Batu Ferringhi di belakang Golden Sands ResortPantai Batu Ferringhi di belakang Golden Sands Resort (7 Disember, 2014)

Golden Sands Resort pada Google Maps Street View

Golden Sands Resort adalah dalam Peta Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Senarai Hotel di Pulau Pinang dan Hotel di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.