Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Bufet Ramadan The Light Hotel 2017

The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionThe Light Hotel's 2017 Ramadan Promotion (11 Mei, 2017)


English

Semalam saya dan isteri saya telah menghadiri satu daripada tinjauan bufet Ramadan yang paling hebat untuk tahun ini. Ia adalah bufet Ramadan yang diadakan oleh Hotel The Light di Seberang Jaya.

The Light Hotel Penang Ramadan FlyerBufet Ramadan Kampungku Citarasaku dari The Light Hotel Penang
© The Light Hotel Penang

The Light Hotel Penang Ramadan FlyerPromosi Ramadan The Light Hotel Penang
© The Light Hotel Penang

Tempahan

Para tetamu mempunyai pilihan Bufet Ala Kampung di restoran utama hotel tersebut, Spice Brasserie, atau Bufet BBQ Dinner dekat restoran Flavours@3. Harga bufet adalah seperti berikut:

Bufet Ala Kampung: RM108net (dewasa), RM88net (kanak-kanak dan warga emas)
Bufet BBQ Dinner: RM88net (dewasa), RM68net (kanak-kanak dan warga emas)
Pakej Korporat: RM68net (dewasa), RM48net (kanak-kanak dan warga emas, syarat tertakluk)

Baucer diskaun boleh didapati dengan harga RM80net seorang. Tertakluk kepada syarat.

Untuk membuat penempahan, sila hubungi The Light Hotel pada +60 4 382 1111.

Pakej Bilik dan Mesyuarat Ramadan

The Light Hotel Penang menawarkan pakej bilik dan mesyuarat sempena bulan Ramadan.

Bilik Superior dengan Sahur dan Bufet Makan Malam Ramadan untuk dua orang pada RM400net sebilik untuk satu malam.
Bilik Superior dengan Sahur untuk dua orang pada RM240net sebilik untuk satu malam.

Bilik Deluxe dengan Sahur dan Bufet Makan Malam Ramadan untuk dua orang pada RM430net sebilik untuk satu malam.
Bilik Deluxe dengan Sahur untuk dua orang pada RM270net sebilik untuk satu malam.

Pakej Mesyurarat Seluruh Hari, dengan dua sarapan teh dan makan tengahari, pada RM110+ untuk satu orang.
Pakej Mesyurarat Separuh Hari, dengan satu sarapan teh dan makan tengahari, pada RM95+ untuk satu orang.

Tawaran Ramadan seluruh hari, dengan satu bufet makan malam Ramadan, pada RM95+ untuk satu orang.
Tawaran Ramadan separuh hari, dengan satu bufet makan malam Ramadan, pada RM85+ untuk satu orang.

The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionJom makan! (11 Mei, 2017)

Tinjauan Makanan Ramadan The Light Hotel Penang

Saya dan isteri saya amat seronok menikmati pelbagai hidangan pada tinjauan bufet The Light Hotel Penang. Setibanya di sana, kami diberi lencana nama. Ini memudahkan pihak hotel mengenali setiap tetamu, dan juga para tetamu mudah sering berkenalan.

Tema Ramadan The Light Hotel untuk tahun ini ialah Kampungku Citarasaku. Ia menawarkan pelbagai hidangan kegemaran ramai yang mencerminkan suasana berbuka puasa di kampung pada bulan Ramadan, bulan mulia.

Tinjauan bufet ini diadakan di Spice Brasserie, iaitu restoran utama hotel tersebut. Walaupun dewan makan restoran ini sungguh besar, setiap penjuru dipenuhi dengan makanan. Asyik kami meneroka hidangan makanan yang telah disediakan, apa lagi dimaklumkan yang hidangan ini hanya sebahagian sahaja daripada menu lengkap bufet Ramadan. Jenis hidangan yang ditawarkan dikitar mengikut hari, supaya tetamu yang datang berulangkali tidak terasa jemu.

Begitu banyak hidangan yang disediakan, sehinggalah tak tahu kami apakah yang ingin kami cuba. Kesemuanya nampak enak-enak belaka. Oleh itu, kami terus mencuba, yang ni sedikit, yang tu sedikit. Antara hidangan yang saya ingat termasuk Sotong Masak Lemak Tempoyak (besarnya sotong!), Gulai Udang dengan Nenas, Rendang Daging Lembu, Masak Lemak Telur Itik, Ayam Percik Madu dan dalam dua kawah raksasa, ialah dua jenis Gulai Kawah.

Walaupun bufet ini bertema Ramadan, terdapat juga pelbagai makanan budaya lain yang dapat dinikmati. Contohnya di penjuru masakan Cina, kami dapat menjamu selera makan char koay teow yang sungguh sedap. Terdapat juga dim sum yang panas.

Apabila dah puas dengan masakan utama, kami beredar pula mencuba pencuci mulut. Banyaknya hidangan manis. Antara juadah dan kuih-muih yang kami temui termasuk Tapai Ubi, Tapai Pulut, Kuih Suji, Apam Kelapa, Kuih Bahulu, Kuih Tiram, Dodol dan banyak lagi. Kek-kek ala barat yang didapati di sini, termasuk Red Velvet, Apple Crumble dan pelbagai puding.

Alangkah baik kalau perut lebih besar daripada ni! Begitu banyak yang nak saya cuba, tetapi ruang perut tidak mengizinkan. Oleh tu, terpaksanya menghadkan diri. Sebelum bertolak pulang, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak hotel kerana sudi mempelawa kami menghiburkan diri di bufet Ramadan hotel ini.

The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionSpice Brasserie di The Light Hotel, siap dengan masakan Ramadan. (11 Mei, 2017)


The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionStesen Salad. (11 Mei, 2017)


The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionAyam berempah. (11 Mei, 2017)


The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionKari ayam. (11 Mei, 2017)


The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionKambing golek. (11 Mei, 2017)


The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionPelbagai jenis ulam dan sambal. (11 Mei, 2017)


The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionSatu lagi gulai ayam. (11 Mei, 2017)


The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionSalad pedas dengan sos kacang. (11 Mei, 2017)


The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionNasi Briyani Ayam. (11 Mei, 2017)


The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionPelbagai kek dan puding. (11 Mei, 2017)


The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionBerjenis-jenis manisan. (11 Mei, 2017)


The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionUdang galah panggang. (11 Mei, 2017)


The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionMakanan laut. (11 Mei, 2017)


The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionIsteri saya menikmati bubur lambok. (11 Mei, 2017)


The Light Hotel's 2017 Ramadan PromotionSaya dah siap nak makan ni. (11 Mei, 2017)


Kembali ke laman utama The Light Hotel


Maklumat

Senarai Hotel di Pulau Pinang dan Hotel di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour
© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.